Dr Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsi tip anak seronok ke tadika. Anak keduanya Tasha, mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh untuk 3 subjek.
Kini saya berbaris dengan duduk di kerusi kecil ini yang menunggu giliran saya.
Suka untuk bertemu dengan guru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anak dan mereka mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang anak anda mampu buat…
Ini kerana semua guru menghabiskan banyak pada anak-anak kita …
Hanya ingin berkongsi dengan anda video report card day Tasha di SJKC.
Pada umur 5 tahun, penting untuk kanak-kanak seronok di sekolah, berkenalan dan berkawan seramai mungkin dan belajar bermain dengan kanak-kanak lain.
SEDANG MENYESUAIKAN DIRI
Ads
Apabila mereka suka pergi ke sekolah, ia menunjukkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Berhati-hati dengan tanda-tanda seperti
Tantrum
Menangis
Kemurungan
Muram
Kurang selera makan-tanda tekanan pada kanak-kanak.
AMBIL PELUANG BERBINCANG DENGAN GURU
Adalah penting untuk berbincang dengan guru tentang bagaimana kelakuan anak kita di sekolah yang mana boleh membantu meringankan prosesnya di kemudian hari.
PS – Tasha lebih memilih rakannya di sekolah berbanding Bella yang akan bercampur dengan semua orang termasuk seniornya. Anak yang berbeza mempunyai keperibadian yang berbeza … kita hanya perlu memberi tumpuan kepada kelemahan mereka.
Anak austime juga seperti anak-anak normal lain. Mereka juga memerlukan rangsangan aktiviti untuk perkembangan mental dan fizikalnya.
Namun aktiviti bermain selalunya sukar bagi anak-anak autistik ini, peluang pembelajaran sambil bermain menjadi terhad.
Ikuti panduan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan yang merupakan Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan Penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal dan serta sosiologi pendidikan usia praformal. Aktiviti 1 Bermain dengan alat permainan ‘tradisional’
Terdapat beberapa permainan yang agak tradisional seperti catur atau dam dan lain-lain lagi yang yang terdapat di kedai serbaneka dan kedai permainan yang menawarkan peluang untuk si kecil autistik mencuba kemahiran seperti mengalihkan sesuatu, berkongsi sesuatu dan menunggu gilirannya. Namun, pastikan apabila anda memilih permainan seperti ini, cuba pilih yang tidak mengambil terlalu banyak masa untuk dihabiskan. Ini kerana tempoh fokus si kecil yang autistik mungkin agak terhad. Aktiviti 2 Melakukan aktiviti berasaskan pergerakan
Rata-rata, ramai kanak-kanak dengan autisme sentiasa mahu bergerak aktif. Ini kerana mereka amat menikmati pergerakan memanjat, berlari, berayun, melompat dan lain-lain lagi. Kadangkala hal ini mendatangkan mudarat kepada mereka.Apa kata papa dan mama gunakan minat ini untuk melibatkan si kecil autistik dengan aktif? Aktiviti seperti berayun di atas buaian (dengan seliaan orang dewasa) boleh menjadi menyeronokkan. Melompat di atas trampolin, berlari bebas di padang atau taman rekreasi juga boleh dijadikan rutin positif untuk si kecil dengan autisme.
Aktiviti 3 Bemain dengan plastisin dan bahan serupa
Sesetengah kanak-kanak yang autistik benar-benar menikmati aktiviti dengan plastisin, bermain dengan pasir, lumpur atau bahan-bahan yang mungkin ‘menggelikan’ kanak-kanak lain.
Yang paling utama, ikutlah kehendak si kecil anda sendiri kerana yang utama ialah proses memfokus deria sebagai kanak-kanak dalam Spektrum Gangguan Autisme.
Aktiviti seperti ini dapat menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk si kecil autistik anda dan pada masa yang sama dapat melatihnya mengawal deria dan rangsangan yang ada kalanya boleh merimaskan dan melemaskan kanak-kanak yang ada gangguan autisme. Aktiviti 4 Jom menari dan menyanyi
Muzik memotivasikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang autistik tetapi dengan kepekaan bunyi yang tinggi akan menikmati muzik sebagai suatu medium untuk merangsang dan menenangkan diri mereka. Mama dan papa juga boleh mencari jalan untuk memasukkan elemen muzik dan lagu ke dalam aktiviti yang dilakukan dengan si kecil yang autistik pada setiap hari. Sebagai contoh, sambil menyanyi boleh dilakukan pergerakan aktif seperti menari dan menonton video muzik untuk kanak-kanak yang membawa keriangan. Aktiviti 5 Aktiviti membina
Aktiviti pembinaan disukai oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Untuk anak kecil yang autistik, aktiviti seperti ini banyak faedahnya seperti mendidik kesabaran dan membantu koordinasi diri serta kawalan rangsangan yang terlampau.Lebih menarik lagi, papa dan mama tidak semestinya harus membeli blok permainan binaan yang mahal-mahal. Ini kerana kotak kosong, alatan dapur yang tidak terlalu berat atau mudah pecah serta tajam, malah apa sahaja yang sesuai boleh digunakan untuk aktiviti berbentuk permainan membina (building things).
Aktiviti 6 Aktiviti seni dan juga kraf
Kanak-kanak autistik adalah insan yang mempunyai deria visual yang juga kuat. Maka, ramai kanak-kanak yang berada dalam Spektrum Gangguan Autisme amat menyukai kegiatan seni dan kraftangan termasuk menconteng dan meluksi yang menyenangkan dan memotivasikan mereka. Seni dan kraf juga boleh menjadi aktiviti bahasa yang hebat sambil menawarkan peluang penting untuk mengembangkan kemahiran motor halus. Namun, pastikan aktiviti ini bersesuaian dengan tahap perkembangan si kecil yang ada gangguan autisme berkenaan. Aktiviti 7 Bermain menggunakan gajet atau peranti elektronik
Dalam ruangan ini bulan lepas, kita telah berbincang panjang lebar tentang manfaat demi manfaat komputer tablet, telefon pintar dan gajet serupa dalam perkembangan kanak-kanak pada tahap pendidikan usia praformal. Manfaat yang sama juga pasti dapat diraih oleh si kecil yang autistik. Autismenya tidak harus menjadi halangan untuk si kecil itu menikmati pembelajaran menerusi teknologi yang pasti menghiburkan. Hanya kata-kata kunci ‘dalam keadaan terkawal’ perlu menjadi panduan utama dalam menggunakan gajet agar tidak pula ketagihan pada hari muka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bagaimana nak buat jika anak murid ramai yang tidak pandai pegang pensel lagi? Tangan pun lembik dan lemah sahaja (lower muscle tone). Kat sekolah kena banyak pegang pensel.”
“Kadang-kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis, tapi mata dia tak pandang kertas pun.”
Antara rungutan guru-guru pendidikan prasekolah dan pendidikan khas yang didengari.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’
Tidak boleh memegang pensel tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar, guru tidak boleh ‘expect’ mereka boleh belajar seperti dalam kelas yang guru mengajar di depan (you can imagine right?)
Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa nak buat?
Kemahiran motor halus adalah aktiviti yang paling banyak dilakukan di sekolah!
Tips daripada seorang Occupational Therapist :
1️⃣ Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan.
2️⃣ Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan.
Motor performance skills in relation to school readiness activities.
Lahir sebesar patung barbie Armel Mikayla Muhammad Akram kini membesar dengan sihat tak sampai setahun.
Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun menempuhi pelbagai cabaran di peringkat awal selepas dilahirkan Mikayla mampu bertahan.
Menceritakan pengalaman membesarkan anak yang dilahirkan seberat 1.83 kilogram ini, ibunya Nur Aisyah Syadiyah Sajuddin sangat kecewa dengan penerimaan orang sekeliling.
“Mikayla tak membesar dalam perut. Selepas dilahirkan Allah uji lagi apabila dia kena demam kuning lebih dari 300 dan perlu berada di bawah lampu selama dua hari sehingga berat drop kepada 1.7 kilogram.
“Macam-macam orang bagi tanggapan masa tu. Ada yang kata anak saya macam alien sebab kulit kedut-kedut, kecil dan gelap. Tak macam bayi lain yang putih gebu.
“Saya tak putus asa dan malas nak fikir apa-apa masa tu, yang penting saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur secukupnya, dan paling penting elakkan dia nangis lama-lama. Sebab bila baby nangis boleh kurangkan berat badan dia. Alhamdulillah sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. (Birthday dia 26/12 nanti). Dia banyak berubah. Badan makin berisi. Kalau dukung boleh terseliuh juga la bahu kalau lupa bawa stroller or baby carrier.
“Jadi pada ibu atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan give up, jangan stres, jangan layan apa orang nak kata. Kita fokus je besarkan anak kita dan pastikan anak sihat.”
Antara tip yang dipraktikkan oleh Syadiyah boleh digunakan oleh ibu untuk mengemukkan bayi yang kurang berat badan.
1) Kerap menyusu anak
Ibu kena rajin dan kerap menyusukan anak. Bagi bayi baru lahir, pastikan dia menyusu 2 jam sekali. Kuantiti sikit tak apa, janji kekerapan tu ada.
2) Pastikan anak cukup tidur
Waktu tidur anak penting. Pastikan dia tidur siang sekurang-kurangnya 2x sehari. Utk baby new born hingga 3 bulan waktu tidur lebih banyak lebih baik. Bila perut anak kenyang , dia tak ada masalah untuk tidur. Macam tu juga dengan waktu malam. Pastikan perut anak betul-betul kenyang, jd dia takkan kejutkan anda bangun malam untuk bancuh susu. (Pengalaman sy Mikayla memang tak pernah bangun malam untuk minum susu. Dia akan tidur smpai ke pagi)
3) Elakkan anak stres
Ini penting. Jangan paksa anak kalau dia tolak susu atau makanan yang ibu bagi. Pujuk atau slowtalk dengan anak. Contoh, ok dah tak nak susu tak pe. Nanti lepas setengah jam habiskan yer. Insya-Allah anak akan ikut. (Pengalaman saya, Mikayla akan ikut apa saya tetapkan. Tapi ibu kena mention dulu. Jangan main sumbat je. Rosak emosi buda tu huhu)
4) Asingkan tempat tidur anak dan ibu
Lepas habis pantang selalunya anak pndai kenal tempat tidur dia. Sama ada suasana bilik, bantal tilam atau selimut dia. Pastikan anak tidur menggunakan kelengkapan dia dr sejak lahir. Ia membantu proses tidur anak dengan lebih lena. Kalau ibu dapat ikut tip jaga kekerapan menyusu dan masa tdur, ibu tak kan ada masalah untuk asingkan tempat tidur anak. (Pengalaman saya , Mikayla tidur di katil sendiri selepas habis pantang. Dia memang tak menangis. Tapi penat la jugak. Sebab kita akan ulang alik untuk pastikan anak ok. Tapi bila masuk usia 3-4 bulan anak tak kan meragam bila kena tinggal dalam baby cot dia. Jadi saya dan suami akan dapat tidur yang nyenyak smpai ke pagi. (Ramai ibu merungut anak suka mengempeng. Mungkin perlu praktis dari awal ye.
5) Sokongan suami. Bila isteri happy anak happy
Apa pun, menjadi ibu untuk pertama kali bukan mudah. Banyak cabarannya. Apa yang penting, suami harus memberi sepenuhnya sokongan untuk membantu isteri. Bila isteri happy, anak akan happy. Punca utama anak stres, menangis, sebab ibu tak dapat kawal stres.
6) Banyak bersabar
Ibu kena banyak bersabar. Letih, stres memang tak boleh nak elak. Yang penting kena sentiasa positifkan diri untuk nak lihat anak membesar dengan sihat. Bersusah dahulu tapi ganjarannya menanti di depan. Apa pun berbalik pada Allah, mohon sungguh-sungguh pada Dia supaya membantu kita dalam segala hal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.