Bahaya ada di mana-mana. Bunga api yang disangka tidak berbahaya rupanya boleh meletup.  Ibu ini tidak menjagka bunga api boleh menyebabkan kecederaan pada anaknya. Hati-hati mama papa!

Dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat lalu, ibu, Intan Diana langsung tidak menjangka bunga api boleh menyebabkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 4 tahun. Perkongsian ibu ini mendapat 2,600 perkongsian di Facebook.

“Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula…” Ibu Cemas Tangan Anak Melecur, Bunga Api Meletup

Ingatkan. Bunga api ni tak bahaya..tapi bahaya 

Meletop wei ank den main.

Dengar bunyi meletup.. Eh macam. Mercun plak.

Tak tahu la masuk angin ke… Telebih dos ke..

Citenye tak payah la lepas ni beli bunga api, Tak pasal-pasal jadi gini.

SAPU SESUATU YANG SEJUK SEMENTARA KE HOSPITAL

Selepas menyedari kejadian, Intan dalam keadaan cemas menyapu tangan anaknya menggunakan marjerin yang sejuk. Ia bertujuan menyejukkan kawasan melecur sementara membawa anaknya ke hospital.

“Selepas letupan, saya letak planta yang sejuk dari peti ais. Saya tak bolhe nak fikir apa. Saya fikir benda sejuk dalam peti ais

IKLAN

“Orang kata letak susu pekat sejuk pun bole. Tapu tak ada susu pekat, jadi saya ambil je la planta. Janji sejukm sementara saya nak bawa anak ke hospital, ” kata Intan ketika dihubungi Pa&Ma.

“Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula…” Ibu Cemas Tangan Anak Melecur, Bunga Api Meletup

 

RAWATAN DI HOSPITAL

Intan juga turut mengimbau detik cemas yang berlaku. Semuanya berlaku sekelip mata dan tidak dijangkakan. 
“Sampai hospital dapat rawatan, anak diberi ubat tahan sakit dan luka dicuci. Nurse letak gel antibiotik tak silap saya.  Lepas doktor cek, saya dicadangkan memabwa anak ke klinik kesihatan setiap hari untuk mencuci luka pada tangan anak itu” katanya.
HARAP JADI PENGAJARAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Ibu ini juga turut berharap apa yang berlaku kepada anaknya ini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain.
“Saya kongsikan perkara ini supaya nk sesama beringat mak ayah diluar sana. Bunga api pun bole meletup. Yang merasakan bunga api ini  tak berbahaya boleh lah beringat supaya apa yang terjadi pada anak saya tidak berlaku kepada orang lain.
“Walau pun memang kami pantau anak  bermain, bakarkan bunga api. Tapi memang bahaya bunga api ni, boleh meletup sendiri!,” kata Intan kepada wartawan Pa&Ma.

 

“Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula…” Ibu Cemas Tangan Anak Melecur, Bunga Api Meletup

IKLAN

WARGANET BERPENDAPAT BUNGA API BAHAYA

Sementara itu, kebanyakan komen daripada warganet memberikan pandangan mengatakan bunga api boleh mengundang bahaya kerana boleh menyebabkan letupan.

Syiera Insyirah “Bunga api jenis ni memang bahaya kak.. Last sy main masa darjah 3. Boleh patah n terbang masuk dlm baju Smpai skrg tobat x main dah.”

Juraidah Arshad “Jangan dibeli kan lagi..benda dah lma..belerang tu masuk angin. Boleh meletop..baik kan la dulu tangan anak tu..nanti satu kerja tak boleh nak buat. Nak raya ni..”

“Ingat Tak Bahaya Tapi Macam Mercun Pula…” Ibu Cemas Tangan Anak Melecur, Bunga Api Meletup

Qemar Loy “anak aku pun penah kene Intan Diana, kuar api dr blkg tempat pegang tuu..bunga api masuk angin dah tuu.”

IKLAN

Asaniah Khamis “Anak akak kena tahun lepas, siap masuk habuk belerang lagi dalam kulit tapak tangn sebab bunga api tu meletup.”

Samarinda Jentayu “Tak payah la bli n beri ank main bunga api xade faedah nye pn,bunga api ni boleh mngundang sesak nafas sbb asap yg tebal,beringat sblm kne,malang x berbau,pe2 pn smoga cpat sembuh ye dek”

Faisha Isaac “Anak yang lelah jangan bagi main bunga api ni or jauhkan dia dari hidup asap ni…dia blh suffocate dan pengsan…saya yg tua ni pun tak boleh bau.”

TIP MERAWAT ANAK MELECUR TAHAP 1

Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.

1. Alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.

2. Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam.

Sumber: Intan Diana

Artikel berkaitan: Petua Tabur Tepung Bila Anak Melecur? Jangan Buat Dulu Sebelum Semak Fakta Doktor Ini


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI