Perkongsian pasangan selebriti, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos mengenai hal keibubapaan sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja informasi mengenai anak-anak yang dikongsikan pasangan selebriti ini.
Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi cara membiarkan anak kecil berdikari. Dan inilah yang dilakukan kepada anak-anak mereka.
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar, biasakan anak dengan persekitaran dan biarkan mereka bermain sendirian sambil dipantau. Elakkan dukung selalu kata Dr Sheikh Muszaphar.
Ini merupakan tip untuk membiarkan anak kecil berdikari dan membiasakan diri dengan sekelilingnya sejak kecil. Bila anak mula yakin, senanglah mama buat kerja nanti.
Ads
Bermula sejak mereka lahir lagi,
1. Jangan dukung selalu 2. Tepuk sampai tidur 3. Jangan didodoikan 4. Biarkan anak bermain sendirian dan lihat dari jauh. They feel safe knowing you are around. 5. Banyakkan berkomunikasi dengan bayi. And no baby talk. 6. Rutin penting sangat . Babies love to be in control knowing what to expect . 7. Jangan kurung bayi dalam play-pen . Namun kena pastikan keadaan sekeliling selamat . 8. Layani anak seperti orang dewasa. Jangan tak endah permintaan mereka. Babies can be very sensitive.
9. Tidur di crib. Sebaiknya jangan tidur bersama bayi . Letakkan bayi di crib selepas menyusu apabila bayi sudah terlelap.
10. Dedahkan bayi kepada orang lain. Biasakan bayi bermain bersama anak anak yang lain . Menghantar bayi ke Taska dan berinteraksi membuatkan anak lebih yakin.
Ads
Personaliti bayi juga memainkan peranan. Some babies memang very attached . Baby girls are more prone for attachment. More effort are then needed.
Misalnya untuk anak kembar saya, Emelia dan Eusoff lebih senang sebab mereka main sama-sama dan tak perlukan orang lain pun di sekeliling.
Memandangkan minggu ini masih lagi minggu cuti sekolah, pasti ramai papa mama yang teringin nak bawa anak berjalan-jalan. Anak-anak pun masih dalam mood bercuti dan tentu sekali seronok kalau diajak meneroka tempat-tempat baru.
Bagi mama papa yang nak sedikit kelainan ketika mengembara, mama papa boleh cuba percutian ala backpaker seperti yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat bercuti!
Backpack to Penang with Kiddos 👨👩👦
Ramai yang tanya ok ke bawak budak backpack? Nervous sebenarnye backpack dengan anak. Tak sama dengan zaman bujang muda mudi. Tapi orang putih kata Keep Calm, Travel On And create memories!
Pengangkutan- 168/pax (2way) KL Central – Butterworth (4jam)
✏️Sebelum beli tiket ETS study dulu (untuk 1st timer) ETS Ade 3 Class : Business, Platinum & Gold. Pilih seat pon kena tengok yang forward ke backward . Kot ade yang pening nanti duduk melawan arus
✏️ Business Class : RM154 (1 way) – ada makanan & entertaiment (iPad Kalau nak layan movie) – ala-ala naik flight la senang cerita
✏️Platinum: RM 84 (1 way) – berhenti dekat stesen-stesen besar macam Ipoh , Taiping. Tak banyak stop. 8 stesen je. Kami naik Platinum
✏️Gold: Beza Gold dan Platinum, Gold lagi banyak stesen keretapi berhenti dalam 14-15 stesen
✏️Cafe , surau & toilet ada dalam ETS . Makanan boleh beli kat Cafe Coach C. Surau pon dekat Coach C . Toilet ade dekat Coach C & B (ni je la yang kami gune) rasanya ade lagi toilet untuk Couch hujung-hujung. Semua kemudahan elok dan selesa.👍
⛴ Feri : Butterworth – Swettenham Pier Jeti
✏️ Tambang free
✏️ Turun ETS akan lalu Penang Central . Di Penang Central ade terminal bas & feri kalau nk ke Pulau.
✏️Kami pilih naik feri. Terminal under construction lagi. Feri hanya bawa penumpang. speedboat besar (ala.. feri Langkawi dulu2).
✏️dalam 10-15 minit je sampai la pulau
✏️Feri ada setiap satu jam boleh Google jadual Feri
Bas: Swettenham Pier Jeti – Hotel Penaga
✏️ tambang free
✏️ naik bas Rapid Penang yg ade tulis CAT or free shuttle
✏️ bas ni mmg pusing bandar Georgetown. So naik dulu buat satu round. Tengok lokasi mana yg bas lalu. Nanti senang nk plan perjalanan.
✏️operation hour 6:55AM – 11:00 PM
( ni driver bas habaq kat kami. Tak dan study kire percaya je la die 😁)
Hotel – 460 (3D2N)
📍Hotel Penaga 4star. Tempahan melalui bookingdotcom
📍Lokasi – awesome ‼️walking distance dengan semua tempat HOT 〰️Line Clear, Bee Hwa Cafe, Transfer road, Hameediah, Roti bakar Hutton lane
📍Breakfast tiada. Hotel tak sediakan breakfast tapi ade Cafe bukak pukol 11AM.
📍Lunch boleh makan nasi kandar pokok ketapang depan hotel je kalau malas jalan
📍Bilik jenis duplex. Sofa, TV & bilik air kat bawah. Katil je dekat atas.
📍Hotel herritage so barang perabot lama tp ok je semua function elok
📍Semua Bilik air ada jacuzzi yang penting. Penat jalan mmg boleh santai rehat kat dlm jacuzzi 🛁
📍Swimming pool ade tapi time tu under construction 🚧
Itenary
4 June 22
8 – 12pm: Naik ETS ke Butterworth
1:30 -1:45pm: Naik feri dari Butterworth ke Georgetown
2:15pm: Naik Bas Rapid ke Hotel Penaga
3 pm: Check in
4:30pm: Makan nasi kandar Pokok ketapang depan hotel
5 -7pm: Naik bas Rapid ke padang kota lama
Jalan-jalan dekat Fort Cornwallis & bungkus pasembur. Aktiviti malam: mandi jacuzzi dan tidur
5 June 22
7:30am: Bungkus breakfast roti canai jalan Argyll makan dekat hotel. Jalan dlm 4 min dari hotel. Menu lebih kurang Transfer road.. beratoq panjang weii kat situ
11am: jalan kaki ke The Top dalam 15 min
Ade 2 pakej combo A & Combo B. Kami Ambil A je . Top 3 attraction. Rainbow Skywalk, Top boutique Aquarium & Jurassic Research Centre.
4pm: jalan2 area Komtar. Sebelah The TOP je. Lepas tu balik hotel
7:30pm: Lepas solat terus keluar pergi Hameediah. Beratur panjang weii. Gigih sejam beratur nak makan nasi kandaq. Puas hati dapat rasa kari Arnab 👍
6 June 22
7am: bungkus breakfast dekat Bee Hwa Cafe. Char kue teow Paduu. Order roti bakar, telur & nasi goreng. Kedai dekat lorong belakang hotel je.
12pm: check out. Tumpang letak beg dekat hotel sebab nk jalan-jalan dulu
Jalan dekat chowrasta market, lebuh chulia dan mengikut kaki melangkah 👣👣
4pm: naik bas Rapid ke Jeti. Tak sempat kejar feri 4:30 sebab jalan Jem.
5:30pm: naik feri . Sampai terus jalan ke Penang Central. Boleh bungkus makanan untuk mkn dlm ETS
6pm: Jalan ke stesen keretapi Butterworth
6:45pm: keretapi ETS bergerak menuju ke KL
11pm : tiba di KL Sentral. terus order grab
11:30pm : Home sweet Home
Tips backpack dengan anak berusia 5 tahun
👉Pastikan perut kenyang, hati girang, then teruskan perjalanan 😉
👉Plan dahulu perjalanan untuk ke tempat makan viral sebabnya beratur panjang
👉Kemudian go with The flow. Dengan anak2 do not put high expectations. Let them explore And create memories
👉Plan something untuk mengisi masa sementara menunggu nk beratur masuk/makan tempat viral. Anak-anak akan cepat boring bile menunggu. Atau Order Online And pickup. itu lagi jimat masa dan mengelakkan “pertunjukan emosi” dari anak-anak
Sedikit sebanyak perkongsian. Panjang tulis pon. Kalau yang salah info mintak maaf banyak-banyak. Objektif sebenarnya nak HaZz experience naik 🚂🚙⛴. Selalu dok tengok kat tv je. NEXT kita ke mana?
Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya. Lebih-lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan. Selain sunah, prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh.
Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan. Mohd Yazid Ismail berkongsi pengalamannya dalam dua situasi yang berbeza pada anak sulung dan anak kelimanya. Anak sulung dikhatankan pada usia 6 tahun manakala anak kelimanya pula dikhatankan pada usia 2 hari.
Kelewatan berkhatan pada anak pertamanya Bashir menyebabkan dia mengalami masalah phimosis atau kencing buta. Kalau ibu ayah tidak peka, bayangkan jika ini berlarutan dan menyebabkan kesakitan berterusan kepada anak sehingga dikhatankan. Berikut adalah perkongsiannya;
Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Saya buat awal sebab ambil pengajaran dari kes anak sulung saya, Bashir.
Pada satu hari ketika Bashir berumur 6 tahun, saya tengok dia punya bebird menggelembung masa kencing. Rupanya dia mengalami kencing buta.
Agak sukar untuk dia kencing dengan lancar sebab pembukaan kulit zakar terlalu kecil dan air kencing susah nak keluar.
PHIMOSIS BANYAK BERLAKU PADA ANAK LELAKI 2-7 TAHUN
Kencing buta atau dikenali sebagai phimosis biasa berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur 2-7 tahun. Tolong cek anak masing-masing ye.
Anak-anak yang kena phimosis akan rasa sedikit sakit masa kencing, kesian diorang. Tapi mungkin ramai daripada mereka tak tahu nak mengadu.
ANAK 6 TAHUN DIKHATANKAN PROSES SEMBUH LAMBAT
Selepas tahu Bashir kena kencing buta, saya terus bawa dia ke klinik untuk dikhatankan. Tapi budak 6 tahun kan tengah lasak, jadi proses penyembuhan lepas khatan agak lama. Rasa menyesal tak khatankan dia masa bayi.
Saya ambil pengajaran dari kes Bashir. Jadi untuk Saeed saya khatankan dia masa masih bayi.
ANAK DIKHATAN HARI KEDUA KELAHIRAN
Saeed berkhatan pada hari kedua kelahiran. Sebenarnya sunnah berkhatan masa masih bayi. Terbaiknya pada hari ke-7. Tapi Saeed kami buat pada hari kedua sebab nak selesaikan sebelum mama Saeed, Widyana Ali keluar hospital selepas bersalin.
Kalau buat hari ke-7 agak mencabar untuk saya bawa mama Saeed travel naik turun hospital dalam keadaan baru lepas bersalin.
Kalau nak berkhatan terus sejurus selepas kelahiran pun boleh. Khatan sesuai dilakukan dari sejurus selepas kelahiran hingga umur anak 4 bulan, sebelum dia pandai meniarap.
RUGINYA KHATAN BILA DAH LEWATI USIA KANAK-KANAK
Kebiasaannya orang Melayu khatankan anak bila dah lewat usia kanak-kanak. Ruginya, terlepas pandang pada sunnah berkhatan masa baby ni.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah ﷺ melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
KHATAN TUNTUTAN AGAMA, JANGAN FIKIR BAYI SAKIT
Khatan itu sunnah, ia adalah tuntutan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah. Jangan fikir atau takut baby sakit dan sebagainya.
Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.
BAYI BELUM PANDAI RASA SAKIT
Banyak kelebihan khatan awal saya tengok kat Saeed.
Nampak macam Saeed tak sakit pun masa potong kulit tu. Bayi belum ‘pandai’ rasa sakit haha.. Lepas tu bayi kan banyak tidur. Tenang je nampak. Macam kita juga, kalau kita tidur, tak ingat sakit.
LUKA SEMBUH DALAM MASA 5 HINGGA 7 HARI
Luka Saeed cepat sembuh, seawal 5-7 hari. Mungkin sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je. Bila kurang pergerakan, luka senang sembuh.
Saya buat di Hospital Pantai Bangsar sebab Saeed dilahirkan kat sana. Harga khatan kat sana RM1100. Tu memang harga biasa di hospital swasta. Kalau siapa tinggal di Kedah boleh buat di klinik kawan saya Mary Eve Clinic Jitra. RM 199 sahaja, guna laser.
Saya sangat galakkan kawan-kawan khatankan anak lelaki masa masih bayi. Jom kita ikut sunnah. Ubah tradisi khatan ketika dah sekolah.
Bapa saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan ‘tomboi’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang berharap hak penjagaan kanak-kanak itu diselesaikan segera.
Katanya, pihaknya bimbang jika hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga di sini.
“Selama ini kita tidak tahu keadaannya di sini bagaimana, kesian apabila tahu. Jadi saya sangat harap pihak JKM boleh berikan hak penjagaan kepada waris, kita takut kalau JKM jaga dia di sini, dia seorang diri, keluarganya tiada.
“Dia (kanak-kanak itu) juga sudah tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman,”
Bapa saudara yang merupakan abang kepada ibu kandung kanak-kanak itu turut memberitahu, keluarganya telah menjaga kanak-kanak itu serta kakaknya yang berusia sembilan tahun sejak ibu bapa mereka bercerai pada 2018.
“Lepas pasangan itu berpisah pada 2018, kami sekeluarga menjaga mereka sejak kecil lagi, kakaknya juga bersekolah seperti rakan sebaya lain. Kami juga sudah berbincang dengan bapa kandungnya, dia setuju untuk serah penjagaan kepada kami sekeluarga.
Sebelum Ini Si Ibu Pulangkan Anak Pada Keluarga Dengan Baik
“Sebelum ini tidak timbul sebarang isu semasa ibu kandung kanak-kanak itu ambil anak-anaknya dan bawa mereka berjalan-jalan, kerana dia pulangkan kembali dalam keadaan baik sahaja.
“Tetapi pada September tahun lalu, ibunya pinjam kerana hendak bawa berjalan ke Singapura. Namun pada Mac lalu, ibunya hanya menghantar anak perempuannya.
“Dia mendakwa adiknya iaitu mangsa dera gembira menetap di Johor dan dia sedia ambil tanggungjawab menjaganya dan menyekolahkan kanak-kanak itu di sini,” ujarnya.
Pernah Nak Buat Laporan Polis, Tapi Disebabkan Kanak-Kanak Itu Bersama Ibu Kandungnya Sendiri
“Kerana bimbang kami mahu buat laporan polis, namun tidak boleh kerana kanak-kanak itu sedang berasa dalam jagaan ibu kandungnya sendiri, jadi itu bukan satu kesalahan.
“Kami tahu dia sudah berpindah ke Johor Bahru, namun kami tidak mempunyai alamat kediamannya, tidak sangka pula mereka tinggal di Pasir Gudang,” .
Kanak-Kanak Yang Sangat Ceria & Positif
“Dia (kanak-kanak itu) sangat baik, dia ingat dia kena pukul sebab ada buat kesalahan. Kami sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku, tetapi memang sedih kerana kami jaga dia sejak kecil lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bersikap cakna dengan keadaan kanak-kanak tersebut.