Ads

Dr Sheikh Kongsi Formula Anak Ke MRSM & SBP, Persediaan Kena Bermula Seawal Tahun 4!

Dr Sheikh Muszaphar

Ramai ibu bapa memasang impian mahu melihat anak berjaya melangkah ke sekolah berprestij seperti MRSM dan SBP. Namun hakikatnya, laluan ke sana bukan mudah kerana persaingan setiap tahun semakin sengit.

Menurut Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, persediaan anak tidak boleh dibuat pada saat akhir. Sebaliknya, ibu bapa perlu mula menyusun langkah lebih awal supaya anak benar-benar bersedia dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Dr Sheikh berkongsi perkara itu berdasarkan pengalaman sendiri selepas dua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah terkemuka.

Dr Sheikh Kongsi Formula Anak Ke MRSM & SBP, Persediaan Kena Bermula Seawal Tahun 4!

“Bukannya mudah kerana persaingan tinggi dan sangat kompetitif. Anak-anak semua bijak-bijak belaka. Hanya yang terbaik akan terpilih.

“Kira-kira 9,800 tempat di SBP, 7,300 tempat di MRSM dan 9,000 tempat untuk SMKA manakala yang memohon ialah 217,000 orang.

“Walaupun anak menerima anugerah cemerlang di sekolah, tak semestinya akan terpilih. Hal ini membuatkan ibu bapa pening,” kongsinya.

Persediaan Awal Penting Untuk Masuk MRSM dan SBP

Menurut Dr Sheikh, beliau dan isteri sudah menetapkan sasaran sejak awal agar anak-anak mereka menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh.

Katanya, Tahun 4 adalah waktu terbaik untuk mula membentuk disiplin belajar dan memperkukuhkan prestasi akademik anak.

“Bila bercakap mengenai PKSK ini, memang nervous ya. Saya sudah melaluinya dengan dua anak saya, Bella dan Tasha.

Ads

“Sekarang Bella berada di Tingkatan Tiga, Sekolah Permata Pintar UKM dan Tasha baharu masuk Tingkatan Satu di TKC Alhamdulillah.

“Macam mana kita nak membuatkan persediaan awal untuk anak-anak? Bagi saya, sejak dari Tahun Empat lagi perlu dimulakan,” katanya.

Tambah beliau lagi, kecemerlangan akademik perlu diberi fokus utama sejak sekolah rendah.

“Kami sudah mula bersedia dari awal kerana sudah merancang awal dengan mensasarkan anak-anak semuanya mesti masuk sekolah berasrama, sama ada MRSM atau SBP.

“Sejak dari Tahun Empat anak-anak kena cemerlang dalam segi akademik. Kalau boleh berjaya dengan cemerlang dengan perbanyakkan tuisyen atau belajar di rumah,” jelasnya.

Dr Sheikh Kongsi Formula Anak Ke MRSM & SBP, Persediaan Kena Bermula Seawal Tahun 4!

PBD dan TP Main Peranan Besar

Selain keputusan peperiksaan, Dr Sheikh turut menekankan kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Tahap Penguasaan (TP) yang sering menjadi perhatian ramai ibu bapa.

“Tahap Penguasaan (TP) bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sangat penting sangat. Ia sekurang-kurangnya TP5 untuk semua subjek sejak Tahun Lima dan Tahun Enam lagi.

Ads

“Kadang-kadang skor 95 peratus tapi TP4. Untuk dapatkan TP6 anak harus skor Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), memahami subjek, boleh beri tunjuk ajar murid lain, aktif dalam kelas dan sebaiknya ekstrovert,” kongsi beliau.

Kokurikulum Jadi Nilai Tambah

Dalam masa sama, Dr Sheikh berkata penglibatan aktif dalam kokurikulum juga menjadi antara faktor penting ketika proses pemilihan ke MRSM dan SBP.

Menurutnya, anak bukan hanya perlu cemerlang di dalam kelas tetapi turut menyerlah dalam aktiviti luar.

“Kedua, mesti skor ko-kurikulum dan aktif, bukan sekadar pandai sahaja. Anak-anak saya, mereka lebih kepada sukan renang dan olahraga hingga ke peringkat kebangsaan.

“Jadi, ini semua kita kumpulkan sebagai persediaan untuk digunakan ketika membuat permohonan,” katanya.

PKSK Penentu Utama Kemasukan

Berkongsi lebih lanjut, Dr Sheikh menyifatkan Peperiksaan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai komponen paling penting dalam permohonan ke MRSM dan SBP.

Ads

“Ujian PKSK paling penting. Ia merangkumi 70 peratus. Mesti skor dan kena mahir soalan insaniah yang melibatkan kehidupan di asrama, subjek teras.

“Banyakkan soalan latihan PKSK. Ambik tuisyen kalau mampu,” kongsinya lagi.

Dr Sheikh Kongsi Formula Anak Ke MRSM & SBP, Persediaan Kena Bermula Seawal Tahun 4!

Susun Pilihan Sekolah Dengan Bijak

Tidak hanya bergantung pada keputusan peperiksaan semata-mata, Dr Sheikh turut menasihatkan ibu bapa supaya bijak menyusun pilihan sekolah ketika membuat permohonan.

“Pilihan pertama, isi sekolah pilihan elite school. Ambil yang top school. Pilihan kedua dan ketiga bukan sekolah elit tetapi yang masih unggul.

“Sekolah elit seperti TKC, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Seri Puteri, Malay College Kuala Kangsar, Sekolah Alam Shah, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Langkawi dan lain-lain.

“Ramai sangat yang mohon tetapi kalau rasa anak bijak dan pencapaian tip top, boleh add dua hingga tiga buah sekolah elit,” titipnya.

Mengakhiri perkongsian, beliau menitipkan kata-kata semangat buat ibu bapa dan anak-anak yang sedang berusaha mengejar impian ke sekolah berasrama penuh.

“Selamat maju jaya kepada anak-anak yang memohon tahun ini. Gandakan usaha, yakin dengan ketentuan.

“Untuk menjadi yang terbaik, kamu perlu dikelilingi oleh mereka yang terbaik,” titipnya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

permainan blok kanak-kanak

Permainan Blok Kanak-Kanak Nampak Biasa, Tapi Kesan Hebat Pada Otak!

Ramai ibu bapa mungkin menganggap permainan blok kanak-kanak atau bongkah hanyalah sekadar aktiviti biasa untuk mengisi masa lapang anak.