
Pasangan doktor selebriti, Dr. Say Shazril dan isterinya, Dr. Azura Abas sering menjadi inspirasi ramai kerana bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, malah mereka kelihatan kekal cantik, bertenaga dan awet muda walaupun usia sudah menjangkau lewat 30-an. Lebih mengagumkan, kedua-duanya tetap konsisten menjaga kesihatan walaupun sibuk menguruskan keluarga dengan tiga orang cahaya mata.
@say_shazril0 Siapa kata kami tua meh sy babap, kami baru 20-an la ahaha. Sy rasa sebab mak ayah kami elok jadi kejadian kami pun elok lah juga ahahaha. Melawak2 semua kami share dalam video ni dengar sampai habis sebab yg last paling penting. Its all about balance. Nak cantik kena usaha sikit. Lagi lagi nak Merdeka ni, merdeka-kan sikit mindset saying lepas jadi mak bapak aku game over dah. Jaga diri kita supaya anak2 kita look up kepada kita dengan Swisse supplements k peeps? @swissemalaysia #swissemy #swissesupplement #astaxanthinglutathioneplus #biotinvitccomplex #shinebright ♬ original sound – say_shazril
Rahsia Awet Muda: Amalan Hidup Sihat
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan ini mendedahkan beberapa tip penjagaan diri yang mereka amalkan bersama. Menurut Dr. Say, antara kunci utama ialah pemakanan sihat, senaman, tidur berkualiti dan pengurusan stres.
“Apa yang kami amalkan ialah pemakanan sihat dan seimbang. Dalam makanan kami wajib ada sayur atau sekurang-kurangnya separuh portion ada sayur.
Yang kedua ialah bersenam kerana bersenam memang akan melambatkan penuaan.
Yang ketiga ialah tak boleh stres, jadi kena kurangkan stres.
Selain itu kami juga mengamalkan pengambilan suplemen dan menjaga tidur. Tujuh jam tidur berkualiti itu wajib.”
Tip yang dikongsikan ini mungkin kedengaran mudah, namun memerlukan disiplin yang tinggi untuk diamalkan secara konsisten.
Usia Bukan Penghalang, Keluarga Sebagai Motivasi
Walaupun sering disangka lebih muda, pasangan ini tidak malu mengakui usia mereka. Tahun ini, Dr. Say berusia 37 tahun manakala Dr. Azura berusia 36 tahun. Lebih mengejutkan, ada yang tidak percaya bahawa mereka sudah pun menimang tiga cahaya mata.
Bagi pasangan ini, keluarga adalah sumber kekuatan utama.
“Apa yang penting kita kena belajar merdekakan diri dari rasa malas supaya boleh jaga diri dan sihat untuk keluarga,” ujar Dr. Say.
Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa menjaga kesihatan bukanlah untuk diri sendiri semata-mata, tetapi juga untuk orang tersayang.
Inspirasi Buat Ibu Bapa Muda
Sebagai ibu bapa, ramai antara kita sering meletakkan anak dan kerja sebagai keutamaan sehingga terlupa untuk menjaga diri. Perkongsian Dr. Say dan Dr. Azura ini wajar dijadikan contoh kerana bila tubuh sihat, kita lebih bertenaga untuk menguruskan anak-anak dan membina keluarga yang bahagia.
Tip mudah seperti menjaga pemakanan, rajin bersenam, cukup tidur dan mengawal stres sebenarnya mampu memberi impak besar dalam jangka masa panjang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
















