Donut Cheese Buah Naga Untuk Bayi 8 Bulan. Lembut, Sedap & Sangat Gebu!

Share

Buah naga mengandungi sejumlah kecil nutrien. Ia juga merupakan sumber zat besi, magnesium dan serat yang baik. Menurut USDA, buah naga mengandungi sejumlah besar serat, lycopene, dan karbohidrat serta vitamin larut air seperti karoten, vitamin C dan vitamin B niasin dan riboflavin. Kekayaan mineral buah ini juga tinggi dan termasuk magnesium, kalsium, fosforus, besi, dan natrium.

Buah ini juga dipercayai mengandungi fitonutrien yang menghalang pelbagai penyakit. Selain itu, penyelidikan yang diterbitkan dalam Food Chemistry mencadangkan terdapat asid lemak tak tepu (asid linoleik dan asid linolenik), dan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam biji buah ini.

Jadi, tidak hairanlah jika ia dianggap sebagai buah yang sangat berkhasiat atau superfood. Bagi mama yang nak bagi anak makan buah naga, selain dipotong kecil mama juga boleh hasilkan kuih daripada buah naga ini. Jom cuba resipi yang dikongsi.

Baca: Elak Ambil Makanan Segera, Jajan, Minuman Berkafien Ketika Hamil! Ini Kesanya Pada Kandungan

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Harini ibu terlebih rajin😂😂 uli donut untuk anakda buat Brekfast esok pagi… hihi. Ibu buat frozen .. nanti senang nak makan goreng je sampai masak… resepi tu main agak-agak je sebenarnya.. kalau lembik tambah tepung , kalau keras buh air 😅😅.. macam tu ler smpai tak lekat kat tgan… tapi gebu sangat-sangat.. ibu try pom rasa sdap sangat 😍.

#8months

Bahan-bahan:

  • Buah naga
  • Tepung
  • Tatura cheese
  • Unslated butter
  • Telur
  • Mauripan
  • Air

Sukatan ikut cup yang saya tunjukkan.

Cara penyediaan:

Masuk tepung, mauripan, butter dan cheese lepas tu ramas-ramas sampai sebati.

Pastu masuk telur.. gaul-gaul lagi. Then masuk naga tu.. uli-uli smpai tak lekat dekat tgan.

Kalau kurang air boleh letak air.. tapi samalam buat tak letak air pun sebab buah naga tu dah ada air.. siap tambah tepung sikit sebab lembik. Uli smpai jadi doh tak lekat kat tangan dan bekas.

Boleh goreng. Siap untuk dihidang! Nak frozen kan pun boleh.

Kredit: Juwairiyah Ismail

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

IKLAN