Dr Sheikh Muszaphar Guna Flashcard Untuk Memori Si Kembar. 3 Kali Sehari, Seminit Setiap Sesi

Share

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana beliau menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya.

Beliau yang sering berkongsi tentang tip keibubapaan menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya, Sheikh Adam & Sheikh Noah. Kata beliau, ia baik untuk memori dan sebaik-baiknya dilakukan  3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik.

Terdapat beberapa tema yang digunakan seperti warna, bendera negara, haiwan, perkataan dan lain-lain. Ia adalah untuk memahatkan perkataan di dalam memori. Ia sudah dilakukan beliau kepada dua anak perempuannya, Bella & Tasha.

Dari lahir sehingga usia 3 bulan, kad imbasan hitam putih pilihan yang baik untuk penglihatan. Bagi usia 2 tahun ke bawah, lakukan dengan cepat kerana daya tumpu anak singkat. Lakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik selama seminggu.

Dalam masa yang sama ibu bapa perlu memastikan anak selesa, dalam keadaan yang tidak lapar & mood yang baik. Tak perlu soal mereka, hanya bacakan kerana tujuannya ialah mengingati perkataan itu.

Untuk perkataan, abjad & bahasa asing, bacakan dengan kuat dengan nada yang melucukan. Berhenti bila anak kelihatan bosan.

Keputusannya akan dilihat pada masa akan datang. Ia akan meningkatkan daya tumpu, fokus dan stimulasi otak. 

Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan kad imbasan kepada Adam & Noah. Tajuk yang dipilih ialah anatomi.

Ibu bapa memberikan feedback yang baik kepada teknik yang digunakan angkasawan negara pertama ini.

BERKESAN UNTUK ANAK

OPSYEN SELAIN GAJET

MULA UMUR ANAK 3-4 BULAN, 7 TAHUN DAN KENAL BANYAK PERKARA

Sumber: drsheikhmuszaphar

IKLAN