Selalu terbabas kalau menyimpan. Ini selalu terjadi pada kita. Awal-awal tahun mulalah kita semangat, bila sesak, kita korek tabung tanpa rasa bersalah.
Apa kata tahun baru ini kita mulakan semangat kembali untuk menyimpan dengan cara sendiri. Cara macam mana? Ini cara menyimpan seperti yang dikongsikan oleh Mohammad Yaakub Yusra.
START SIMPAN DARI SEKARANG Nak saving ni macam-macam cara boleh buat. Salah satunya ikut warna duit ni.
Tapi jangan main simpan ja takut tak ada pulak duit belanja. Pi cucuk ATM RM100, keluar semua RM10 10 keping. Naya pak karim lah nak kena simpan semua haha.
Cuba guna tips ni, tahun depan baru cek tabung.
RM1 Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM365.
Ads
RM5 Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM520.
RM10 Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM1040.
Ads
RM20 Setiap bulan simpan dua keping sahaja. Total setahun RM480.
Konsep bulan genap dan ganjil
Lain pula konsepnya dengan kuantiti wang RM50 dan RM100. Ikut konsep ganjil dan genap. Macam mana?
Ads
RM50 Simpan ikut bulan ganjil iaitu Januari, Mac, May, Julai, September dan November. Total setahun RM300.
RM100 Simpan ikut bulan genap iaitu Februari, April, Jun, Ogos dan Disember. Total setahun RM600.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa kerjasama yang baik dari suami, tugas isteri boleh jadi terbeban. Namun bagi pelakon, Hairul Azreen, dia mendedahkan dia dan isterinya, Hanis Zalikha sememangnya tidak mempunyai pembantu rumah bagi menguruskan kerja-kerja harian dan dua anak mereka.
Malah menurut kata Hairul lagi, dia dan Hanis sepakat untuk membahagikan tugasan bagi menguruskan rumah mereka.
Berkongsi cerita itu di Instastorynya, jelas Hairul turut sama membantu meringankan beban Hanis dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak mereka, Yusof dan Alisa.
Dan inilah yang seharusnya dilakukan oleh semua suami, sama-sama membantu isteri.
” Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu rumah. Tu pun dah balik for good,” kata Hairul berkongsi.
Malah melalui beberapa entri berlainannya lagi, Hairul turut berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukannya bagi membantu meringankan beban Hanis.
“Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis dia cuci baju, lipat kain semua la.
” Saya pula mandikan Yusof, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya lagi.
” Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni,” tulis Hairul lagi menerusi satu entri berlainan.
Perkongsian Hairul ini sekaligus memberi inspirasi buat pasangan muda di luar sana untuk sama-sama membantu bagi meringankan beban pasangan. Tak kira apa jua tugasan, bahagikanlah sebaiknya. Dan inilah yang perlu dilakukan oleh suami isteri.
Hairul dan Hanis sememangnya sentiasa menjadi inspirasi kerana berjaya mendidik dua anak mereka dengan baik. Si comel Yusof dan Alisa bukan hanya bijak bahkan cara didikan yang sopan dan terpuji sentiasa menjadi inspirasi untuk ibu di luar sana.
Semoga pasangan ini terus menjadi inspirasi buat semua pasangan muda.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hairulazreen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, pasti akan ada rasa struglenya nak menyusukan bayi. Sebab bukan mudah sebenarnya lagi-lagi dengan tiada pengalaman. Namun semua itu bukan satu masalah besar jika ibu benar-benar bertekad.
Seperti perkongsian Tasha Shilla kepada Pa&Ma mengenai perjalanan penyusuan untuk anak lelakinya, Raees Zander yang kini dah mencecah usia 4 bulan, sebagai ibu yang baru pertama kali menyusu banyak momen yang best.
“Kebetulan pula sekarang ni dengan keadaan pandemik, masa Tasha banyak dihabiskan di rumah dengan melayan Raees. Kiranya ada hikmah juga dapat bersama Raees sepanjang peringkat awal usianya dan melihat dia membesar depan mata.
“Macam Tasha, ketika pertama kali pegang Raees selepas bersalin, waktu itu dia dah pandai menyusu. Memang sangat menakjubkan dan Tasha sendiri tak sangka pun. Masa itu doktor dan jururawat pun kagum melihat kesungguhan baby Raees. Seolah-olah ada chemistry dan tahu tanpa perlu nak diajar. Inilah antara momen yang best sangat.
“Selain itu, sebagai ibu yang menyusu, Tasha tak nafikan sesekali ada juga terfikir cukup ke susu untuk Raees? Sebab terdetik dalam hati berapa banyak kuantiti dan jumlah susu yang ada dalam badan waktu menyusu.
“Disebabkan itu Tasha mula fikir jika susu tak cukup ni adakah kerana diet atau tak cukup rehat. Dari situ kita sebagai ibu ni mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Nasib juga suami banyak bagi sokongan sepanjang penyusuan ini,” katanya.
Kawal emosi, amalkan makan kurma
Sebagai ibu yang baru ada seorang anak, dari awal kehamilan lagi Tasha cuba nak pastikan penyusuan susu ibu berjaya. Macam Tasha, awal-awal lagi target dan sentiasa berfikiran positif untuk breastfeeding anak ini sebagai perjalanan yang menyeronokkan sepanjang 2 tahun, Insyaallah.
“Memang susu badan ibu adalah yang terbaik tetapi jangan biarkan ia menjadi asbab untuk bersedih jika kurang susu badan dan paling penting ialah mental dan emosi ibu terkawal.
“Bila orang tanya Tasha apa makanan yang membuatkan susu badan meriah? Sebenarnya Tasha banyak makan buah kurma ajwa, minum susu kambing dan makan ikan bawal putih sepanjang proses pantang.
“Jenis makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang diamalkan sehingga sekarang untuk pastikan semua lancar,” kongsinya.
Ditanya mengenai peranan suami, Tasha akui penyusuan susu ibu bukan ibu itu sahaja yang perlu uruskan. Perlu sangat sokongan suami. Macam suami Tasha memang memainkan peranan yang sangat penting bila baby perlukan breastfeeding sebab Raees akan demand menyusu dan suami akan sediakan nursing pad atau kain yang menutup bahagian dada dan baby sepenuhnya untuk proses breastfeeding yang berkualiti.
Selain sokongan suami, Tasha dapat kekuatan untuk meneruskan penyusuan ini adalah dengan banyak membaca daripada buku yang ada pengesahan klinikal atau dapatkan nasihat doktor untuk cara-cara breastfeeding yang betul.
Kekuatan untuk breastfeeeding memang datang dari rehat yang cukup, cara permakanan yang berkhasiat dan juga persekitaran yang sesuai untuk menyusukan anak seperti di rumah atau di nursing area yang selamat untuk ibu dan anak.
Jadi nasihat Tasha untuk ibu yang sedang menyusu atau yang bakal menjadi ibu, kita adalah ibu yang hebat. Niat dari awal sebenarnya akan menjayakan proses penyusuan susu ibu.
Oleh itu, Tasha nak kongsikan beberapa tip yang Tasha lakukan dan mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita sama-sama menjadi ibu yang berjuang menyusukan bayi dengan susu ibu.
1. Mulakan menyusu baby sejurus selepas melahirkan anak walaupun susu badan belum banyak. Pada peringkat awal badan ibu menghasilkan colostrum dan cecair nipis ini ada khasiat dan antibodi yang bagus untuk baby.
2. Tasha masih ingat di hospital ada “lactation nurse” yang memberi tahu bahawa proses menyusu baby ialah “breast”-feeding dan bukan nipple feeding. Maksudnya posisi mulut baby kena betul untuk elakkan sakit pada ibu mahupun pada baby.
3. Nurse on demand – Baby yang baru lahir perlukan menyusu setiap 2 jam dan ibu-ibu baru harus mengikut bila baby demand untuk susu. Semakin kerap baby dapat breast feed, semakin banyak susu akan terhasil InsyaAllah.
4. Sebelum nak breastfeed, ada teknik urutan untuk activate susu dalam badan. Selalu sediakan 3 – 5 minit sebelum nak breastfeed untuk urut dahulu supaya aliran susu lebih baik.
5. Gunakan ‘nursing pad’ dalam bra untuk elakkan kebocoran susu yang juga boleh memberi jangkitan atau infection.
6. Sediakan nipple cream sekiranya ada luka atau bengkak.
7. Makan diet yang berkhasiat dan sesuai untuk breastfeeding. Lebihkan kalori harian (dalam 500 kalori) sebab tanpa ibu menyedari, proses breastfeeding memang menggunakan tenaga yang banyak dan membakar kalori.
8. Akhir sekali dapatkan rehat yang cukup, sentiasa positif dan ceria disamping keluarga. Banyakkan bersabar dan juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk kesihatan yang baik.
Tasha doakan pada semua ibu menyusu dan kepada followers Pa&Ma semoga berjaya dan bahagia selalu.
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika berhari raya nanti, pastinya segala karpet dikeluarkan untuk menyambut kedatangan tetamu. Bila sudah letak karpet pastinya perhatian perlu diberikan, lebih-lebih anak kecil kita yang berlari sana sini.
Tak mahu anak terjatuh tersadung karpet, ada baiknya kemaskan segala karpet yang bergulung. Macam mana nak buat? Sebenarnya karpet yang bergulung ini boleh diluruskan semula. Jom cuba perkongsian akaun Tik Tok, @julespitch.
Tip luruskan balik carpet terkepak
Tiada lagi yang ada tersadung punca bucu carpet terkepak. Selamat mencuba!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.