Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
Ads
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
Ads
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.
Anak yang dilahirkan sihat, tiba-tiba diuji dengan sakit yang kronik pada usianya 4 tahun dan telah pergi meninggalkan kedua ibu bapa dan adiknya pada pagi Hari Raya Aidiladha lalu cukup menyedihkan.
Menurut ibunya Saidah Malihah, arwah Ahmad Sayyid meninggal kerana Kanser Ganglioneuroblastoma selepas dikesan pada November tahun lalu selepas demam panas dan suhu sentiasa panas setiap malam selama dua minggu berturut-turut. Walaupun dah bawa ke klinik demamnya masih tak kebah.
Selepas itu perutnya juga semakin membesar sehinggalah dia mengadu sakit dan terus di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Selepas di scan Sayyid di rujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan bermula dari situlah kehidupannya berubah sehingga pergi menghadap ilahi pada Aidiladha lalu.
Berikut perkongsian ibunya di Facebook mengenai perjuangan Sayyid melalui hari-hari terakhir sebelum dijemput Allah.
Mimpi Sayyid bangun dari tidur
Bismillahirahmanirahim. Hari ini baru ada masa untuk mencoret kenangan buat Ahmad Sayyid. Nama Sayyid diberi kerana mimpi ada tangan yang menulis nama tu masa tengah mengandungkan dia. Masa tu belum tahu jantina dia lagi.
Mami nekad mahukan nama Sayyid yang bererti Penghulu/ Ketua walaupun abahnya nak nama lain. Sesuai la Penghulu untuk anak sulung kan. Lahirnya secara induce pada 12 Ogos 2014 kerana kurang gerak. Membesar sebagai anak yang disayangi ramai. Petuanya masa mengandung bacalah surah Luqman & Ar-Rahman setiap hari dan niatkan khusus untuk anak dalam kandungan.
8 Ogos 2019, Khamis. Abah Sayyid mimpi Sayyid bangun dari tidur, jalan keluar dari bilik (Sayyid dah tak boleh jalan sebenarnya sebab kaki sakit) untuk cium adiknya yang sedang tidur. Dan cakap dengan abahnya, dia nak pergi keluar, tapi ada benda yang halang dia. Tapi takpelah, lain kali je lah. Nanti abah tolong.
9 Ogos 2019, Jumaat. Siang harinya, banyak kali dia tanya, Abah dah balik ke? Setiap kali bunyi kereta lalu depan rumah. Dia banyak cakap juga, tak seperti hari biasa yang banyak tidur sebab penat.
Malamnya, Sayyid tidur kat sebelah mami macam biasa. Mami dengar Sayyid bercakap sambil tidur (dengan anggapan Sayyid mengigau). “Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah” diulangnya 2 kali. Mami kejutkan Sayyid dan Sayyid kembali tidur.
Mata Sayyid dah ke atas
10 Ogos 2019. Seperti biasa Sayyid kurang berselera untuk makan. Oleh kerana satu hari suntuk tak makan, mami bagi Sayyid susu sedikit ikut Ryles tube. Sayyid cakap Sayyid dah tak nak masuk wad. Maghrib tu Sayyid cakap rasa macam nak sendawa tapi tak lepas. Disuruhnya gosok dibelakang dia sehinggalah malam. Pukul 11 malam Sayyid cakap macam nak muntah. Tapi tak muntah pun, dia cuma keluarkan sedikit air liur. Mami nak sedapkan hati Sayyid dan cakap kat Sayyid ni sebab Sayyid tak makan, ada angin la.
Pukul 11.30 malam, mami ajak Sayyid tidur sebab mami dah penat. Mami peluk Sayyid dan tidur. Pukul 1 lebih, Sayyid kejutkan Mami, Sayyid cakap rasa macam nak muntah lagi. Nak tinggikan bantal. Mami ambil bantal mami untuk tinggikan bantal Sayyid. Bila mami nak sandarkan Sayyid pada bantal, mami nampak Sayyid dah nak pergi. Sayyid cuba cakap-cakap, tapi percakapan Sayyid sudah tidak jelas kedengaran. Mami suruh Sayyid pegang tangan mami, Sayyid genggam tangan Mami. Mami panggil Abah juga. Mami mengucap tanpa henti, Lailahaillah.
Mami tengok mata Sayyid dah ke atas, Mami terus doakan pada Allah semoga mudahkan urusan Sayyid. Genggaman tangan Sayyid makin lemah dan mami tahu Sayyid dah pergi. Mami tengok jam, pukul 1.17am. Mami terus cakap pada Sayyid, mami tahu roh Sayyid ada kat sini lagi. Pergilah cari adik (Sayyid ada adik yang meninggal dalam perut masa 8 bulan mengandung) kat sana. Main sama-sama. Mami sayang Sayyid.
Mami suruh abah call 999 untuk panggil doktor datang buat pengesahan. Mami tulis kat Whatsapp family, Sayyid dah takde. Mami call nani bagitau Sayyid dah takde. Doktor dari HTAR sampai dengan ambulans untuk buat pengesahan. Keluarga-keluarga terdekat juga datang ke rumah. Pagi, takbir Aidiladha berkumandang. Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik.
Mami redha Sayyid pergi sehari sebelum hari jadi Sayyid yang ke-5. Tiada lagi sakit padamu sayang dan Sayyid terpilih ke “boarding school” untuk jadi anak asuhan Nabi Ibrahim A.S. Mami bangga dengan Sayyid.
Al-Fatihah buat Sayyid
Alfatihah buat Sayyid. 12082014 – 11082019. Buat ibu-ibu lain yang juga punya anak kecil meninggal sebelum baligh, redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita yang akan memimpin tangan kita ke syurga.
Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud: ” Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya: ” Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab: Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang” (HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya”
Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu.
Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggl yang tertinggal sepanjang 2cm hingga ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang dipotong, doktor akan meletakkan penyepit plastik di bahagian hujungnya. Tunggul tali pusat bayi akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Ada juga sesetengah kes, bayi akan mengambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal. Dalam pada itu, akan ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tetapi anda tidak perlu risau kerana bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Fungsi Tali Pusat Dalam Kandungan
Tanda-Tanda Jangkitan
Cara Bersihkan Tali Pusat Bayi
Bahan-bahan:
Cara Bersihkan:
Sumber: women online magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit-sakit badan. Selain pengambilan air kosong yang secukupnya, mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah.
Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya ini baik untuk menaikkan sistem imunisasi badan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Halba
Serai
Kurma merah
Daun pandan
Gula merah/madu
Rebus dengan air seperiuk dan minum hari-hari. Ini yang saya biasa buat. Serai + pandan, rasa dia masya Allah superb. Kesan pun amazing.
Energy boosting tea yang saya selalu buat bila badan letih ada juga yang berasaskan halba dan habbatus sauda. Kedua-duanya ada khasiat yang hampir serupa iaitu bersifat anti radang, anti virus, anti bakteria, anti bengkak dan natural painkille.
Ada banyak versi energy boosting drink ibu. Tak akan nak minum yang sama hari-hari kan? Kita cuba pula resepi lain letak kembang semangkuk.
Bahan-bahan:
½ sudu besar halba
½ sudu besar habbatus sauda
Organic molasses/coconut sugar
2 helai daun pandan
2 batang serai
Secubit garam himalaya
White fungus atau kembang semangkuk
Kurma merah atau kismis
2 liter air
1. Reneh semua bahan di atas menggunakan kaedah slow cook selama 1 jam.
2. Simpan di peti sejuk. Nak minum boleh keluarkan dulu bagi hilang sejuk.
Anak usia 2 tahun ke atas pun boleh minum. Sesuai untuk berpantang juga. Untuk ibu mengandung tak perlu letak habbatus sauda kerana ia sensitif.
Semoga bermanfaat. Kita perlu sihat untuk jaga keluarga.
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.