Perkongsian daripada doktor ini boleh membantu ibu bapa menambah sel otak bayi menjadi lebih cerdik. 5 perkara ini tidak mustahil, mama & papa boleh lakukannya!
Rangsangan sejak dari usia bayi berupaya menambah sambungan antara sel-sel. Apa yang dikongsikan oleh DrRizal Abu Bakar boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa.
Beliau menegaskan tiada jalan singkat untuk merangsang bayi, semuanya mesti dilakukan secara manual. Mama papa jangan mensia-siakan pada usia bayi yang masih kecil, lakukan sekarang!
5 CARA TAMBAHKAN SEL OTAK BAYI
Cara otak berkembang menarik. Berbeza mengikut umur. Persekitaran juga membantu.
Kepada yang punya anak kecil mesti mahu anak yang cerdik. Genius. Super bagus.
Ads
Soalnya bagaimana?
Saya kongsikan cara MUDAH bantu bayi anda bentuk lebih banyak sel otak. Caranya ialah rangsangkan sensori memori anak.
Lakukan perkara-perkara berikut;
#1. Sentuhan – contoh sentuhan ialah urutan dan pelukan. Ini adalah contoh sensori kinestetik.
#2. Bercakap – apabila anda bertutur, bahagian otak bayi berkaitan dengan auditori akan aktif. Terus berkembang.
Ads
Apakah boleh bercakap dua atau tiga bahasa? Itulah sebaiknya.
#3. Warna – apabila anda guna pelbagai warna ia akan rangsang visual bayi anda. Usah kenakan baju warna biru sahaja kalau bayi itu lelaki. Atau warna pink sekiranya perempuan. Pelbagaikan warna.
Alat mainan yang pelbagai warna boleh bantu. Sila HARAMKAN gajet seperti tab, ipad atau telefon untuk bayi. Walaupun kartun di dalam telefon itu pelbagai warna dan bunyi ianya adalah malapetaka.
Ads
#4. Space (ruang) – suasana atau ruang luas akan bantu bayi bebas bergerak. Ini amat membantu tingkatkan psikomotor bayi.
#5. Companionship (Kawan)– wujudkan suasan berkawan dengan anak. Samada melalui adik beradik lain atau anak jiran-jiran yang sebaya.
Saya tegaskan di sini. Otak bayi di rangsang secara manual. Alatan digital tidak membantu.
Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal dari bayi lagi dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tips penting melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan memek muka yang jelas serta intonasi yang menarik
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka. Selamat mencuba!
Tanggal 29 Januari depan genap setahun usia anak Neelofa, Muhammad Bilal. Setiap kali perkembangan Bilal dikongsikan oleh Neelofa, pasti akan menjadi perhatian ramai.
Dalam satu video terkini yang dikongsikan di instagram, gelagat comel Bilal yang dah laju berjalan bermain di playground buat ramai geram.
Bukan main laju dia berjalan, mulut pun riuh bercakap. Bukan saja gelagatnya berjalan dan bercakap je orang nak tengok tetapi pehanya tu pun jadi tumpuan.
Bilal rupanya dah pandai berjalan dan boleh stabilkan dirinya. Walaupun terkedek-kedek berjalan dengan badannya yang bersemangat itu, dia tetap gigih juga untuk memanjat.
Bukan main aktif lagi Bilal, ke sana ke sini. Nampak seronok betul Bilal apabila diberi peluang bebas bergerak. Kaki ligat berja;an,. mulut pun sama naik ye Bilal, riuh suaranya.
Perkongsian Neelofa itu telah mendapat hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan rata-rata memuji Bilal yang cepat dapat kaki dan mulut pun ringan.
Sementara itu, dalam satu video lain yang dikongsikan oleh Neelofa, jelas nampak Bilal begitu teruja dengan permainan. Dalam video itu, Neelofa mengajar Bilal melakukan aktiviti sambil bermain.
Apa yang boleh dipuji, walaupun kesibukan menguruskan bisnes, bab anak Neelofa sangat mengambil berat. Sejak dalam pantang lagi, Neelofa rajin belajar ilmu keibubapaan seperti mengikuti kelas penyusuan, cara tidur dan tangisan bayi serta penyediaan makanan bayi.
Bukan itu saja, dia juga turut memberi pendedahan awal pada Bilal untuk melakukan pelbagai aktiviti sensori untuk memastikan perkembangan Bilal berada pada tahap terbaik.
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.
Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Sumber: islamicparentingnetwork.net
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!