Sejak beberapa minggu Ainul Mardhiah pulang ke Malaysia selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dimulutnya, nampaknya kini dia semakin ceria dan sihat seperti anak-anak seusianya.
Bagaimanapun dalam satu status yang dimuat naik oleh ayah Ainul, Ahmad Safiuddin nampaknya untuk Hari Raya Aidiladha kali ini pun mereka sekeluarga masih perlu beraya di hospital lagi untuk pastikan keadaan Ainul dalam keadaan baik.
Walaupun tak dapat bersama ahli keluarga yang lain, perasaan syukur kerana masih lagi dapat meraikan bersama insan tersayang dan melihat Ainul makin lincah buatkan hati gembira.
Ads
Dua kali raya tahun ini di hospital. Tak mengapa, janji masih dapat sambut raya bersama.
Dalam perkongsian di instagram Ahmad Safiuddin pula nampaknya ayah dan mama Ainul puas hati dan sentiasa mohon orang ramai doakan kesihatan Ainul sentiasa baik walaupun dah berjaya melepasi fasa pembedahan.
Apa yang penting Ainul terus dikelilingi oleh insan yang tersayang dan keajaiban doa buatkannya terus kuat hingga hari ini. Perubahan paling ketara parut pembedahannya juga makin pudar.
Sumber: FB & Ig Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
Bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi, pasti pelbagai persiapan dilakukan antaranya mencari tempat tidur yang selesa untuk si manja anda bukan? Tempat tidur yang selesa akan membuatkan bayi tidur lebih baik dan tenang.
Bukan hanya tilam yang comel dan ‘cute’ menjadi pilihan di mata mama papa tetapi pelbagai aspek yang mama papa perlu fikirkan sebelum membeli tilam untuk si manja anda.
Pa&Ma senaraikan beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan buat anda yang bakal bergelar ibu bapa dalam memilih tilam terbaik buat bakal cahaya mata anda.
Tilam Yang Selamat
Tilam yang selamat antara peraturan utama yang perlu difikirkan. Bahan yang terdapat dalam tilam hanya boleh terdiri daripada bahan yang mesra alam. Banyak pengeluar membuat rawatan antibakteria khas untuk melindungi bahagian dalam tilam dari pelbagai serangga.
Saiz Tilam Yang Betul
Pilih ukuran tilam yang sesuai dengan usia anak. Tilam kanak-kanak dan tilam bayi sudah tentu banyak perbezaan dari segi saiz dan ketinggian. Sekiranya tilam kecil, jurang muncul di antara dinding buaian/katil dan tepi tilam itu sendiri. Kaki bayi mungkin jatuh ke celah. Adalah sangat penting untuk memilih ketinggian tilam yang betul. Biasanya tilam bayi tidak melebihi ketinggian 6 sentimeter. Sekiranya tilam lebih tinggi, bayi mungkin terguling dan jatuh dari buaian apabila sudah pandai meniarap.
Jenis Tilam
Tulang belakang bayi yang baru lahir hampir rata, tanpa selekoh berbanding tulang dewasa. Untuk membantu bayi dalam pembentukan postur yang betul, mama papa perlu memilih tilam yang mengikut spesifikasi yang betul.
Ini adalah antara kriteria utama di mana anda perlu memilih tilam terbaik buat si manja. Tetapi apa yang harus ada di dalam tilam berkualiti?
Tilam Angel membawakan satu fenomena baharu tilam kekabu asli yang bukan saja cantik bahkan cukup selesa untuk bayi. Malah tilam kekabu asli ini juga buat bayi tidak panas bahkan diperbuat lebih empuk dan mengikut postur badan bayi yang baru lahir dan disebabkan itu jugalah Tilam Angel dianugerahkan sebagai Kelengkapan Tidur Si Manja Pilihan Pa&Ma bagi Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Paling menarik, bahan utamanya iaitu kekabu sememangnya menjadi pilihan dan turun temurun dari nenek moyang kita yang ternyata membantu pembentukan tulang belakang bayi.
Produk yang ditubuhkan pada tahun 2012 bersama pengasasnya, Pn. Julia dan suami, En. Mohd Nizam ini juga turut menggunakan material premium sebagai bahan utama agar nampak eksklusif, cantik dan luxury.
Kelebihan Produk Atau Jenama
Membawakan warna-warna tanah sebagai warna tema, ianya semakin mendapat tempat dihati bakal ibu di Malaysia.
Malah Tilam Angel membawakan rekaan sulaman nama bayi serta sulaman yang lain dari yang lain membuatkan ramai bakal ibu memilih jenama ini berbanding yang lain. Tilam Angel berhasrat mencipta lebih kelainan pada tahun 2023 dengan bertemakan sulaman 3D.
Tilam Angel, babynest berpelapik pertama di Malaysia ini juga dihasilkan dan dijahit oleh tailor berpengalaman dalam industri jahitan. Tidak hairanlah set tilam cantik ini bukan sahaja mendapat sambutan di Semenanjung, bahkan turut mendapat tempat di Sabah, Sarawak , Singapura serta Australia dan Arab Saudi.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tilam Angel boleh ke Instagram: tilam_angel, http://bit.ly/Tilamangel atau hubungi: 017 978 4094.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kelahiran bayi adalah sesuatu yang normal. Ini apa yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim untuk bersalin. Semoga ia dapat membantu memberikan ketenangan kepada diri anda.
Bukaan rahim untuk kelahiran bayi
Serviks merupakan bahagian bawah rahim yang akan terbuka apabila tiba waktu melahirkan anak. Proses itu dikenali sebagai pelebaran serviks.
Proses pembukaan serviks – cervix opening (dilating) – adalah salah satu cara untuk kakitangan perubatan mengesan fasa kelahiran bayi.
Semasa bersalin, saluran rahim akan terbuka untuk memberikan laluan kepada kepala bayi melepasi faraj. Biasanya saiz bukaan akan melebar sekitar 10 sentimeter (cm) untuk kebanyakan bayi.
Sekiranya serviks melebar dengan kontraksi berkala dan menyakitkan, itu petanda anda sudah memasuki fasa bersalin aktif dan semakin hampir untuk proses kelahiran bayi.
3 peringkat proses kelahiran bayi
#Bukaan rahim pada tahap pertama bersalin
Semasa peringkat pertama kelahiran, kontraksi akan membantu serviks menipis dan mula untuk terbuka. Keadaan itu dipanggil sebagai penambahbaikan dan pelebaran.
Semasa rahim melebar, doktor akan mengukur bukaan dalam cm. Pada tahap ini, serviks akan melebar sehingga 10 cm.
Tahap ini biasanya akan berlanjutan sekitar 12 hingga 13 jam untuk anak sulung dan 7 hingga 8 jam untuk kehamilan yang seterusnya.
Ini cara untuk membayangkan saiz rahim:
Tahap pertama bersalin adalah paling lama dan terbahagi kepada 3 peringkat:
Bukaan rahim pada awal kelahiran
Masa kiraan bermula apabila pelebaran serviks mencapai 3 cm. Kebanyakan ibu mengandung menghabiskan sebahagian besar peringkat ini di rumah.
Sebaiknya, cuba untuk terus melakukan aktiviti harian anda seperti berehat, makan dan minum serta mencatatkan waktu kontraksi anda.
Kontraksi mungkin akan hilang untuk sementara jika anda mengubah aktiviti yang dilakukan tetapi lama-kelamaan ia akan semakin kuat.
Apabila anda mengesan perubahan kekerapan, intensiti dan tempoh masa kontraksi berlaku, bahkan anda tidak boleh bercakap apabila ia terjadi, mungkin anda sudah memasuki peringkat kelahiran aktif.
Bukaan rahim pada kelahiran aktif
Daripada saiz 3 cm, ia akan melebar sehingga 7 cm. Ini adalah masanya untuk anda menuju ke hospital.
Apabila kontraksi berlaku setiap 3 ke 4 minit dan bertahan untuk 60 saat, ia biasanya petanda serviks anda membuka lebih cepat – kira-kira 1 cm per jam.
Pada tempoh ini keinginan untuk bercakap mungkin sudah tiada kerana anda perlu mengendalikan rasa sakit kontraksi yang berlangsung.
Semakin mendekati fasa kelahiran, air ketuban anda mungkin pecah menyebabkan berlakunya pengaliran air.
Jika ia berlaku, anda harus bersedia untuk menghadapi kontraksi yang semakin cepat.
Bukaan rahim semasa fasa peralihan
Perlebaran serviks akan berterusan sehingga mencapai saiz bacaan 10 cm.
Bagi kebanyakan wanita, ini adalah fasa kelahiran yang paling sukar atau menyakitkan. Ia adalah masa bahagian serviks anda terbuka sepenuhnya.
Kontraksi pula akan berlangsung untuk tempoh 60 hingga 90 saat dan dialami setiap 2 hingga 3 minit.
Pada ketika ini, terdapat sedikit masa untuk berehat dan anda mungkin akan berdepan rasa bercampur-baur dengan kekuatan kontraksi yang dialami. Berkemungkinan besar anda akan berasa berpeluh, sakit perut, panas atau sejuk.
#Tahap kedua bersalin
Pada peringkat ini, rahim telah terbuka sepenuhnya dan akan berakhir dengan proses kelahiran bayi.
Kontraksi akan mendorong dan menolak bayi turun ke saluran kelahiran dan mungkin berasakan tekanan yang kuat. Ia akan berasa seperti keinginan untuk membuang air besar.
Doktor mungkin akan meminta anda untuk meneran apabila kontraksi berlaku. Umumnya, kontraksi akan semakin kuat tetapi wujud jarak masa yang membolehkan anda berehat.
Tempoh kepanjangan tahap ini adalah bergantung kepada pengalaman melahirkan anak dan berapa kali anda pernah bersalin, kedudukan serta saiz bayi.
Tahap intensiti pada fasa peralihan mungkin berterusan sehingga ke peringkat ini.
Anda mungkin akan mudah marah apabila kontraksi berlaku dan berganti dengan keinginan untuk disentuh dan berbual. Adakalanya wujud kemahuan untuk bersendirian.
#Tahap ketiga bersalin
Selepas proses melahirkan anak, rahim akan terus mengalami kontraksi untuk mengeluarkan plasenta (selepas kelahiran).
Kebiasaannya, plasenta akan keluar selepas 5 hingga 15 minit bayi dilahirkan.
Fasa pelengkap
Selepas bayi dilahirkan, plasenta dikeluarkan, maka anda dan pasangan akan dihujani rasa gembira, kelegaan dan keletihan.
Amat disarankan untuk anda menyusukan bayi selepas dilahirkan. Ini kerana proses penyusuan selepas kelahiran akan membantu rahim menguncup dan mengurangkan pendarahan.