Ramai ayah yang menghisap rokok mungkin tak perasan atau sedar, asap rokok mereka boleh jadi punca anak kecil kena serangan asma. Bila kecil-kecil lagi sudah dapat asma, maka keraplah mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Tanpa sedar rupanya asap rokok si ayah telah menyebabkan anak kecil mendapat kesan bahaya pada kesihatannya. Kisah sedih keadaan si kecil yang baru berusia 2 tahun tapi kerap masuk ke hospital akibat asma diharap boleh dijadikan pengajaran semua ibu ayah.
Anak 2 tahun.
Berat badan tak naik (-2SD).
Asthma tidak terkawal (poorly controlled bronchial asthma). Kemasukan ke hospital hampir 6 kali setahun akibat serangan asthma akut (acute exacerbation of bronchial asthma). Dalam sebulan, perlukan 2 hingga kali rawatan nebuliser di klinik.
“Ada siapa – siapa merokok di rumah tak?”
Jawapan ibu, “Ya”.
Ads
Suaminya merokok di rumah. Tak hiraukan keadaan anak. Yang bawa anak ke klinik pun si ibu sahaja. Itupun setelah selesai mengambil anak sulong dari sekolah sesi pagi. Kesian juga melihatkan usaha si ibu.
Ya, kami di pusat kesihatan akan terus merawat. Kami ada ubat untuk diberikan kepada anak – anak apabila asthma menyerang. Jika teruk sangat, kami ada ICU.
Tetapi dalam situasi begini, lebih baik ia dikawal dari rumah. Mulakan dengan berhenti merokok.
Tak tahu nak buat macam mana?
Ads
Boleh datang ke klinik berhenti merokok di klinik kesihatan berdekatan.
Sebagai bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda hidup dalam suasana yang selamat dan sihat. Jika anak sengsara diserang asthma akut, anda rasa bagaimana masa depannya?
Paru paru nya belum matang seperti orang dewasa. Lagi banyak bendasing yang masuk terus ke paru – paru, semakin sukar untuk mengawal penyakitnya.
Ads
Persekolahannya akan terganggu akibat sering dimasukkan ke hospital. Sebulan sekali masuk hospital. Sekali masuk wad, dah 2 hingga 3 hari. Bagaimana anak nak menghabiskan pelajarannya dengan cemerlang?
Mak dan ayah selalu panik dan risau bila anak-anak hidung selalu berdarah. Kadang- kadang ada yang jadi masa tengah tidur, bangun-bangun je masa pagi penuh darah atas cadar dan katil anak-anak anda…. ada yang jadi masa tengah tengok TV, masa tengah main di padang permainan dan pelbagai lagi situasi yang boleh jadi pada bila-bila masa sahaja.
Pernahkah anak-anak anda mengalami situasi begini??
DOKTOR……KENAPA HIDUNG ANAK SAYA KERAP BERDARAH???
Pada pagi ini saya berkesempatan memeriksa seorang pesakit saya, adik ”S” yang sangat comel dan baru sahaja berumur 6 tahun. Adik S mengalami symptom hidung berdarah sejak beberapa minggu yang lepas.
Menurut ibunya, kejadian yang paling panik dan mendebarkan ibu dan ayahnya adalah pada 2 malam yang lepas yang terjadi semasa adik S sedang menonton TV. Darah yang keluar dari hidung tersangatlah banyak, bermangkuk dan berbaldi banyaknya darah yang keluar dan terjadi secara tiba-tiba setelah anaknya menggosok dan menonyoh hidung … habis panik ibu dan ayahnya….😔😔😔. tak tau macam mana nak buat dalam situasi tersebut…
okay, di sini saya ingin kongsikan sedikit perkongsian berkenaan masalah hidung berdarah di kalangan kanak-kanak.
1) PUNCA DAN PENYEBAB??
– alahan pada debu hama, seafood dsb
– suhu yang sejuk dan kering akibat penggunaan air-cond di rumah
– cuaca yang terlalu panas di luar rumah
– jangkitan kuman seperti selsema
– faktor persekitaran yang berdebu
2) KENAPA IA BOLEH BERLAKU??
-lapisan hidung anak-anak anda adalah sangat nipis semasa mereka kecil. berbanding dengan lapisan hidung dewasa
-apabila anak anda mengalami alahan allergi contohnya, ia akan menyebabkan radang pada lapisan hidung dan salur darah utama di bahagian depan hidung dikenali sebagai Little’s Area akan mengembang dan senang tercedera.
-apabila anak anda menggosok atau menonyoh hidung kerana hidung tersumbat atau gatal, akan menyebabkan salur darah ini pecah dan darah akan mengalir keluar dengan agak banyak.
3) JADI,BAGAIMANA NAK BUAT??
– Jika hidung anak anda berdarah, lakukanlah Trotter’s Method iaitu:
a) dalam keadaan duduk, tundukkan kepala ke bawah
b) picit bahagian depan hidung selama 10-15 minit tanpa lepas dan minta anak anda bernafas menggunakan mulut
c) ambil ais ketul, minta anak anda hisap di dalam mulut sehingga cair secara berterusan
d) ambil lagi ais ketul, balutkan dengan kain nipis, dan letakkan di atas hidung anak anda.
4) BILA NAK BAWA KE HOSPITAL??
– jika darah yang keluar tak berhenti-henti setelah prosedur Trotters di lakukan
– anak anda kelihatan sangat tidak bermaya dan lembik akibat terlalu banyak darah yang hilang
– hidung berdarah disebabkan bendasing di dalam hidung (perlu dikeluarkan oleh doktor)
– anak anda ada masalah pembekuan darah
– anak anda ada mengambil ubat yg mencairkan darah seperti warfarin atau aspirin dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti.
5) JADI APAKAH LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN HAL INI BERLAKU??
-rawat masalah alahan dan allergi anak anda (boleh berjumpa doktor pakar ENT untuk khidmat nasihat dan rawatan)
-jangan tidur dalam air cond terlalu sejuk dan kering
-boleh beli home air purifier dan air humidifier untuk melembapkan bilik
-elakkan bermain dalam cuaca yang terlalu panas
-potong kuku jari anak anda…jangan terlalu panjang, sebab anak-anak ada kecenderungan untuk mengorek hidung dan kuku boleh menyebabkan luka
-sapukan pelembap seperti vaseline gel di bahagian hadapan hidung anak-anak anda sebelum dan selepas tidur.
Untuk dapatkan kepastian yang lebih lanjut dan penerangan serta pemeriksaan yang menyeluruh termasuk pemeriksaan endoskopi kamera, tuan/puan boleh berjumpa Pakar ENT ya…..
Pakar ENT juga boleh merawat dengan cara ubatan ataupun “cauterisation” – iaitu menggunakan ubat dan teknik terkini untuk hentikan pendarahan jika perlu.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama….
Feel free to share this article with others especially your family and friends.
Kredit: Dr Nik Hisyam
Pakar Resdung, Sinus, Telinga, Tekak, Leher,
SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
Seksyen 19, Shah Alam
03-55434162 / 010-9783839 (call/whatsapp)
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula dengan demam yang lama, kelihatan pucat dan badan lebam, akhirnya baru tahu yang adik Muhammad Fareeq Elman menghidap leukemia jenis ALL Regimen A Standard Risk. Bagaikan tidak percaya anak yang dilahirkan normal disahkan leukemia pada genap umurnya dua tahun.
Berkongsi kisah adik Fareeq, bapanya Kamarul Azhar Chek langsung tidak menyangka ujian cukup besar buat anaknya. Ketika doktor sahkan saya masih tak percaya. Tapi bila tengok keadaannya masa tu asyik lemah baru tahu punca sebenar.
“Sebab badan Fareeq selalu lemah dan lebam kerana platletnya dah rendah. Masa bawa ke hospital dan buat prosedur Bone Marrow Aspiration untuk ambil sampel, memang doktor sahkan Leukemia ALL.
“Bermula dari itulah, rumah kedua Fareeq hospital dan menjalani rawatan selama 3 tahun bermula dari Jun 2015 hinggalah Ogos lalu.
“Sepanjang tiga tahun menjalani rawatan, Fareeq juga telah melakukan lebih 10 kali kemoterapi dan 4 kali botak kesan dari proses kimoterapi tersebut,” katanya.
Disahkan Bebas Leukemia
Kamarul Azhar berkata, Ogos lalu Fareeq dah disahkan bebas dari leukemia dan tak perlu lagi menjalani kemoterapi seperti dulu.
“Ubat kemo semua dah tak perlu di ambil lagi. Cuma sekarang dia hanya makan antibiotik dan perlu membuat pemeriksaan darah sebulan sekali di HUKM,” kongsinya.
Walaupun nampak adik Fareeq kuat, menurut ayahnya dia seakan trauma setiap kali kena suntik. Ini kerana sepanjang rawatan yang dilalui selama tiga tahun dah beratus kali dia menerima suntikan di bahagian badannya.
Sementara itu, menurut ibu adik Fareeq Azizah Ab Aziz, masa Fareeq disahkan leukemia hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Namun demi anak saya kena kuat walaupun tak mampu nak tengok kesakitan yang dihadapinya. Saya kena positif walaupun hakikatnya takut.
“Masa doktor sarankan Fareeq kena buat kimoterapi memang saya takut akan kesannya, tapi saya reda dan saya sebenarnya lagi takut kalau kehilangannya.
“Syukur sekarang semuanya dah main baik, Fareeq pun dah boleh jalani kehidupan seprti kanak-kanak normal. Cuma masih tak boleh terlalu aktif.
“Harapan saya moga Fareeq dapat terus membesar dengan sihat,” jelasnya.
**Apa lagi kisah selanjutnya mengenai anak yang disahkan leukemia dan perkongsian dari pakar, saksikan rancangan Pa&Ma dengan episod Anak Leukemia, Apa Penyebabnya jam 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpuasa itu sudah dijanjikan pahala, apatah lagi bagi ibu hamil yang menjalani ibadah puasa, mengaji Quran, berzikir dan bersedekah.
Pun begitu bagi ibu hamil yang nak berpuasa, tolonglah dapatkan green light daripada doktor. Bagitau doktor yang anda sedang hamil, ceritakan alahan yang anda lalui dan doktor akan beri nasihat selepas tanya beberapa soalan dan melakukan beberapa ujian bergantung kepada keadaan ibu.
Ada ibu hamil yang nak juga berpuasa, yang paksa diri untuk puasa dengan alasan “alaaa… nanti kena ganti pulak sorang-sorang.. penatla…so baik puasa kali ni”. Percaya atau tidak disebabkan alasan ini, ramai ibu berdepan hari-hari sukar selepas melahirkan anak sebab terpaksa naik turun hospital dan checkup untuk anak.
Jangan paksa diri, dapat nasihat doktor
Sebaiknya dapatkanlah nasihat dari doktor. Dalam masa yang sama, peganglah niat untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika Ramadhan ini sebelum masuk Ramadhan tahun berikutnya. Apa-apa pun ikut pada kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Moga pengalaman ibu ini dapat memberi manfaat buat ibu yang sedang hamil supaya tak terlalu paksa diri berpuasa jika benar-benar tak larat. Betul semuanya ketentuan Allah, namun andainya kita tahu kesan disebaliknya tak salah untuk sama-sama beringat.
“Sayang nak tinggal puasa, dah keguguran..”
Assalamualaikum..Ni akak nak ingatkan pada ibu hamil, kalau mengandung dalam trimester pertama dan kedua, janganlah paksa diri puasa. Pengalaman akak langsung tak rasa lapar tapi Allah sebaik-baik perancang.
Kalau rasa lapar sikit je pun, berbukalah. Sayangi anak yang bakal lahir tu, jangan jadi macam akak ni. Penangan sayang nak tinggal puasa, dah keguguran. Siapa kita nak mengata tidak andai Allah sudah takdirkan yang terbaik untuk kita. Redha jalan terbaik. InshaAllah.
Baby dah cukup sifat, ada mata ada tangan, kaki. Over stress tahan lapar, baby yang menanggung. Maafkan ummi anak syurga ummi. Kita jumpa di syurga Allah SWT. InshaAllah. Ummi redha..Ingat pesanan ni ye.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.