Ibu bapa boleh menafas lega bila mana pemakaian baju sukan masih lagi diteruskan pada hari biasa persekolahan, manakala pemakaian seragam sekolah selama dua hari sahaja bagi setiap minggu.
Hal ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebentar tadi. Dalam ucapan beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini.
Kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian baju kokurikulum.
“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 di sini pada Jumaat.
Ads
Kelonggaran pemakaian baju sukan sebelum ini dibuat KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.
Pemberitahuan itu sekaligus memudahkan ibu bapa untuk membuat persiapan awal pada sesi persekolahan akan datang.
Sementara itu pada sidang akhbar Fadhlina berkata, sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan dan kokurikulum.
Ads
“Itu akan diperincikan di dalam surat pemakluman,” katanya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tanggal 31 Oktober 2023 menjadi tarikh yang tidak akan pernah terpadam dalam ingatan seorang ibu. Hari yang sepatutnya berlalu seperti biasa itu bertukar menjadi detik paling menyayat hati apabila satu pesanan WhatsApp daripada pengasuh anaknya membongkar kebenaran pahit yang langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.
Perkongsian menyentuh hati ini dikongsikan sendiri oleh ibu berkenaan menerusi akaun TikTok @ainhunny, menceritakan bagaimana anak kecilnya, Arman, menjadi mangsa kekasaran pengasuh yang selama ini diberikan kepercayaan sepenuhnya.
Menurut ibu tersebut, perasaan gagal sebagai seorang ibu terus menyelubungi dirinya sebaik membaca mesej berkenaan. Hatinya hancur apabila mengetahui anak kesayangannya telah ditampar sehingga meninggalkan kesan lebam dan berbirat.
“Rasa gagal sangat masa dapat wasap dari pengasuh. Bila jemput anak, dia diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa, hanya menangis..” tulisnya dengan penuh sebak.
Lebih meruntun perasaan, ketika itulah dia akhirnya memahami punca sebenar mengapa Arman sering menangis setiap kali dihantar ke rumah pengasuh. Tangisan yang selama ini disangka sebagai fasa biasa anak kecil, rupa-rupanya jeritan ketakutan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
“Tak sangka kuat betul kena tampar. Patutlah selama ni nangis je bila nak hantar,” luahnya lagi.
Sebagai seorang ibu, hatinya benar-benar luluh memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. Pada usia semuda itu, Arman belum mampu meluahkan apa yang dialaminya, apatah lagi mempertahankan diri daripada perlakuan kasar orang dewasa.
Pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bahawa penderaan fizikal dan emosi pada usia awal boleh meninggalkan kesan trauma berpanjangan sekiranya tidak ditangani dengan betul. Antara kesannya termasuk perubahan emosi, ketakutan melampau, gangguan tidur, mudah terkejut dan kesukaran mempercayai orang dewasa.
Tanpa berlengah, ibu ini membuat keputusan besar demi keselamatan anaknya. Keesokan harinya, dia terus menukar pengasuh walaupun perasaan bersalah dan luka emosi masih belum sembuh sepenuhnya.
Keputusan itu ternyata tepat. Perubahan positif dapat dilihat dalam masa yang singkat.
“Lepas tukar pengasuh, terus jadi anak yang baik dan happy!” kongsinya.
Arman kembali ceria dan tidak lagi menunjukkan ketakutan setiap kali dihantar. Senyuman dan gelak tawanya kembali, seolah-olah beban emosi yang selama ini dipendam akhirnya terlerai.
Pada November 2024, Arman mula memasuki taska. Sekali lagi, Allah mempermudahkan urusan ibu ini apabila guru-guru di taska tersebut disifatkan sangat penyayang, sabar dan bertanggungjawab.
Kini, Arman sudah berusia tiga tahun dan bakal melangkah ke alam prasekolah pada tahun hadapan. Ibu itu tidak dapat menyembunyikan rasa syukur melihat anaknya membesar dengan sihat dan gembira, meskipun Arman dilahirkan ketika usia kandungan baru 35 minggu.
“Besar dah adik. Alhamdulillah membesar dengan elok..” tulisnya penuh rasa syukur.
Persoalan yang sering diajukan oleh netizen adalah mengapa ibu ini tidak membuat laporan polis terhadap pengasuh tersebut. Jawapannya ringkas tetapi penuh pertimbangan seorang ibu.
“Saya tak buat report, just tukar pengasuh terus. Sekarang alhamdulillah anak saya dah dekat taska, membesar dengan elok..” jelasnya.
Bagi ibu ini, keutamaan utama adalah keselamatan serta pemulihan emosi anak, bukan membuka semula luka lama yang mungkin memberi kesan jangka panjang kepada si kecil.
Pa&Ma ingin mengingatkan ibu ayah agar tidak memandang ringan perubahan emosi dan tingkah laku anak. Tangisan berpanjangan, ketakutan melampau, enggan ditinggalkan atau perubahan sikap secara mendadak adalah isyarat penting yang perlu diberi perhatian serius.
Anak kecil mungkin tidak tahu bersuara, tetapi tingkah laku merekalah bahasa paling jujur. Ibu bapa perlu menjadi suara, pelindung dan benteng utama anak-anak.
Kerana setiap tangisan anak, mungkin menyimpan cerita yang terlalu berat untuk mereka tanggung sendirian.
Comelnya bila teruja nak solat beginilah. Ini perkongsian penyanyi Mila Jirin bila anaknya teruja nak solat dan tertarik melihat mommy solat. Duduk atas kepala & kepala ditarik adalah momen manis dalam mendidik anak tentang ibadah solat.
Anak Mila, Mohamed Arif Zikri Ahmad Ailis yang kini berusia 1 tahun 9 bulan teruja bila ibunya membentangkan sejadah untuk solat. Malah anak kecil ini sudah pandai melakukan beberapa pergerakan seperti solat mengikut gayanya sendiri.
Mila juga mengakui kadang-kala kepalanya juga diduduki anak dan ditarik Arif semasa solat. Bekas juara realiti TV Akademi Fantasia ini mendoakan anak sulungnya itu menjadi anak soleh. Video telatah comel Arif bersolat dikongsikan Mila di Instagram.
mila_jirin Arif kalau Mommy dah bentang sejadah untuk solat… dia yang paling LAJU menuju ke sejadah dan terus solat ?… Macam macam gaya dan Aksi… ? Apa apa pun kebiasaanya aksi Sujud yang paling epik… Tapi kalau Mommy Daddy dah mula solat…Mommy selalu jadi mangsa…tak duduk atas kepala mommy waktu mommy sujud bukan Arif lah kan Arif hahahaha…kadang2 waktu Mommy tengah sujud ditariknya kepala mommy suruh tengok Arif ? (Mommy mommy mesti faham situasi situasi diatas ?)
Para peminat Mila turut memuji kecomelan Arif solat dengan caranya sendiri. Malah ada yang rindu momen indah saat anak masih kecil yang tengah teruja tentang solat.
Kreativiti ibu bapa untuk menarik minat anak belajar sangat penting. Bukan semata-mata bergantung pada buku dan pensel sahaja ya! Sebenarnya sambil bermain pun anak boleh belajar.
Ini kerana dalam fasa 0-7 tahun, anak dikategorikan cepat belajar dan otaknya mudah serap apa yang dia lihat, dengar dan buat. Sebab itu, walaupun kita tengok anak bermain atau menonton cerita kegemarannya, dia boleh ingat dan ikut.
Jadi bagi ibu bapa yan nak anaknya genius matematik sejak awal, boleh ambil peluang belajar sambil bermain ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli.
Kompilasi Aktiviti Hands On Belajar Matematik Guna Linking Cubes
Jika kita berikan anak-anak mainan Linking Cubes ni confirm tersengih kegembiraanlah mereka. Manakan tidak, mainan cubes yang berwarna-warni, boleh pula dicantum-cantum sememangnya merupakan open ended toys pelbagai fungsi untuk anak-anak terokai.
Ramai sahabat yang ceritakan keseronokkan anak-anak mereka bermain sambil belajar menggunakan linking cubes. Jadi hari ni Anis nak share pengunaan bahan bantu belajar ini dalam subjek Matematik.
Ini kerana dengan menggunakan linking cubes ni sebagai bahan bantu, anak juga dapat belajar konsep matematik seperti:
Pra Nombor : Pengelasan, perbandingan, seriasi, padanan satu dengan satu, pola
Nombor : membilang, konsep nombor, operasi nombor
Pengukuran : sentimeter – panjang
Membina Piktograf
Mengasing cubes ikut warna
Mengenal pasti kuantiti dan membanding beza
Membilang nombor dalam gandaan
Semoga sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada ibu yang mencari idea. Semoga bermanfaat insyaAllah
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dewan penuh sorakan, gelak tawa kanak-kanak dan semangat ibu bapa yang luar biasa, itulah gambaran kemeriahan AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang...