Datin Sri Nur Shahida alami dilema, serba salah apabila ibu bapa anak angkat/susuannya, Qayyum atau Yom ingin mengambilnya semula.
Rakaman skrin daripada ibu Yom dimuatnaik dan sebagai ibu, Datin Sri Shahida yang selama ini telah banyak berkorban menjadi serba salah, sama ada mahu memulangkan semula Yom ke pangkuan keluarganya atau tidak.
Di ruangan kapsyen, ibu ini telah meminta pendapat daripada para follower. Katanya, perkara ini tercetus sedikit sebanyak berpunca daripada tularnya video pembantu yang kononnya telah menolak kepala Qayyum semasa sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
Follower DS Shahida memberikan pelbagai pendapat. Ada yang berpendapat Yom perlu dpulangkan semula, ada yang mengatakan Yom perlu dipertahankan demi masa depannya.
Ads
BERBINCANG & BUAT SURAT HITAM PUTIH
PERKARA YANG PALING DITAKUTI BAGI YANG MENGAMBIL ANAK ANGKAT
Sel stem memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya. Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sulung pasangan pelakon, Ozlynn dan berangkat keluar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajian tinggi.
(Followers Pa&Ma nak dapatkan buku digital untuk anak-anak dengan harga murah klik SINI)
Difahamkan Ariq menyambung pengajianya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Ozlynn sempat berkongsi momen-momen Ariq bersama keluarga dan sempat menitipkan doa buat anaknya.
“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu.. dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin YRA”
Menurut Ozlynn lagi, anak sulungnya tetap kecil di mata dia dan suami namun hakikatnya Ariq sudah besar dan mula berdikari sendiri malah sekarang sudah mula berjauhan demi mencari ilmu.
“Anak sape macam ni? tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suh bukak pon dia selamber jek bukak🤦♀️.. tido kat ketiak papa lagi.
“Kadang mintak papa buatkan susu sebelum tdo.. ada ke macam dia nih.. tapi tu time manja.. time ngaji time harfiah.. memang tak dapat la manja-manja macam tu.. tapak kaki dia tu still kena libas jugak kalau buat salah.. menyakat adik.. adik melalak haaa sume kena libas🤣.. masih baby di mata papa & mama.. sekarang baby besar ni dah mula kena berdikari, urus diri sendiri, makan minum semua dah takde sape nak suapkan..”
“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu.. jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat.. doa papa dan mama takkan pernah henti selagi bernyawa.. we ❤️ u Ariq Hanania 😢” tambah Ozlynn lagi di ruangan kapsyen
Rata-rata warga maya sebak membaca doa Ozlynn dan mendoakan Ariq dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu kehilangan anaknya yang berusia antara tiga hingga empat bulan yang meninggal dunia akibat terlepas dari dukungannya. Ketika kejadian, wanita itu bersama bayi serta anak sulungnya sedang menuruni tangga eskalator tingkat tiga di pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.
Bayi Terlepas Dari Dukungan Ibunya
Semasa berdiri menuruni tangga eskalator itu, bayi malang itu terlepas daripada dukungan ibunya yang gagal mengawal keseimbangan tubuhnya.
Insiden itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah berkenaan.
Kematian Bayi Disahkan Oleh Ahli Paramedik
Kematian bayi yang tidak diketahui jantina itu disahkan oleh ahli paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan pernafasan.
Berdasarkan laporan media tempatan China, keluarga berkenaan baru selesai makan tengah hari di sebuah restoran sebelum insiden itu berlaku.
Serentak itu, pengurusan pusat beli-belah Zhenxing telah menghentikan operasi eskalator sementara polis menyiasat kes tersebut.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Masitah, 32, dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan.
Berikutan kemalangan itu, Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat,”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Berhubung kisahnya yang mendapat perhatian ramai, Masitah tidak menyangka video dimuat naik di TikTok membuka mata banyak pihak terhadapnya.
“Sebelum ini, saya lebih aktif di Facebook (FB) namun kakitangan yang syorkan muat naik di TikTok sebagai tanda kemunculan semula.
“Terkejut juga apabila video saya meraih tontonan tinggi bukan hanya dalam kalangan netizen tetapi juga pihak media kerana jujurnya pernah impikan untuk ditemubual cuma sedar diri tak hebat mana.
“Kini, Allah SWT kabulkan doa saya walaupun selepas saya sudah tidak dapat melihat.
“Jadi, bagi mereka yang senasib, marilah kita sangka baik dengan Allah SWT kerana ujianNya adalah untuk melihat bagaimana kita menerimanya sama ada suka, berlapang dada atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.