Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan, suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.
Menerusi hantaran di Instagram, Amirul Nafis memberitahu anaknya sudah mula tidak mahu duduk diam tanpa sebab.
Bahkan katanya lagi anak kecilnya itu asyik menangis selepas pemergian ibu dua minggu yang lalu.
“Adik dah mula tak mahu duduk sangat. Asyik menangis, serba tak kena.
“Papa tahu adik rindu mama,” kongsinya.
Ads
Mahu simpan memori untuk anak lihat di masa depan
Melalui perkongsian itu juga, bapa muda ini juga turut memotretkan semua kenangannya bersama isteri dalam media social sebagai memori untuk dirinya dan anaknya, Baby Faleeq.
“Papa masukkan dalam hantaran ini, supaya nanti adik besar dia boleh tengok. Inilah seorang mama adik yang suka jalan dengan papa, yang selalu ada dekat mana dengan papa.
“Yang paling kuat makan tetapi tetap kurus. Lillah, mama dalam ingatan papa dan sekeluarga,” kata Amirul Nafis.
Ads
Terdahulu, kisah seorang ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami ketika tidur benar-benar meruntun hati ramai memandangkan dia baru sahaja selesai menyusukan anaknya berusia dua bulan. Allahyarham difahamkan mengalami jangkitan pada paru-paru namun tidak menunjukkan sebarang tanda sedang sakit.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
“Bila letak Nufail kat riba ibu dia, nampak air mata kakak mengalir. Dia seolah faham itu anaknya cuma tak boleh nak peluk erat.”
Itu yang dikongsikan oleh adik Jahidah Nordin sebelum ini, wanita yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan 30 November tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami.
Apa yang menyedihkan, sejak dalam rahim ibu lagi Nufail tak merasa makanan atau nutrisi lengkap kecuali susu. Bakal genap setahun tak lama lagi, bayi bernama J Eshan Nufail itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil.
Selain kakaknya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil, Fauziah Nordin turut risau memandangkan berat badan anak buahnya belum di tahap ideal lagi.
Terbaru di Tik Tok Fauziah, hati terasa sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya. Seolah dia dah tahu ibunya duduk kat mana.
Dalam waktu yang sama, Nufail juga sangat aktif bergerak di sekeliling rumah. Sebagai ibu saudara yang menjaganya sejak dari awal lahir sehingga kini, Fauziah akui sebak apabila melihat gelagat spontan Nufail yang pandai mengesot masuk ke dalam bilik ibunya.
Tindakan itu memperlihatkan naluri kuat anak buahnya, kerana seolah-olah tahu di mana kedudukan Jahidah Nordin tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin naluri dia dapat rasakan mak panggil, manalah tahu kan…”ibu, ibu adik datang ni”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu menyaksikan gelagat anak tunggal Jahidah Nordin. Walaupun belum boleh memanggil ibunya, tapi dia ibunya berada dalam bilik tersebut.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta pembela ibunya suatu hari nanti.
Pandai cari mama dia..
Semoga Allah mempermudahkan urusan Nufail dan ibunya. Harap ada keajaiban dari Allah kerana setiap yang berlaku itu adalah rahsia dariNya.
Enggan menoleh ke belakang lagi selepas melalui episod sedih berdepan perceraiannya bersama bekas suami, Nurul Shuhada kini tekad menetap di Australia bersama dua anaknya.
Tambahnya lagi, dia kini mengakui kehidupannya semakin baik walau berada jauh di rantau orang bagi menyambung pengajiannya di sana.
Memetik laporan Kosmo!, sebelum ini Shuhada atau mesra dipanggil Shu pernah mempertikaikan tentang nasib dirinya sehingga diduga dengan pelbagai masalah hidup, termasuk perceraian.
“Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.
“Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.
“Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini.
“Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu.
“Setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing. Saya juga bukan orang baik dan tidak lari daripada berbuat dosa, tetapi paling utama perlu meletakkan Allah sebagai nombor satu, insya-Allah,” katanya dalam satu siaran langsung TikTok.
Terdahulu, Shu memaklumkan dia dan kedua anaknya sudah berhijrah ke Australia dan difahamkan menetap di Melbourne bagi menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan.
Malah, dia juga tidak menolak untuk terus menetap di Australia dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh masa terdekat.
Terdahulu, Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Menjadi seorang isteri tidak mudah, tetapi menjadi seorang suami lebih sukar. Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian sehingga terlupa tentang diri sendiri. Seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab akan sentiasa meletakkan keluarganya di hadapan sebelum perkara yang lain.
Mereka jarang berkongsi dan bercerita, lebih selesa menyimpan masalah sendiri. Akibatnya, mungkin kerana si isteri tidak memahami dan karenah anak-anak yang semakin membesar memberi tekanan kepada mereka dalam diam. Mungkin sebab itulah akhirnya tekanan memakan diri dan meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sebuah video di laman Facebooknya ketika dia berceramah di sebuah majlis ilmu. Dia bertanya jika ada di antara peserta lelaki di dalam dewan yang pernah merasa putus asa dalam hidup dan terasa seperti mahu bunuh diri.
Ada seorang peserta tidak segan mengakuinya dan apabila Ustaz Ebit memberikan kata semangat serta memeluk lelaki itu, maka gugurlah air mata seorang suami dan ayah. Yang mungkin sudah sekian lama memendam perasaannya. Mungkin kerana isterinya setia bersamanya, membuatkan lelaki itu terus kuat menempuh kehidupannya.
Dalam majlis itu juga, Ustaz Ebit bertanya jika si isteri ada bersama. Lelaki itu mengiyakan dan Ustaz Ebit meminta agar lelaki tersebut pergi pada isterinya untuk bermaafaan dan berpeluk antara satu sama lain. Suasana di dalam dewan dirundung kesayuan, rata-rata peserta wanita lain yang ada turut menangis.
Di dalam pesanannya terhadap si isteri, Ustaz Ebit mengatakan kalau mungkin sukar untuk memaafkan, cubalah reda. Maafkan kerana Allah SWT. Kerana doa isteri sangat penting untuk suami.
Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada AllahBeberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlewJemput semua bersama dalam Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri seterusnya di Kelantan, Melaka, Sabah dan Sarawak. Daftar di : Online : https://transformjiwa.com/keluarga-sunnahWhatsApp : wasap.my/60173666848
Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bunuh diri?
Seorang abang ni cerita rasa putus harapan dalam hidup sehingga datang rasa lebih baik mati je. Betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan cakap padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibu bapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.
Selepas itu abang tu tanpa selipar terus pergi ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah
Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggamanNya-ebitlew
Sesungguhnya apabila di dalam perkahwinan, kita saling memerlukan. Semangat isteri untuk suami, kekuatan suami buat isteri. Diharapkan kita terus kuat untuk mengahapi segala ujian yang emndatang dan rumah tangga yang dilalui bersama terus bahagia sehingga ke Jannah.
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu...