Jika anak anda jenis yang suka mengamuk tiap-tiap kali nak berus gigi, pertama kali kita sebagai ibu bapa tidak boleh berputus asa dan mengikut kemahuan mereka untuk tidak memberus gigi.
BAGAIMANA NAK MENGATASI MASALAH ANAK “MENGAMUK” KETIKA MEMBERUS GIGI?
Anak kecil masih dalam proses belajar, jika mereka menangis taknak berus gigi dan kita mengikut untuk tidak memberus gigi mereka dengan alasan kasihan serta tidak sampai hati melihat anak menangis dan meronta-ronta, maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis, mereka tidak perlu lagi untuk memberus gigi.
Jadi mereka akan terus menerus menggunakan alasan tersebut dan rutin ini akan sentiasa berlaku. Akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi mereka menjadi mudah rosak dan berlubang.
Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlulah dengan sebaik mungkin untuk membiasakan diri anak anda memberus gigi tetapi haruslah dilakukan dengan teknik yang betul. Memang “struggle”, tapi jika dibuat secara rutin, In sha Allah anda akan melihat hasil yang positif.
Berikut merupakan cara yang boleh membantu anda untuk memberus gigi anak kecil jika mereka menangis, mengamuk atau meronta dengan teruk:
Teknik Dua Orang (Gambar A)
Ads
Credit: Google
✅ Teknik ini perlukan kerjasama antara ibu dan bapa.
✅ Bapa boleh duduk di kerusi dengan posisi lutut menghadap ke lutut ibu (knee to knee position).
✅ Bapa memeluk anak di atas riba dan baringkan kepala anak di atas riba ibu sambil memegang tangan anak.
✅ Ibu boleh memegang kepala anak dan “memaksa” dia membuka mulut untuk memberus giginya (perlu hati-hati takut anak tergigit jari ibu).
Teknik Seorang (Gambar B dan C)
Credit: GoogleCredit: Google
✅ Ibu atau bapa boleh berdiri di belakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Teknik ini sesuai jika anak tidak mengamuk terlalu kuat atau sekadar menangis tanpa meronta-ronta.
✅ Cara yang lain, ibu atau bapa boleh duduk di bawah dan baringkan anak di atas riba anda. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya. Jika anak meronta-ronta, anda boleh kepit badan/tangan anak di celah kaki anda.
“Kejamnya Dr sampai nak kena paksa-paksa anak berus gigi macamni. Saya tak sampai hati la…”
Kita hanya memberus gigi anak lebih kurang 2 minit sahaja setiap sesi. Selesai memberus, anak akan berhenti menangis. Jika kita membiarkan gigi anak kecil tanpa diberus, kerosakan gigi akan berlaku dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tak dapat tidur gara-gara sakit gigi.
Ads
Mana yang lebih kejam?
Tahan diri melihat anak menangis selama 2 minit ketika memberus gigi, atau anak menangis sepanjang malam sebab tak dapat tidur gara-gara sakit gigi?
Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa.
Melalui cara “paksa-rela” inilah, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis atau mengamuk, rutin memberus gigi itu WAJIB dibuat tanpa mengira keadaan. Lama-kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka suka ataupun tidak.
Harus diingat juga yang anak-anak mudah mempelajari dan mengikut sesuatu perbuatan jika mereka sering melihat sesuatu perkara tersebut.
Jadi jika kita mahu anak kita memberus gigi mereka, maka kita sendiri harus menunjukkan kepada mereka yang kita juga rajin memberus gigi.
Mendidik anak zaman sekarang bukanlah semudah seperti kita zaman dulu-dulu. Cabaran hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi. Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan, tanggungjawab ini sangat besar.
Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.
Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.
Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa
1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu
2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu
3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu
4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu
5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu
6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu
7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu
8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu
9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu
10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melayari perkahwinan masuk tahun ke-8, hanya doa yang baik-baik diminta oleh isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abbas agar hubungan itu terus berkekalan dan dikurniakan anak yang soleh.
Melalui apa yang dikongsikannya, Ayu meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan setelah mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan dan Andrashah Iman Shah Indrawan.
Alhamdulillah, pejam celik je dah 8 tahun kami berumah tangga…of cozla dalam insta kita post yang sweet2 je kan..yang masam2..yang pahit2 tu kita simpan sendirilah for our records in the future??.
Anyway the wishes is special to my husband…terima kasih kerana memilih ayu sebagai suri di hati…i know that i’ve a lot of kekurangan dan kekilafan sepanjang menjadi isteri & dibu…tapi dibu akan memperbaiki dari semasa ke semasa…insyaAllah…semoga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah…dan hanya ajal yang memisahkan kita…..amin
We love u so much..sayang…remember this world are very wide to explore never give up untill end of breath…we always support u whenever and whatever u did as long as “tak tambah satu lagi bini….tambah anak ok..??”…hope that kita di berikan rezeki untuk menimang baby girl..amin…..???
Selain itu, Ayu juga memuat naik foto-foto ‘throwback’ mereka di akaun Instagramnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan selain mendoakan kebahagiaan Tomok dan isteri serta dimakbulkan impian mereka untuk memperoleh anak perempuan.
Sumber: instagram Ayu Abas
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan berjaya, Yatie Sendayu Tinggi menitipkan beberapa nasihat buat ibu lain sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak zaman sekarang.
Tambahnya lagi, semasa anak kecil itulah momen yang paling berharga dan tak mampu diulangi lagi.
“Jangan pukul masa mereka minta bergurau. Sebab gurauan tu ambil masa beberapa tahun sahaja. Nanti mereka remaja, gurauan tak sama masa kecik. Especially dgn daddy. Segan dah nak jadi lembu dan penunggang”
“Jangan tipu kalau kita janji. Walaupun mereka masih kecik, penipuan ni mereka akan anggap betrayal paling terkesan. Buat mereka “faham” dengan menjelaskan secara matang & berhemah. Bukan berhelah atau berkias. Budak sekarang senang dapat knowledge. Bukan macam kita dulu yang hanya ada radio dan surat khabar”
“Displin bukan dengan jerit, pukul. Tapi pengajaran. Banyak jenis pengajaran kita boleh buat contoh, no gadget masa weekends ( so far tu la paling ngeri untuk kids nowadays 🤷🏼♀️ ), takde duit belanja sekolah atau vege days”
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, zaman sekarang dan juga zaman dahulu tentu sekali banyak perbezaanya. Dan iainya bukanlah satu tiket untuk ibu bapa merendah-rendahkan anak-anak dengan membuat perbandingan zaman.
“Jangan samakan zaman kita dengan zaman anak-anak sekarang. Hakikatnya tak sama. Level of stress & cabaran juga tak sama. Jangan cakap budak sekarang tak kuat, hebat macam budak zaman dulu. Itu yang kita rasa, atau kita perasan sendiri. Agaknya kalau kita hidup zaman mereka sekarang macam mana pula ya”
“Appreciate body touch. Sedikit sentuhan, memberi seribu makna. Kita boleh ingat bau, music, jam dan saat perasaan tu berlaku. Hanya itu yg tinggal memori untuk kita & keluarga”
“Ajar mereka hargai ahli keluarga yang tengah sakit dengan datang ziarah. Tanda ingat. Bila kita tak ajar rutin tu, mereka akan repeat same things. Dan slowly orang yang sakit tanpa sesiapa bother akan makan hati dengan semua org. Sebab tu kena ajar amalan yang baik pada anak-anak sebab mereka lah yang akan lead generasi akan datang selepas kita tiada”
“Keluarga, anak-anak & ibu bapa mahupun adik beradik adalah pinjaman sementara yang paling berharga kita semua ada”
Menerusi perkongsian oleh pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegramnya, antara kesan menahan bersin termasuklah pecah gegendang telinga.Selain itu katanya, perbuatan itu...