Bila nak membesar ni, ada saja idea anak-anak kan? Perangai bukan-bukan, memang kreatif! Semua benda yang mereka nampak, boleh dijadikan toys. Anak juga suka memerhati apa yang ibu ayah buat, nanti dia akan ikut.

Sudah menjadi lumrah anak, mereka suka bermain. Kalau di sekolah ada kawan-kawan, bila di rumah kita lah yang menjadi kawan mereka untuk diajak bermain. Memang tak terlayan, energi banyak betul!

Menerusi akaun Instagram Achey, dia ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan anaknya, Tiara sedang membersihkan meja. Pada awalnya, Achey sedang mencari Tiara dan menemuinya sedang memegang botol sabun dan kain lap.

“Tiara, tau-tau senyap ada laa tu..”

Yang lucunya, bila melihat cara Tiara bersihkan meja tu ala-ala orang sedang buat burger. Ketika ditegur Achey, Tiara terus tekun menyembur air sabun di atas meja. Rajin sungguh!

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

Jom tengok video Tiara;

IKLAN

Baca Juga:

Cute Cailie! Pakai Gaun Putih Sambut Birthday, Muka Comel Anak Ikmal Amry Dipuji Ramai

“Habis Sayur Mama Kat Peti Sejuk.” Bagi Candy Tak Nak, Rupanya Menangis Nak Sayur!

IKLAN

Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur, Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati. Comel Betul!

Selesai mengelap meja, Achey tidak menyangka yang Tiara akan menyembur air sabun ke udara pula. Terus menjerit ayahnya! Melihat gelagat Tiara ni, warganet turut meninggalkan komen;

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

IKLAN

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

“Buat Burger Ke Dik?”. Achey Kongsi Video Kelakar Tiara Bersihkan Meja, Bukan Main Rajin!

Alahai, rajinnya mengemas ya Tiara. Bagus betul dia! Biasalah, bila anak-anak buat bising tu lebih baik dari mereka senyap. Kalau tak ada bunyi tu, mesti ada ‘projek’ yang tengah dia buat. Semoga Tiara terus membesar menjadi anak yang rjin dan sentiasa menyenangkan kedua orang tuanya.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI