Kehadiran Siti Khadijah dalam keluarga Tomok dan Ayu ibarat bunga yang mekar dan menjadi pujaan. Mana tidaknya sejak kehadiran si comel Khadijah ini, kedua-dua abangnya Arrian dan Andra antara pembantu yang sangat setia.

View this post on Instagram

Siti Khadijah ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Jelas terpancar rasa teruja di wajah Arrian dan Andra setelah sekian lama menantikan ‘orang baru’ dalam rumah.

Menerusi perkongsian Tomok di instagramnya, Tomok sentiasa memuat naik gambar-gambar Khadijah untuk tatapan peminatnya dan ramai gembira melihat raut wajah abang-abang yang sayangkan adik.

Bukan si abang je seronok ada baby girl, Tomok juga turut teruja dan rajin melayan Khadijah setelah 5 tahun tidak mempunyai bayi.

IKLAN

Betullah orang kata, berkat kesabaran menanti bila Allah makbulkan itulah yang buatkan semua rasa bersyukur. Lagipun memang dah lama mengharapkan seorang ‘bunga’ sebagai peneman ibu.

Dua Bodyguard Siti Khadijah! Tomok Syukur Hadirnya Khadijah Meriahkan Keluarga

Siti Khadijah penyeri keluarga

Sebelum ini, Ayu telah berkongsi mengenai perjalanan kehamilan yang ketiganya menerusi instagram di usia 41 tahun.

IKLAN

Dua Bodyguard Siti Khadijah! Tomok Syukur Hadirnya Khadijah Meriahkan Keluarga

Ayu juga mengakui agak sukar untuk mengandung terutama bagi ibu-ibu yang sudah berusia dan mempunyai masalah. Namun, dia berharap ibu-ibu tidak berputus asa dan teruskan berdoa.

Menerusi catatan Ayu di instagramnya pula, ketika proses melahirkan Siti Khadijah, semuanya dipermudahkan walaupun mengambil masa setengah hari.

IKLAN

Sakit memang sakit tetapi ketika berjuang melahirkan Siti Khadijah waktu itu hujan rahmat sangat lebat dan beberapa minit selepas itu keluarlah pembantu dibu yang sangat ditunggu-tunggu selama ini.

Kelahiran Siti Khadijah tepat jam 1.25 petang ( 4 Jun ) selepas zohor dengan berat 2.98 kilogram itu benar-benar memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.

Dua Bodyguard Siti Khadijah! Tomok Syukur Hadirnya Khadijah Meriahkan Keluarga

Genap sebulan kelahiran Siti Khadijah, ramai yang menyatakan muka Siti Khadijah iras Ayu.

Sumber : IG Ayu Abas & Tomok

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI