Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan-bahan. Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda, anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dikongsi oleh Puan Farisha Sofea.
Resipinya mudah kerana anda hanya memerlukan sukatan cawan sahaja. Bagi bayi yang bawah 1 tahun anda tidak digalakkan untuk menggunakan madu kerana madu hanya sesuai untuk anak atas 1 tahun.
DONAT LABU VERSI BABY
Bahan Bahan:
Ads
Bahan A:
1/2 cawan puri labu (dah dikukus & dilenyek)
1 sk madu (1 tahun ke atas)
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb mentega tanpa garam
1 sk yis
1 sb susu penuh krim
Cara Cara:
Ads
Satukan Bahan A dan kacau sebati. ketepikan seketika. Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B kecuali susu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan Bahan A dan juga susu tadi. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat dan ulang proses sehingga selesai.
Rehatkan doh 10 – 15 minit kemudian leperkan doh dan lubangkan.Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.
Ads
Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana doh akan menyerap minyak, cukup sekadar sekali dua sahaja. Setelah masak kedua dua bahagian , angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung jika suka. siap, selamat mencuba!
Daging mongolia antara menu yang sangat mudah disediakan. Bagi mama papa yang nak masak makanan berasaskan daging boleh cuba resipi daging mongolia yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini.
Balik tadi tengok ada daging dalam peti.
Okeh cun, kita masak Daging Mongolia. Sedap kau. Daging rangup dicampur pula rasa masin manis sos dia tu. Fuhhh bertambah. Macam biasa kejap lagi korang mintak resepi, so aku bagi siap-siap.
Nah resepi Daging Mongolia ala Superdaddy Khairul Abdullah.
Bahan untuk projek ini:
250gm daging.
½ cawan tepung jagung
¼ cawan minyak masak
½ cawan air.
7 ulas bawang putih,hiris nipis
2 inci halia, dimayang halus
5 sudu kicap tak kisah lah cair ke pekat ke
1 setengah sudu gula melaka, brown sugar pun boleh. White sugar pun oklah.
3 pokok daun bawang, dipotong 2 inci
Sedikit garam.
Cara melaksanakan projek ini:
1. Potong daging nipis-nipis, lawan urat tau. Lagi nipis lagi bagus. TIPS, masukkan dalam freezer bagi keras sikit so senang hiris nipis.Lepas tu gaulkan sedikit garam biar sekejap.
Lepas tu sadurkan daging dengan tepung jagung. TIPS, jangan campak terus semua dalam tepung atau campak tepung dalam daging. Kena ambik daging sekeping dua dan balik-balikkan atas tepung biar rata. Buat sampai habis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak degan api sederhana dan goreng daging. Sebaiknya goreng sikit-sikit, kalau campak semua sekali nanti melekat dan tak cun. Goreng sampai garing keperangan tu. Angkat dan rasa satu rangup tak. Kalau rangup ok cun. Goreng sampai habis.
3. Dalam kuali yang sama dengan baki minyak tadi tumis bawang putih dan halia dalam 15-20 saat gitu dan masukkan air, gula melaka dan kicap. Gaul rata sampai didih dan masukkan sesudu tepung jagung lagi untuk bagi kuah pekat. Rasa dulu, tambah apa yang kurang.
4. Dah menggelegak, masukkan balik daging yang digoreng tadi bersama daun bawang (tambah cili atau lada hitam kalau nak pedas) dan kacau cepat-cepat. Agak semua dah rata terus angkat dan masukkan ke dalam bekas paling cun dan hias lawa-lawa.
Siap dan hidang segera.
Senang wehh, tak sampai 30 minit masak benda alah ni. Dah hias lawa tadi terus hidang dan makan. Jangan tunggu lama nanti rangup tu hilang.
Comelkan popia sosej bentuk perahu, resipi mudah untuk anak- anak sebagai kudapan. Mesti makan sampai licin. Bentuk yang kreatif dapat tarik minat anak untuk makan bagi anak mereka yang kurang atau tiada selera makan. Boleh buat bekal ke sekolah juga. Mesti sukarkan untuk para ibu untuk pikat selera anak.
Selalunya, apa- apa makanan yang rangup atau berkaitan dengan sosej jarang anak menolak untuk makan. Biasa kita dengar kanak- kanak suka makan sosej. Jadi, ibu perlu bijak dan kreatif untuk olah sosej menjadi makanan yang dapat menarik minat anak. Jom lihat resepi yang dikongsikan oleh negeri seberang.
Resepi ini dikongsikan oleh Sunita Sabtu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI POPIA SOSEJ PERAHU
Goreng- goreng macam ni anak- anak suka la. Guna kulit popia dan inti sosej.
Saya dah edit ya resepi dan cara betul.
Bahan- bahan: – 6 batang sosej keju (potong dadu) – 1 biji telur (dipukul) – 1 ulas bawang putih (ditumbuk) – Cili besar merah (potong kecil) – 4-5 sudu besar tepung gandum – 100ml air rebusan ayam atau air kosong – Daun bawang (potong kecil) – Serbuk lada putih – Garam secukupnya – Kulit dumpling secukupnya – Minyak untuk menggoreng
Cara- cara: 1. Masukkan sosej ke dalam telur yang telah dipukul dan semua bahan. 2. Kacau rata dan ketepikan. 3. Ambik kulit dumpling potong dua. Buat keratan kecil pada bahagian atas dan bawah dan bentukkan ia seperti perahu (cara seperti gambar di bawah). Lekatkan dengan air kosong. 4. Selesai sediakan perahu, tuangkan adunan sosej ke dalamnya. 5. Panaskan minyak dan goreng secara terendam. 6. Goreng sehingga warna keemasan atau masak. Angkat dan toskan minyaknya. 7. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan, sedap pun ya tau! Bukan anak sahaja suka, seisi keluarga pun mesti suka. Boleh guna sosej biasa kalau tiada sosej keju. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Tidak dinafikan donat antara kuih yang cukup digemari anak-anak kita. Selain rasa gula yang manis, adunan tepung yang lembut dan gebu juga buat anak suka.
Bosan dengan donat biasa, kali ini kita hasilkan bebola donat pula untuk anak. Comel saiznya, malah bulat-bulat sekata. Resipi yang dikongsikan Pn Ariana Sofea Ahmad ini memang awesome. Lengkap langkah demi langkah terperinci. Confirm menjadi!
Hari ni saya nak share resepi donut ball. Bukan saja ringan tapi sangat lembut dan gebu.
Resepi Donut Ball
1 1/4 cawan @ 250ml air suam
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
500g tepung gandum
1 paket @ 11g yis
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
Gula kastor (salutan donut)
Mula-mula masukkan air suam, gula, susu pekat manis dan yis. Pastikan yis masih elok dan belum dibuka. Yis kalau dah dibuka dan dibiar lama akan masuk angin. Dah tuang yis terus kacau hingga semuanya sebati.
Lepas tu wrap bekas dan biarkan yis aktif Dan mengembang selama 30 minit. Saya suka biar lama supaya yis lebih kembang.
Ok. Yis dah kembang. Tapi kalau yis tak kembang maknanya yis rosak dan kena buat semula.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, ovallete, butter, garam dan baking powder. Gaul guna sudu dulu bagi sebati.
Lepas tu tuangkan kesemua adunan yis tadi. Gaul menggunakan sudu dulu barulah Dan barulah gaul dan uli menggunakan tangan. Doh ni memang lembik sikit dan tak perlu tambah tepung gandum kecuali lembik terlampau sangat baru tambah tepung gandum.
Uli hingga jadi doh dan tak melekat pada tangan. Melekat sikit tak ape. Lepas tu wrap bekas dan biarkan kembang 2X ganda selama 30 minit.
Ok. Doh dah kembang, tanggalkan wrap.
Tekan-tekan doh bagi angin keluar. Gunakan jari jemari yang lembut tu.
Dah buang angin, buat macam ni semula. Jika doh melekat sangat ketika nak ambil doh, boleh letak tepung gandum pada tangan, kalau tak melekat tak perlu letak.
Untuk dapatkan donut yang sama besar, timbang doh. Kalau taknak timbang pun xpe. Nak buat donut ball yang kecil dan boleh cucuk pada lidi, kurangkan berat dalam 10-15g je.
Bulatkan macam ni dan getel hingga betul-betul bulat.
Untuk memudahkan mengoreng nanti, letak doh donut atas baking paper. Fungsinya bila nk letak dalam kuali tak perlu pegang doh Dan donut cantik je membulat. Biarkan doh mengembang 10-15 minit barulah digoreng.
Ok doh dah kembang. Pastikan doh kembang baru goreng.
Goreng dalam minyak yang panas. Jangan guna api terlampau besar nanti bahagian luar garing tapi di dalam tak masak. Boleh tengok video cara nak letakkan donut dalam kuali. Bila donut dah kuning@garing baru terbalikkan. Jangan terbalikkan banyak kali nanti donut tak masak dan serap minyak. Dalam kuali akan mengembang elok.
Dah masak angkat dan toskan. Pastikan takda minyak melekat. Lepas tu boleh golek-golek dalam gula. Nak guna gula lain pun boleh. Untuk kekalkan donut nampak cantik membulat, jangan tekan pada donut ketika salut gula.
Ok donut ball dah siap. Kalau buat size kecil boleh cucuk pada lidi. Anak-anak mesti suka. Mak ayah pun suka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!