Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya tertarik keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.
Doktor yang tidak dinamakan itu kini berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Mangsa, Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar.
Ads
Menurut laporan Daily Mail, doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
Tambah memilukan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.
Ketika perbicaraan, ketua doktor Elena Barannikova mendakwa tidak berlaku keganasan ketika kejadian, namun dakwaan itu ditolak pakar selepas melihat laporan analisis lengkap.
Ads
Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42, yang bersedih dengan kematian Alisa berkata dia tidak akan memaafkan doktor yang menyebabkan kematian anaknya itu.
Ads
“Tiada maaf. Jangan cuba berhubung dengan kami. Dia bunuh anak saya,” kata ibu mangsa.
Bayi perempuan yang diberi nama Anya kini dijaga Svetlana dan menantunya, Nikolay Tepikin.
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui kenyataan rasminya memaklumkan bakal melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara, bermula 1 Disember ini.
Bantu cegah penyakit jangkitan bakteria pneumokokus
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
Katanya, komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
“Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
“Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik,” katanya dalam kenyataan media (24 November).
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.
Kanak-kanak lahir 1 Januari, layak terima suntikan
Beliau berkata, melalui pemberian PCV, kanak-kanak akan diberikan sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan; diikuti dengan satu dos penggalak (booster) pada usia 15 bulan.
Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM, yang mana ibu bapa perlu membuat temujanji bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.
Katanya, bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah berusia lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.
Beliau berkata, KKM turut membenarkan ibu bapa mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta untuk memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta.
“Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal di klinik kesihatan KKM dinasihatkan membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.
“Vaksin pneumokokal yang akan digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan adalah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap sepuluh ‘serotype’ bakteria pneumokokus, merangkumi ‘serotype’ 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F serta memberi perlindungan ‘cross-reactivity’ terhadap ‘serotype’ 19A,” katanya.
Vaksin berkesan dan selamat
Mengulas tahap keselamatan PCV, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kepada pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 156 negara menyenaraikan vaksin itu dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.
“Seperti vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, ia adalah vaksin yang berkesan dan selamat.
“Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, kesan advers susulan imunisasi vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM,” katanya.
Bagi tujuan ini, beliau berkata, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel imunisasi@moh.gov.my. Ibubapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.
Menurut Mohd Khairul, dia bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang disayangi berjaya ditemui tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat.
Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.
Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.
“Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.
“Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tak tunjuk banyak perubahan
Mohd Khairul Asyraf berkata, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.
Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.
Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.
Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.
Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.
Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.
Pelakon, Diana Danielle yang sudah memiliki sepasang cahaya mata mengakui belum masanya untuk menambah ahli keluarga buat masa sekarang.
Menurut Diana Danielle, 31, dia ingin lebih memberikan tumpuan dalam membesarkan kedua-dua anaknya yang kini sudah mencecah 9 tahun dan 6 tahun .
“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 🤭
“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin “deep”.
“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup.”
Tambahnya lagi, membesarkan anak bukan mudah dan ikutlah kemampuan bukan hanya dari segi duit malah mental, emosi serta masa lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja sepertinya.
“So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih.”
“Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference.”
“Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself”
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Diana termasuklah rakan selebriti.
Diana mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Farid Kamil pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad 9 tahun dan Aurora 6 tahun.
Kredit: Diana Danielle
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!