Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan-bahan. Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda, anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dikongsi oleh Puan Farisha Sofea.

Donut Labu Gebu Versi Baby Hanya Guna Sukatan Cawan, Memang Superb!

Resipinya mudah kerana anda hanya memerlukan sukatan cawan sahaja. Bagi bayi yang bawah 1 tahun anda tidak digalakkan untuk menggunakan madu kerana madu hanya sesuai untuk anak atas 1 tahun.

Donut Labu Gebu Versi Baby Hanya Guna Sukatan Cawan, Memang Superb!

DONAT LABU VERSI BABY

Bahan Bahan:

IKLAN

Bahan A:
1/2 cawan puri labu (dah dikukus & dilenyek)
1 sk madu (1 tahun ke atas)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb mentega tanpa garam
1 sk yis
1 sb susu penuh krim

Cara Cara:

IKLAN

Satukan Bahan A dan kacau sebati. ketepikan seketika. Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B kecuali susu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan Bahan A dan juga susu tadi. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat dan ulang proses sehingga selesai.

Rehatkan doh 10 – 15 minit kemudian leperkan doh dan lubangkan.Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.

IKLAN

Donut Labu Gebu Versi Baby Hanya Guna Sukatan Cawan, Memang Superb!

Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana doh akan menyerap minyak, cukup sekadar sekali dua sahaja. Setelah masak kedua dua bahagian , angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung jika suka. siap, selamat mencuba!

Kredit: Farisha Sofea via Resipi Makanan Baby

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI