“Doktor, cuba doktor bagitau kat saya, macam mana saya nak pujuk anak saya pergi klinik gigi. Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal”

Memang bukan senang nak pujuk anak-anak kecil pergi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa kecil.

Kalau benda dah lepas memang tak patah balik, memang tak boleh nak padam bad memori anak-anak yang memang baru kenal dunia.

Doktor Kongsi Tip Pujuk Anak Ke Klinik Gigi Tanpa Rasa Takut Dan FobiaJadi, apa nak buat kat anak-anak yang dah terfobia dan tertrauma dengan pengalaman yang ngeri di klinik gigi?

IKLAN

1+ Sebagai mak bapa kita kena tanya diri kita sendiri apa yang buat kita takut nak masuk klinik gigi. Sebab anak-anak adalah bayang-bayang mak bapa
_kalau mak abah sendiri takut macam mana nak motivate anak untuk tak takut pegi klinik
_mak abah kena tunjuk yang mak abah sendiri suka pegi klinik gigi

2+ Mak abah kena set appointment untuk diri sendiri dulu. Buat appointment call depan anak, biar anak dengar mak abah dia nak cek gigi
_jangan sebut pun pasal nak cek gigi anak-anak, just bagitau, “mama nak pegi klinik gigi, nak cek gigi dah lama mama tak cek”

3+ Seminggu sebelum pegi klinik gigi ajak anak-anak tengok you tube atau video pasal gigi. Cari youtube yang mesra kanak-kanak
_just bagi anak-anak tengok & jangan sebut pun pasal nak bawa anak cek gigi sekali
_buat role model kat rumah, mak abah jadi patient anak-anak jadi doktor gigi
_ingat jangan sebut pun nak bawa anak pegi klinik gigi untuk cek gigi.

IKLAN

Doktor Kongsi Tip Pujuk Anak Ke Klinik Gigi Tanpa Rasa Takut Dan Fobia4+ Sehari sebelum ke klinik gigi, tunjuk rasa EXCITED nak pegi klinik gigi. Just bagitau, “Adik tau tak, ayah suka jumpa doktor gigi, sebab nak kasi gigi ayah sihat, kuat bersih supaya nampak ensem”
_ingat jangan sebut pun perkataan “jom pegi sekali,pastu cek gigi sekali ok”
_biarkan anak sendiri yang rasa nak buat dental check secara suka rela masa di klinik

5+ Di klinik, bawa anak masuk klinik dan bilik rawatan. Bagitau doktor siap-siap nak buat check up sahaja untuk expose anak pada klinik gigi
_biar anak tengok mak ayah yang EXTRA EXCITED atas dental chair
_tanya soalan pada doktor gigi macam mana nak bersihkan gigi cara yang betul, biar anak dengar

IKLAN

6+ Tunggu reaksi anak selepas pemeriksaan gigi sama ada anak nak cek gigi atau refuse
_Katakan anak nampak takut dan banyak diam, better biarkan anak jangan paksa,next time
_Kalau anak nampak teruja dan nampak positif, boleh tanya perlahan-lahan sama ada anak nak buat check up macam ayah
_jangan sebut perkataan, “ala tak sakit,tadi ayah okey je”
_sebut perkataan positif, “adik nak check gigi? Gigi ayah dah cantik, adik nak gigi cantik juga?”

Selamat mencuba & memujuk anak-anak

Sumber: Dr Izaza Mohd Zan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI