Ramai ayah yang menghisap rokok mungkin tak perasan atau sedar, asap rokok mereka boleh jadi punca anak kecil kena serangan asma. Bila kecil-kecil lagi sudah dapat asma, maka keraplah mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Tanpa sedar rupanya asap rokok si ayah telah menyebabkan anak kecil mendapat kesan bahaya pada kesihatannya. Kisah sedih keadaan si kecil yang baru berusia 2 tahun tapi kerap masuk ke hospital akibat asma diharap boleh dijadikan pengajaran semua ibu ayah.
Anak 2 tahun.
Berat badan tak naik (-2SD).
Asthma tidak terkawal (poorly controlled bronchial asthma). Kemasukan ke hospital hampir 6 kali setahun akibat serangan asthma akut (acute exacerbation of bronchial asthma). Dalam sebulan, perlukan 2 hingga kali rawatan nebuliser di klinik.
“Ada siapa – siapa merokok di rumah tak?”
Jawapan ibu, “Ya”.
Ads
Suaminya merokok di rumah. Tak hiraukan keadaan anak. Yang bawa anak ke klinik pun si ibu sahaja. Itupun setelah selesai mengambil anak sulong dari sekolah sesi pagi. Kesian juga melihatkan usaha si ibu.
Ya, kami di pusat kesihatan akan terus merawat. Kami ada ubat untuk diberikan kepada anak – anak apabila asthma menyerang. Jika teruk sangat, kami ada ICU.
Tetapi dalam situasi begini, lebih baik ia dikawal dari rumah. Mulakan dengan berhenti merokok.
Tak tahu nak buat macam mana?
Ads
Boleh datang ke klinik berhenti merokok di klinik kesihatan berdekatan.
Sebagai bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda hidup dalam suasana yang selamat dan sihat. Jika anak sengsara diserang asthma akut, anda rasa bagaimana masa depannya?
Paru paru nya belum matang seperti orang dewasa. Lagi banyak bendasing yang masuk terus ke paru – paru, semakin sukar untuk mengawal penyakitnya.
Ads
Persekolahannya akan terganggu akibat sering dimasukkan ke hospital. Sebulan sekali masuk hospital. Sekali masuk wad, dah 2 hingga 3 hari. Bagaimana anak nak menghabiskan pelajarannya dengan cemerlang?
Orang yang nak berhenti merokok biasanya memerlukan motivasi yang tinggi. Adakah kesihatan anak – anak tidak cukup ‘motivasi’ bagi anda?
Mulakan sekarang.
Sayangi nyawa anak anda jika bukan nyawa diri sendiri.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
Bila diberi makanan ringan, semua kanak-kanak teruja. Bagi sesetengah ibu bapa makanan ringan antara salah satu cara mudah nak tenangkan anak yang mengamuk atau menangis. Ibaratnya ‘senjata’ dalam diam.
Tapi tahukah yang makanan ringan ini mengandungi kandungan MSG yang tinggi serta pewarna yang tak elok untuk kesihatan anak dan orang dewasa.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, makanan ringan ini salah satu penyebab anak hiperaktif dan sukar dikawal. Jika ibu bapa ada anak dalam kategori ini, cuba lihat semula gaya pemakanan anak dan keluarga selain kesan sampingan lain.
Berikut antara perkongsiannya:
Isu makanan ringan tidak ringan.Yang ringan pada khasiatnya. Berat pada kesan buruk terhadap kesihatan terutamanya otak.
Ianya mudah didapati. Diletak tempat yang mudah dilihat. Tangan mudah mencapai. Aromanya menggiurkan. Bunyi rangupnya mengujakan. Rasa mahu sentiasa dikudap-kudap.
Harganya pula mampu milik. Warna bungkusannya hasil kajian psikologi warna. Temanya memanggil. Menjemput. Mengajak. Nikmatnya bermain di fikiran.
Makanan ringan dicipta untuk memporak perandakan bahan kimia di otak. Antaranya ialah serotonin. Tugasnya mengangkat mood. Membahagiakan pemiliknya. Andai seimbang.
Tingginya serotonin yang bersifat sementara ini membuatkan kita susah untuk berhenti makan. Pernah terjadi?
Tangan terasa ringan untuk menjamah. Mulut dengan mudah mengunyah.
Puncanya ialah serotonin lebih serta tinggi dari biasa.
Natijahnya:
1- Mudah mengantuk
2- Penerimaan pelajaran menjadi perlahan
3- Sukar memproses maklumat
4- Berat meningkat, pinggang membesar, baju dan seluar mengecil.
Banyak minuman ringan mengandungi Benzoate. Ianya dikesan mengganggu fungsi otak. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. Sukar dikawal.
Selepas waktu rehat di sekolah contohnya, mententeramkan pelajar menjadi cabaran besar kepada guru. Cabaran lain pada makanan ringan ialah monosodium glutamate (MSG).
Bahan ini secara agresif merosakkan sel-sel otak. Pemakan menjadi cepat marah. Terlalu reaktif. Migrain juga adalah hasil kepada pengambilan MSG.
Ianya mengandungi excitotoxin. Tugasnya ialah memporak perandakan sel otak. Seolah-olah membuka suis sakit kepala dan membuatkan migrain semakin teruk.
Dalam erti kata lain ianya adalah toksid. Mahu hilangkan migrain? Henti pengambilan MSG secara total. Kepala menjadi ringan. Nikmat hidup kembali semula.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition. Keluaran Jun 2011. Kajian di jalankan di China. Libatkan 10 ribu orang selama 5 tahun 6 bulan. Kajian dapati pengambilan MSG sebabkan obesiti.
Apabila diambil dengan kadar 5mg sehari sebabkan kegemokan berlebihan iaitu sebanyak 30%. Makanan di kedai, makanan proses, makanan segera, sos semuanya ada MSG.
Nilainya lebih dari 5mg. Otak kita tanggungjawab kita. Sihat itu Jihad.
Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema, pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda. Bagi ibu bapa baru, mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda, apakah yang dikatakan suhu normal bayi?
Bagaimana untuk mengetahui bahawa sama ada bayi anda demam atau tidak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perihal mengenai suhu normal bayi.
Adakah suhu normal bayi dan dewasa sama bagi setiap peringkat usia?
Badan anda akan mempunyai keupayaan untuk mengawal perubahan suhu selaras dengan peningkatan usia. Secara umumnya, individu dewasa yang lebih berusia akan berdepan kesukaran dan kesulitan untuk mengekalkan haba, malah mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai suhu badan yang lebih rendah.
Suhu normal individu dewasa
Suhu badan normal bagi individu dewasa yang diambil secara oral adalah sekitar 36.4 ℃ ke 37.5 ℃, bergantung kepada kaedah pengukuran, kerana kaedah yang berbeza akan memberikan angka yang sedikit berbeza.
Suhu normal kanak-kanak
Suhu badan normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun adalah pada 35.5 ℃ ke 37.5 ℃ apabila diambil secara oral. Kanak-kanak cenderung untuk mempunyai suhu badan normal yang sama dengan seorang individu dewasa.
Ada masanya, seorang bayi dan kanak-kanak akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada seorang individu dewasa bagi pengambilan suhu melalui bacaan ketiak dan telinga.
Suhu normal bayi yang berusia 0 hingga 2 tahun adalah sekitar 36.6 ℃ hingga 38 ℃ apabila diambil secara rektum. Suhu normal bayi akan meningkat sedikit apabila bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Secara puratanya suhu normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃.
Suhu badan bayi adalah lebih tinggi berbanding individu dewasa atau kanak-kanak kerana mereka mempunyai permukaan badan yang lebih besar berbanding dengan berat badan mereka. Badan mereka juga lebih aktif secara metabolik, yang mana akan menghasilkan lebih banyak haba.
Badan bayi tidak mengawal selia suhu badan seperti mana yang dilakukan badan individu dewasa. Bayi akan kurang berpeluh walaupun dalam cuaca atau keadaan panas, ini bermakna badan mereka menyimpan lebih banyak haba.
Ini sekali gus bermakna situasi adalah lebih sukar untuk mereka menyejukkan badan sekiranya mereka mengalami demam.
Mengenal pasti julat atau bacaan normal badan menjadikannya lebih mudah untuk memahami dan mengetahui kebarangkalian anda demam.
Apa yang dimaksudkan suhu panas bayi?
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik di Royal Children’s Hospital di Melbourne, Dr Daniel Golshevsky, seorang bayi yang berada di bawah usia 3 bulan dengan suhu 38 ℃ dianggap mempunyai demam.
Manakala suhu 38.5 ℃ pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak untuk dianggap sebagai demam.
Sejarah kesihatan, sebarang tanda dan simptom seorang bayi merupakan antara faktor yang boleh menentukan sama ada suhu badan tinggi yang dialaminya merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan atau tidak.
Ini kerana jelas Golshevsky lagi, ada kalanya bayi berkemungkinan akan mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan pakaian yang dipakai secara berlebihan, iaitu banyak lapisan atau mungkin dibaluti selimut.
Suhu badan bayi
Secara purata suhu normal bayi dan kanak-kanak adalah antara 36.4 ℃, tetapi ia mungkin berbeza sedikit bagi setiap bayi mahupun kanak-kanak. Seorang bayi atau kanak-kanak akan dianggap sebagai demam apabila mengalami suhu badan pada 38 ℃ atau lebih tinggi.
Bayi anda mungkin mengalami demam sekiranya:
Bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi?
Secara idealnya, anda memerlukan termometer digital untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan cepat.
Cara untuk mengambil suhu badan bayi anda:
Bagaimana memastikan bacaan adalah tepat?
Sekiranya anda menggunakan termometer digital pada bahagian ketiak anak anda dan mengikut arahan pengeluar dengan teliti, anda kebiasaannya akan mendapat bacaan yang tepat.
Namun terdapat beberapa perkara yang turut boleh mengubah bacaan, antara beberapa contoh keadaan atau perkara yang boleh mengubahnya adalah seperti:
Jika perkara yang disenaraikan di atas berlaku, sila biarkan mereka untuk menyejukkan badan selama beberapa minit, tetapi elakkan untuk membiarkan mereka menjadi sejuk atau menggigil, kemudian ambil semula suhu badan mereka untuk melihat sekiranya terdapat perubahan.
Bagi anak yang asyik demam, batuk, sakit-sakit dan susah nak sembuh, PU Amin kongsikan ayat bacaan yang boleh meredakan kesakitan.
Anak tiba-tiba sakit perut meragam dan suhu naik mungkin itu tanda anak mengalami masalah jangkitan cacing. Mungkin ramai yang ambil mudah kerana ia tidaklah memudaratkan namun hal ini sering menjadi igauan si kecil bila tiba masanya.
Dalam satu perkongsian oleh Dr Ahmad Samhan mengenai bayi yang berusia 18 bulan diserang jangkitan cacing hingga menyebabkan suhu badan bayi tersebut tinggi dan alami sedikit cirit birit.
Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Ahmad Samhan berkongsi tanda-tanda si kecil mengalami jangkitan cacing dan juga cara rawatan untuk ibu-ibu lakukan.
Dari petang hujan tak berhenti. Makin lebat. Jam menunjukkan 1 pagi.
Biasanya pesakit tak ramai kalau hujan lebat. Iyalah, siapa nak keluar rumah kalau bukan betul-betul kecemasan.
“Doktor, bayi 18 bulan datang sebab demam,” panggilan dari staff klinik.
“Sebentar, saya turun”
Kelihatan ibu memeluk anaknya. Saya terus menjemputnya masuk ke bilik konsultasi.
“Kenapa ya puan?”
“Siang tadi dia ok je. Malam ini tiba-tiba terjaga dari tidur. Merengek-rengek. Susu pun tak mahu”
“Ada muntah? Cirit birit?”
“Muntah tak ada. Cirit-birit ada tapi baru semalam ada sekali”
“Suhu anak puan tinggi ini. Saya nak periksa perut dan masukkan ubat demam dalam punggung ya”
Bayi dibawa ke bilik rawatan.
Saya bantu ibunya untuk buka pampers.
“Patutlah dia merengek. Dia sakit perut. Cuba puan tengok betul-betul dalam pampers ini”
Kelihatan beberapa ekor cacing kerawit setengah inci bergerak-gerak.
Kecacingan sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi.
Terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum, dan cacing kerawit.
7 TANDA JANGKITAN CACING PADA BAYI & ANAK KECIL YANG DISANGKA SAKIT BIASA
1. Kegatalan pada dubur
2. Cirit birit/najis tidak normal
3. Keletihan yang luar biasa
4. Mudah jatuh sakit(demam,batuk,alahan)
5. Kurang berat badan walaupun selera normal
6. Anak sakit perut dan muntah
7. Mengetap gigi ketika tidur malam kerana tak selesa.
Cara untuk merawat:
✅ Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari).
✅ Ubat cacing boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.
✅Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).
✅Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).
✅Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.
Cara untuk mencegah:
✅ Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.
✅ Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.
✅ Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut
✅ Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
Kongsikan dan tag mak ayah yang ada anak kecil supaya berwaspada dari terkena jangkitan cacing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.