Selepas kelahiran putera keempatnya pada 11 Februari lalu, Ustaz Don Daniyal tampil berkongsi nama indah buat anaknya pada hari ketujuh kelahirannya.

Memuat naik nama indah yang dipilih, Ustaz kesayangan ramai ini juga turut berkongsi sunnah-sunnah kelahiran bayi yang mak ayah boleh lakukan. Antaranya adalah berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya.

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

“Ok.. Masanya sudah tiba.

‎”Saya Don Daniyal Bin Don Biyajid mengkhabarkan kepada semua bahawa anak lelaki saya yang lahir pada 11/02/2021 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1442h, kami namakan nya DON YUNUS BIN DON DANIYAL. Jadi, nama penuh beliau ialah
DON YUNUS BIN DON DANIYAL BIN DON BIYAJID BIN MUSTAFA BIN HAMIDON BIN ABDUL QAHHAR BIN SULAIMAN.

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

“Saya memohon dengan keberkatan pada hari ke 7 anak ini, agar tuan tuan semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yg soleh, penyejuk mata hati Ibu Bapak nya, beri dia ilmu yg bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya atas jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah asy-Sya’irah Maturidiyyah, rezeki yang luas dan halal dan lahir dari dia, zuriat keturunan yang memperjuangkan kalimah
‎لَا إلٰهَ إلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُول الله
Serta pengakhirannya adalah husnul khatimah,” kongsi Ustaz Don menerusi Instagramnya.

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

‎Bukan hanya berkongsi nama, bahkan bapa penyayang ini juga turut berkongsi kelebihan dan sunnah-sunnah amalan yang perlu dilakukan pada hati ke tujuh kelahiran anak.

IKLAN

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

“Hari ke 7 kelahiran.

Sunnah-sunnah kelahiran anak, CHECK!!

1. Bagi Nama
2. Aqiqah
2 ekor kambing = Anak lelaki
1 ekor kambing = Anak perempuan
(Bagi anak lelaki, jika tak mampu 2 ekor, 1 ekor pun boleh. Sah sunat Aqiqah cuma xdpat pahala sunat 2 ekor.)
3. Bercukur
4. Amik rambut yg dicukuq, p kedai emas, timbang. Berat rambut tu, Convert dengan harga emas. Dapat jumlah, jumlah tu p sedekah kepada fakir miskin.
5. Sambut lah kelahiran dengan alunan puji pujian kepada Allah Taala dan Pujian kepada Nabi Muhammad,” tulisnya lagi.

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

Dalam pada itu, Ustaz Don juga turut menzahirkan rasa terima kasihnya pada semua pengikutnya yang sudi berkongsi kegembiraan bersamanya dalam menyambut kelahiran anak keempatnya itu. Malah turut mendoakan semua pengikutnya di Instagram.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang sudi melalui hari hari bahagia kami sekeluarga. Menelusuri bersama-sama. Happy n seronok sama-sama dengan kami.

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

“Tak dak apa dari diri kami yang kerdil ni, melainkan kami doakan semua doa yang tuan tuan pohon untuk anak kami, doa itu semua dikembalikan kepada anak-anak zuriat tuan tuan jugak. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .

“Terima kasih semua,” kongsinya.

 

IKLAN

Terdahulu, Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Dr Husna Zahary menerima kelahiran bayi keempatnya itu pada tanggal 11 Februari 2021.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.

Artikel berkaitan:Hebatnya! Anak Kongsi 2 Tarikh Lahir Sama, Ustaz Don Daniyal Timang Anak Keempat

Keliru Nak Azan Iqamahkan Anak Masa Lahir, Ustaz Don Daniyal Kongsikan Panduan Buat Semua

Don Yunus Pilihan Nama Ustaz Don Daniyal & Isteri Untuk Putera Ke-4, Kongsi Foto Detik Kelahiran Anak!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ddaniyaldbiyajid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI