Doktor Kongsi Perkara Pertama Ibu Bapa Boleh Buat Bila Anak Sawan, Mengiringkan Ke Kiri Dulu

Share

Apa perlu saya buat kalau anak saya sawan? Soalan ini yang ramai ibu bapa selalu tanya. Risau dan tak tahu nak buat apa.

Ni panduan dari Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bila berhadapan dengan situasi ini.

Masa sawan:

Jangan panik. Tengok jam (untuk masa berapa lama sawan)

Mengiring ke kiri, pegang baby/anak (supaya tak tergolek)

JANGAN masukkan apa-apa dalam mulut.

Kalau demam, boleh masukkan ubat demam dalam punggung, tapi ni bukan priority

BIARKAN BAYI SAWAN.

yes, u read it right.

Tak perlu urut-urut tangan atau kaki yang tengah kejang . Tak perlu goncangkan baby supaya dia bangun atau buka mata.

Lihat jam sekali lagi. Masa baby sawan, masa seakan berlalu dengan perlahan. Rasa macam dah 2-3 jam sawan. Sawan usually berhenti dalam 5-10 minit.  Kalau tak berhenti selepas 10 min, bawa ke hospital segera.

Selepas sawan berhenti, baby akan letih/ tertidur. Tak perlu kejutkan/ beri susu semasa baru lepas sawan. Biarkan baby ‘rehat’ sampai dia betul-betul sedar atau pulih.

Masa ni, kalau demam, boleh masukkan ubat demam melalui punggung (kalau belum diberi sebelum tu) atau nak basahkan/ jerlum dengan air.

Once sawan berhenti, bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

 

IKLAN