Dr Amalina Timang Cahaya Mata Kedua, Nama Aurora Jadi Pilihan

Share

Tahniah buat Dr Amalina Che Bakri dan suami tercinta, Alexander Charles yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka! Pasangan ini selamat menyambut kehadiran seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr Amalina menerusi akaun Instagram beliau dengan kapsyen yang cukup manis dan menyentuh hati. Dalam coretannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kelahiran si comel yang kini melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.

“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora.

“Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” kata Dr Amalina.

Berdasarkan perkongsian itu, Dr Amalina menandakan Hospital St. Thomas di London sebagai lokasi dipercayai tempat kelahiran Aurora.

Dr Amalina turut memuat naik empat keping gambar bersama bayinya termasuk gambar suaminya, Alexander Charles dan puteri sulung, Arabella Mia.

Doa & Ucapan Tahniah Mengalir Deras

Ruangan komen media sosial beliau dihujani ucapan tahniah dan doa daripada para pengikut, rakan selebriti dan netizen yang turut tumpang gembira dengan kelahiran Aurora. Ramai yang teruja melihat wajah si kecil dan tak sabar nak lihat Arabella bermain bersama adik tersayang.

Selamat berpantang buat Dr Amalina dan tahniah atas kelahiran Aurora!

Semoga keluarga ini sentiasa diberkati, dan kedua-dua puteri membesar sihat, bijak serta dikelilingi kasih sayang yang melimpah ruah. 

Published by
Nana