Lebihan straw yang anak kita gunakan untuk menyedut minumannya janganlah dibuang macam tu sahaja. Ada banyak manfaat yang boleh dilakukan dengan straw ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya kempen minum tanpa straw ini, jadi kenalah simpan. Bukan apa, boleh latih dan uji kecerdasan minda anak kita.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ain Zul kepada anaknya, Aileen bagi merangsang minda anaknya. Tak susahpun, guna straw sahaja. Menariknya dengan hanya guna straw sahaja, aktiviti anak bukan sahaja terisi. Paling penting mampu merangsang motor halus anak.
Aktiviti malam Aileen hari ni kita main ‘drop the straw’.
Main straw drop ni untuk anak boleh stimulate macam-macam perkara. Antaranya:
Ads
1) Fine motor skill
2) Hand and eye coordination sebab dia kena fokus nak masuk kan straw ke lubang tu.
Ads
3) Spatial awareness – Kesedaran anak tentang objek atau ruang di sekeliling anak. Contoh jarak objek yang dia nak capai, macam dalam aktiviti straw drop ni, anak belajar cara nak masuk kan straw, kalau tak muat kene pusing-pusingkan straw tu.
Ads
P/S: Kalau anak yang ada masalah autism misalnya mungkin agak susah sikit bagi anak-anak macam ni untuk develop awareness. Tapi apa pun, spatial awareness perlu dilatih supaya mereka terbiasa dengan daya rangsangan.
Okeh, next entry insyaAllah mummy share macam mana nak tau berapa lama perlu anak fokus bila buat satu-satu aktiviti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini bukan sahaja mempamerkan kasih sayang seorang datuk dan ayah, malah turut menyerlahkan sifat pemurah yang menjadi teladan dalam masyarakat.
Anaknya, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, memaklumkan bahawa ayahnya yang juga seorang usahawan katering di Melaka sangat dikenali dengan sikap pemurah, suka bersedekah, dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, apatah lagi anak serta cucu.
“Ayah memang terkenal dengan sikap suka bersedekah kepada pelanggan dalam perniagaan, jadi tidak hairan kalau layanan terhadap cucu-cucu jauh lebih mesra dan bermakna,” ujar Shyrull.
Shyrull turut berkongsi bagaimana anak-anak kecil begitu teruja menyambut kepulangan datuk mereka di lapangan terbang. Menurutnya, cucu-cucu melompat kegembiraan apabila melihat kelibat datuk yang sudah lama tidak mereka temui.
“Suasana mulanya agak sebak kerana sudah lama tidak bersua muka, tetapi terus berubah ceria apabila ayah keluar dari balai ketibaan dengan membawa unta mainan,” katanya.
Kejutan berupa 15 patung anak unta pelbagai warna yang digantung pada tali dan disandang di bahu menjadikan kepulangannya luar biasa istimewa.
Selain anak unta mainan, datuk penyayang ini turut membawakan pelbagai cenderamata lain seperti coklat, kurma dan tasbih. Tidak seorang pun cucunya ketinggalan menerima buah tangan. Momen menyentuh hati ini dilengkapkan lagi dengan pelukan penuh rindu antara datuk dan cucu-cucunya.
“Cucu-cucu memang sangat rapat dengan ayah dan sebelum ketibaan pun mereka sudah tidak sabar menanti,” tambah Shyrull.
Menurut Shyrull, sikap mulia ayahnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil, ayahnya sudah menanamkan nilai-nilai murni seperti pemurah, kesederhanaan dan pentingnya membantu sesama insan.
“Sebab itu hubungan kami sangat rapat. Ayah sentiasa mengutamakan keluarga dan sifat kasih sayangnya tak pernah berubah,” katanya.
Sumber:- Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak sayang anak kan? Kalau boleh memang kita nak manjakan dia sampai dia besar. Ya Allah, sayang sangat kalau boleh nyamuk pun tak nak bagi hinggap!
Atas dasar sayang sangat ni lah kadang-kadang kita ‘tersalah’ didikan. Macam mana tu? Anak ni jalan terkedek-kedek ada hati berlari tuu, memang asyik jatuh, dan jatuh, dan jatuh.
Kadang terlanggar batu, kadang terlanggar sofa.. Pernah tengok tak.. bila anak jatuh dan nangis, maknya marah,
“Eh!!! Biasa ni kerusi ni buat adik jatuh! Meh mama babap dia! Meh adik babap kerusi!”
NO!!! JANGAN!!! PLEASE NO!
Perbuatan seperti ini memang mampu menghentikan tangisan anak namun secara tak langsung kita memberi didikan ‘sentiasa menyalahkan orang lain atas kejatuhan kita’.
Anak akan terdidik dengan rasa, menyalahkan persekitaran hatta kerusi atau batu sekalipun!
Jangan biarkan anak kita terdidik dengan jiwa yang lemah seperti ini please….Sebaliknya, bila anak jatuh.. datang segera dan lihat keadaan lukanya. Jika tak serius, ajar dia untuk bangun sendiri dan katakan, “Wowww kuatnyaaa adik! Power lahh boleh bangun!”
Ajar dia untuk basuh jika adanya luka. Pesan terus kepada dia, “Lain kali, hati-hati tau. Tengok sekeliling ok?”
Pesanan ini mendidik anak untuk sentiasa waspada/alert dengan sekeliling. Perkara seperti ini nampak remeh tapi inilah didikan yang tertanam di jiwanya hingga dewasa. Di dunia serba mencabar sekarang, kita perlu didik anak kita berjiwa kental, fizikal yang lasak. Tapi itu bukan alasan untuk kita tak pedulikan hal ehwal anak kita pula!
Kurangkan menghadap skrin walaupun musim PDPR ya.. sebab skrin ni ‘mencuri’ alertness dan fokus anak-anak kita. Jadi, jika dah seharian menghadap skrin.. berikan mereka aktiviti fizikal yang lasak.
Main hujan…memanah..ajak cuci rumah, berus kerusi… Berkebun. Sangat penting untuk anak sentiasa engaged dengan alam semulajadi. Lepas ni, kita jadi POM POM TEAM untuk anak kita ya! Anak kita sebenarnya jauh lebih kuat dari yang kita sangkakan tau! Yang penting pastikan mereka dalam keadaan yang selamat InsyaAllah
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jauh di sudut hati Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran telah memaafkan perbuatan isterinya.
“Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Muhammad Rizal turut akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga sebelah isterinya, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika mengelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan hambaNya apatah lagi manusia biasa seperti saya.
“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (ister) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatna sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempatkejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin di Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.