Dua beradik main mercun bola, abang parah, adik cedera. Dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun mengalami kecederaan selepas dipercayai bermain mercun bola dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada malam Selasa.
Dua Beradik Main Mercun Bola, Abang Parah, Adik Cedera
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.15 malam itu dipercayai berpunca apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut memperoleh mercun berkenaan daripada rakan sekampung mereka sebelum bermain di luar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Difahamkan, insiden pertama membabitkan mercun yang dilaporkan berlaku di Kedah sepanjang bulan Ramadan ini menyebabkan si abang mengalami kecederaan parah, manakala adiknya turut tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Abdull Razak Osman, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.32 pagi selepas pihak perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar memaklumkan perkara itu.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke zon merah HSB sekitar jam 9.30 malam untuk mendapatkan rawatan segera.
Ads
“Berdasarkan siasatan awal, ibu mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi letupan kuat. Beliau segera berlari keluar dan mendapati kedua-dua anaknya mengalami kecederaan.
“Ketika kejadian berlaku, bapa mangsa tiada di rumah,”** katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Ads
Menurut Abdull Razak, kanak-kanak berusia tujuh tahun mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.
Berikutan kejadian itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sekiranya disabitkan kesalahan, individu yang memiliki bahan letupan secara haram boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun.
Ads
Selain itu, mana-mana individu yang didapati cuai sehingga membahayakan kanak-kanak boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Muat naik terkini penyanyi Nabila Razali menarik perhatian ramai peminatnya ini di media sosialnya. Nabila memuatnaik foto bersama suami tercinta Nik Iruwan Nik Izani. berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Pelantun Pematah Hati itu ini memberi ucapan dan penuh rasa cinta untuk suaminya di media sosial, sempena ulang tahun kelahiran suaminya,
“Terima kasih menjadi lelaki yang memimpin keluarga dengan kasih sayang.”
Dalam pada itu, menerusi coretan itu juga Nabila menggambarkan bagaimana perjalanan mereka sebagai pasangan kini berubah dengan kehadiran si kecil yang membawa dimensi baru dalam kehidupan rumah tangga mereka.
“Siapa sangka lelaki yang dahulunya bersikap dingin terhadap semua perkara kini menjadi sangat beremosi dengan stoking bayi dan bayi menguap?
“Namun, itulah yang status seorang bapa telah lakukan kepada awak. Menjadi seorang bapa telah melembutkan jiwa awak dengan cara yang paling indah.
“Saya telah melihat sisi baharu itu sejak lima bulan lalu,” katanya dalam Instagram.
Semakin mengenali lelaki asal Kelantan itu, Nabila, 33, menyedari suaminya yang sentiasa mengambil berat dan mengutamakan keluarga berbanding diri sendiri.
“Cara awak memegang anak seperti dia memiliki seluruh dunia awak. Cara anda memeriksa kami berdua di tengah malam tanpa berkata apa-apa.
“Cara awak masih cuba buat saya ketawa walaupun awak hanya mendapat tidur selama dua jam.
“Awak telah menempuh bab baharu ini dengan penuh kasih sayang dan kekuatan,” jelasnya.
Dalam masa sama, Nabila menitipkan ucapan terima kasih kepada Nik Iruwan kerana telah menjadi suami yang terbaik setakat ini.
“Saya jatuh cinta kepada anda sekali lagi, setiap hari. Terima kasih sentiasa ada walaupun letih yang memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasab.
“Semoga dapat terus meraikan hari lahir awak sebagai kekasih pasangan dan sekarang berstatus ibu bapa. Selamat hari lahir sayang,” ujarnya.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan yang juga seorang usahawan pada 18 November 2023 di sebuah pusat peranginan di Pahang.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu namun sehingga kini nama dan wajah anak mereka masih belum didedahkan kepada umum.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam membina keluarga bahagia, menjaga maruah dan kehormatan diri adalah tanggungjawab utama setiap suami isteri. Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan penahanan seorang penceramah bebas berusia 39 tahun kerana disyaki menyebarkan video tidak senonoh membabitkan dirinya dan empat orang isteri.
Kes ini bukan sahaja mengejutkan, malah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ia menjadi peringatan besar buat kita sebagai ibu bapa bahawa setiap tindakan kita bukan sekadar memberi kesan kepada diri sendiri, tetapi juga maruah keluarga.
Memetik laporan Harian Metro, suspek ditahan selepas isteri keduanya membuat laporan polis pada 16 Jun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, polis turut merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek.
Hasil siasatan, pihak polis menemui beberapa video tidak senonoh yang memaparkan suspek bersama isteri-isterinya serta gambar mengaibkan beberapa wanita lain.
Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah beberapa seksyen, termasuk Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengganggu kehormatan seseorang), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Walaupun suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis, siasatan kes masih diteruskan.
Ingat, Apa yang berlaku dalam rumah tangga adalah hak peribadi. Tidak wajar untuk dikongsi atau dirakam sehingga boleh tersebar ke pengetahuan umum, lebih-lebih lagi perkara yang boleh menjatuhkan air muka dan maruah keluarga.
Media sosial bukan tempat untuk mempamerkan hal peribadi, apatah lagi yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Ingatlah, maruah keluarga sukar ditebus jika sudah tercalar.
Sempena sambutan hari bapa yang disambut hari ini, anak sulung kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabella atau Bella turut berkongsi penghargaan buat bapanya yang selama ini banyak berjasa dalam membesarkannya dan adik-beradiknya yang lain.
Ucapan manis dan ikhas Bella turut dikongsikan semula oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagramnya.
Tulis Bella lagi, biarpun sibuk dengan jadual hariannya namun bapa kesayangannya itu sentiasa cuba meluangkan masa untuk mendengar setiap keluhan hatinya.
“Selamat Hari Bapa paaa! Terima kasih sebab jadi ayah yang sangat hebat untuk saya dan sentiasa bantu saya harungi macam-macam.
“Saya hargai semua benda yang ayah buat. Terima kasih sebab selalu dengar gosip saya dan ambil tahu pasal saya setiap hari walaupun masa tu ayah tak larat
“Saya harap ayah tahu yang ayah adalah seorang ayah yang luar biasa dan ayah tak pernah kecewakan sesiapa pun dalam keluarga kita.
“Saya sangat bersyukur dapat ada ayah macam ayah, dan kalau saya boleh pilih ayah dalam mana-mana alam semesta pun, saya tetap akan pilih ayah. Bukan sebab populariti atau duit, tapi sebab cara ayah jaga anak-anak, walaupun masa ayah sakit. Ayah tetap usaha dan beri yang terbaik dalam semua benda.
“I love you pa and Selamat Hari Bapa ,” tulisnya.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi bukan mudah untuk menjadi bapa yang hebat pada anak-anak. Perlukan komitmen sepenuhnya dan pengorbanan yang tak terkira.
Namun kata-kata dan ucapan Bella membuatkan bapa kepada tujuh cahaya mata ini yakin bahawa didikannya selama ini dalam membesarkan anak-anaknya dilandasan yang betul.
“Sayang kamu juga Bella. Bila anak tulis macam tu, kita tahu kita di landasan yang betul,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata. Dua daripadanya merupakan pasangan kembar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!