Sejak dua menjak ni anak asyik batuk je, bukan anak sahaja yang batuk boleh dikatakan satu keluarga alami penyakit batuk-batuk. Kalau anak yang masih kecil mesti mama papa risau nak beri ubat batuk di pasaran kan?
Kalau nak buat sendiri pun boleh, jom ikuti perkongsian dari doktor ini. Selamat mencuba!
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Ads
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
Ads
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
Ads
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Baru melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai yang lalu, MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz kini mahu berehat dan memfokuskan untuk membesarkan keempat-empat anaknya.
Tidak bercadang untuk menambah jumlah ahli keluarga lagi buat masa ini, kata Mua Bellaz dia sudah pun mendapat persetujuan dengan suaminya.
Menerusi Instagram, Bellaz memuat naik gambar empat kesayangannya, dua perempuan dan dua orang cahaya mata lelaki yang diimpikan mereka.
“Yey cukup dah diapit bunga-bunga. Hat laki dua-dua rambut kening tak berapa ada. Hat bunga-bunga lebat juga rambut kening ada dah.
“Tambah si Eica lebat sungguh. Dengan ni maka tutuplah kilang yee pak @anuarahmad123,” tulisnya berkongsi.
Menurut kata Bellaz lagi, dia kini mahu memfokuskan untuk membesarkan keempat-empat anaknya yang mempunyai jarak usia beberapa tahun.
“Bela bagi besaq dewasa dulu ye, dah buat surat hitam putih dah kahkahakahkah,” tulis Bellaz lagi berseloroh.
Berkongsi perkembangan terkininya selepas melahirkan anak, Bellaz yang berpantang bersama Natalis turut berkongsi anak keempatnya yang hanya mempunyai berat 2.8kg ketika dilahirkan sekarang ini cukup kuat menyusu.
“Saya kecik ja tau 2.8kg heheh. Kakak Eica kata, “Mama macam anak patung silicon hat tipu-tipu tu”.
“Adik nak besaq kat luaq ni, menyusu kuat sungguh,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, Bellaz selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai lalu, yang juga turut berkongsi tarikh sama dengan cahaya mata ketiganya, Ean Yusoff.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai adik Syafa Adreena yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga terpaksa ditidurkan.
Menerusi perkongsian bapanya, Syahrul Hazni, baru-baru ini, kesihatan adik Syafa Adreena semakin teruk setelah mengalami jangkitan di paru-paru dan ditidurkan sejak 15 Julai lalu.
Bagaimanapun, menurut Syahrul Hazni kepada Pa&Ma, setelah lima hari ditidurkan, dengan berkat doa orang ramai, Syafa Adreena dah mulai sedar 20 Julai.
Buat masa ni Syafa masih dalam ICU. Cuma sekarang ini, doktor tengah fokus nak kuatkan paru-paru bagi bernafas sendiri tapi masih kena ada bantuan oksigen.
Ini kerana jangkitan kuman paru-paru masih teruk dan kahak dalam paru-paru, hidung dan mulut masih banyak.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan yang berlaku pada Syafa Adreena, Syahrul berkata, pada mulanya hanya demam panas, batuk dengan selesema saja.
“Kami suami isteri bawa ke klinik dan doktor bagi neb. Lepas tu, ok dan boleh balik ke rumah esoknya.
“Cuma yang buat kami tak sedap hati, badannya makin panas dan baby makin lemah. Jadi doktor buat keputusan untuk bawa ke hospital dan perlu masuk wad.
“Setelah 3 hari berada dalam wad, Syafa nampak ok sedikit tapi tiba-tiba hari ketiga petang, oksigen Syafa tiba-tiba drop dan doktor buat keputusan untuk intubate.
Kongsi Syahrul Hazni, daripada keputusan last x-ray 18 Julai, result paru-paru kena jangkitan kuman teruk, doktor nak repeat x-ray lagi sebab sekarang dah on antibiotik yang paling kuat. Kongsi Tengok keadaan Syafa sekarang dah makin baik sikit.
Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu dalam kandungan.
Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan memainkan peranan untuk menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu. Darah yang telah ternyah-oksigen daripada bayi juga ‘dikembalikan’ kepada uri melalui tali pusat. Jadi tali pusat bolehlah dianggap seperti ‘talian hayat’ bagi bayi.
Apakah yang berlaku sewaktu kelahiran bayi?
✔️ Setelah bayi dilahirkan, tali pusat ini tidak lagi diperlukan. Beberapa ketika setelah bayi selamat dilahirkan, tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp’ bagi mengelakkan darah daripada uri terus disalurkan kepada bayi. Jika tidak, ada kemungkinan terlalu banyak darah akan tersalur ke dalam sistem peredaran darah bayi yang boleh membawa pelbagai komplikasi. Tali pusat kemudian digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.
✔️ Adalah sangat penting tali pusat ini digunting dengan menggunakan alatan yang ‘steril’. Menggunakan alatan seperti pisau cukur atau gunting yang berkarat boleh menyebabkan jangkitan ‘tetanus’ yang merbahaya. Penyakit tetanus pada bayi sudah tidak dilihat dalam komuniti yang mengamalkan proses kelahiran bayi yang selamat. Namun masih ada juga kes-kes sebegini di negara kita iaitu jika kelahiran berlaku di luar dari fasiliti hospital / klinik.
✔️ Tali pusat yang ada pada bayi akan menjadi kering, berubah warna dan mengecut. Kebiasannya tali pusat yang telah kering itu akan jatuh dengan sendirinya dalam masa 2 minggu. Maka tinggallah struktur yang kita kenali sebagai ‘pusat’ pada permukaan perut bayi. Pusat ini pula mengambil masa antara 5 hingga 7 hari untuk kering sepenuhnya.
Bagaimana menjaga pusat bayi baru lahir ?
✅ Pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Lazimnya, ibu bapa akan dibekalkan dengan ‘alkohol’ atau bancuhan ‘antiseptik’ untuk mencuci pusat bayi. Namun, terdapat juga data yang menunjukkan bahawa mencuci tali pusat dengan air yang bersih diikuti dengan mengelap untuk mengeringkannya sudah memadai.
✅ Sewaktu mengenakan lampin atau ‘diapers’ , pastikan tali pusat bayi tidak terutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu di luar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi. Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering.
✅ Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. Air bersih sudah memadai.
✅ Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, memandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedah mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Tali pusat bolehlah dilap setelah bayi dimandikan.
✅ Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.
Tanda- tanda jangkitan pada pusat
✔️ kawasan sekeliling pusat kelihatan merah
terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
✔️ bayi demam, kurang aktif dan kurang menyusu
Sekiranya anda melihat tanda tanda mencurigakan pada pusat seperti yang dinyatakan di atas, bawalah bayi ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Jangkitan pada pusat yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan darah yang merbahaya pada bayi.
Berjumpalah juga dengan pengamal perubatan sekiranya terdapat pendarahan pada tali pusat atau tali pusat masih belum tertanggal setelah bayi berusia 3 – 4 minggu.