Tidur yang cukup bagi kanak-kanak adalah waktu yang sangat penting untuk membolehkan proses tumbesaran dan pertumbuhan berjalan lancar. Menurut pakar, bagi mendapatkan tahap kecerdasan IQ yang tinggi, tidur mencukupi antara elemen paling utama dalam pembentukan rangkaian saraf serta membantu perkembangan kelakuan dan menggalakkan bahasa asas serta pertuturan yang cepat.

Sebab itulah, bayi yang dapat tidur yang cukup, beratnya akan naik elok dan tak mudah meragam. Selain itu, perkembangannya juga seiring dengan usia. Bagi ibu bapa yang risau, kenapa berat bayi tak naik cantik dan adakah ia disebabkan susu, Dr Salehuddin Sulaiman beri jawapannya.

Dr Jelaskan Bayi Tidur Terganggu, Punca Berat Tak Naik. Bukan Sebab Susu!
Gambar Hiasan

Berat dan tidur (bayi)

Seorang patient saya bawa baby nya: main concern, berat tak naik.
Berat lahir: 2.8kg
Semasa 40 hari: 3.2kg.
Kenaikan berat ~9g sehari
(Normal untuk baby menyusu badan : 15-30g sehari)

Menyusu badan fully. Latching, position, teknik, mengikut pemerhatian lactation nurse, ok.
Najis, kuning, lembut. Tak ada tanda masalah penghadaman.

Kencing? Lampin tukar sekitar 3-5 kali sehari, waktu pagi paling berat, dan kebanyakan waktu, berat (jumlah urine satisfactory).

Tidur? Selepas subuh, tidur dalam 3 jam, selepas itu sepanjang hari tak banyak tidur. Tidur dalam setengah jam – sejam, terbangun. Waktu malam terutama selepas tengah malam, lagi kurang tidur.

Pemeriksaan fizikal, semua ok. Jantung paru-paru, tak ada masalah.

‘Anak saudara saya yang hampir sebaya, beza 3 hari je, berat dah naik dekat 5 kilo. Baby tu guna susu formula. Ramai orang advice saya supaya beri susu formula. Tapi saya nak bagi anak saya ni, susu ibu sepenuhnya.’ si ibu buntu.

Dr Jelaskan Bayi Tidur Terganggu, Punca Berat Tak Naik. Bukan Sebab Susu!
Gambar Hiasan

Saya terangkan, bahawa berat baby yang tak bagus ni, bukan sebab susu ibu kurang kuantiti mahupun kualiti (ini adalah persepsi RAMAI orang, termasuk petugas kesihatan).
‘Baby puan ni, tak naik berat badan sebab tak cukup tidur’.

Saya beri beberapa tips supaya baby tidur lebih lena, dan nasihat si ibu supaya teruskan penyusuan susu ibu.

IKLAN

Tips nak bagi baby tidur lebih lena (lagi cepat berat naik)

1. Selepas menyusu, riba/ pangku sampai betul2 lena, baru letak.
Kalau perlu, bedung kemas.
2. Pasti kan suhu agak rendah (kipas atau aircond esp time musim panas gini)
3. Kurangkan bunyi bising kalau boleh.
4. 1 benda yg lebih penting, kalau baby terbangun dan menangis selepas 30min-1 jam, make sure AYAH yang angkat dan dodoikan balik, bukan ibu, kalau boleh. (kalau ibu, baby automatic nak menyusu walaupun masih kenyang). Ada ramai ibu yang menyusu badan bagitau anaknya nak menyusu setiap setengah jam. Sebenarnya baby tu bukan nak menyusu pun, tapi nak ‘mengempeng’ atau nak dipeluk. Kalau orang lain selain si ibu yang angkat, (sebab tu saya mention AYAH) bukannya baby tu nak menyusu pun.
5. Kalau baby dah tidur lena, tak perlu kejutkan untuk tukar lampin, atau ‘nak bagi susu’.

Dr Jelaskan Bayi Tidur Terganggu, Punca Berat Tak Naik. Bukan Sebab Susu!

(Kalau baby dalam 2 minggu pertama dan kuning, kadang-kadang baby kuat tidur. Boleh kejutkan untuk penyusuan setiap 2 jam. Masalahnya, ramai yang diberi nasihat: kalau baby kuning, kena kerap menyusu. Dan end up diberi susu setiap setengah jam atau sejam. Personally, this is not the right thing to do. Kerap menyusu is setiap 2 jam bagi yang menyusu badan, dan 3 jam jika guna susu formula).

Temujanji 2 minggu untuk review balik. Selepas 2 minggu. Berat 3.6 kg. 400g dalam masa 14 hari. Iaitu 28 g sehari. Alhamdulillah.

Ibu bapa bayi tersebut memastikan bayi mereka cukup tidur. Kurang gangguan, terutama di waktu siang hari.

3 bulan pertama bayi tidur sekitar 16-17 jam sehari atau lebih

IKLAN

‘Memang terasa berat, dan lenguh juga tangan bila dukung dia’ komen si ayah. Yes, tidur sangat penting untuk bayi. Semasa tidur, hormon tumbesaran (growth hormone) dikeluarkan untuk merangsang tumbesaran bayi. Sebab itu, dalam 3 bulan pertama, Allah jadikan bayi banyak tidur. Mereka tidur sekitar 16-17 jam (atau lebih), dan hormon paling banyak dikeluarkan ketika mereka tidur lena (lebih sejam).

Sebab itu, dalam kes pesakit saya ini, peringkat awalnya, berat tak berapa naik kerana tidur yang tak berkualiti (tak sampai sejam) menyebabkan kurang hormon dikeluarkan.
Mengikut kajian, tidur yang cukup semasa bayi juga menentukan kecerdasan mereka kelak.

Dr Jelaskan Bayi Tidur Terganggu, Punca Berat Tak Naik. Bukan Sebab Susu!

Selepas 4 bulan sekitar 14-15 jam

Jadi, pastikan bayi anda tidur secukupnya. Selepas 4 bulan, keperluan tidur mereka ialah sekitar 14-15 jam, dan pada umur 6 bulan, sekitar 13-14 jam sehari. Waktu tidur mereka juga berubah.

Dalam 2-3 bulan pertama, ‘office hour’ mereka ialah selepas 12 tengah malam hingga 4-5 pagi. Mereka lebih banyak tidur pada waktu siang. Jadi, kalau bayi anda banyak tidur waktu siang, itu normal.

IKLAN

Mula tidur normal waktu malam sekitar usia 10 bulan ke atas

Mereka akan mula start tidur waktu malam (circadian rhytm) selepas umur mereka 10-12 minggu (2-3 bulan).

Oh, saya bercerita ni pasal tidur bayi ya. Bukan tidur bayi dewasa berumur 30 atau 40 tahun!

Kredit: Pakar Pediatrik, Dr Salehuddin Sulaiman

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Dr Jelaskan Bayi Tidur Terganggu, Punca Berat Tak Naik. Bukan Sebab Susu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI