Dua pelajar perempuan berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan serta mengurung rakan sekelas mereka di tandas sebuah sekolah menengah, bulan lalu.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
Pertuduhan Pertama, Cederakan Mangsa
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan sebaya di tandas blok tingkatan enam sekolah berkenaan pada kira-kira jam 6.40 petang, 14 Julai lalu. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ads
Pertuduhan Kedua, Mengurung Mangsa
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa mengurung mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34. Jika disabit kesalahan, hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya boleh dikenakan.
Ads
Permohonan Jaminan
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh. Namun, peguam bela mereka, N Nagaratnam, memohon jumlah lebih rendah dengan alasan kedua-dua anak guam masih bersekolah dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
Ads
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta mengarahkan mereka supaya tidak mengganggu mangsa sepanjang kes berlangsung. Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 23 September depan.
Latar Belakang Kes
Pada 19 Julai lalu, media melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemui di dalam tandas sekolah dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher, manakala mulut disumbat dengan sapu tangan. Mangsa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan ringan di tangan dan kaki, selain trauma psikologi kesan daripada kejadian tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata suami tak boleh jaga dan urus anak dengan baik. Biasanya orang akan nampak isteri saja tapi jika dapat suami yang jenis ringan tulang, pandai urus anak dan bantu buat kerja rumah, semua akan kagum.
Bukan bermakna suami yang rajin urus anak dan keluarga ini mereka takut isteri tetapi semuanya atas rasa tanggungjawab untuk kebahagiaan seisi keluarga. Jika anda salah seorang isteri yang bertuah, memang beruntung sangat!
Ada juga suami, memang pro bab jaga anak dan masak. Kadang isteri pun kalah. Ni bukan nak memuji kaum Adam tapi realitinya. Apa yang penting dalam rumah tangga pasangan kena sentiasa tolak ansur dan tunjukkan contoh yang baik depan anak-anak.
Sama seperti perkongsian seorang ayah, Safik Roslan yang rajin dan pandai menguruskan anak-anak.
Dalam perkongsiannya itu, Safik turut menitipkan pesanan, suami kena pandai berdikari, jangan terlalu harapkan isteri. Mungkin sekarang kita boleh minta isteri buat macam-macam tetapi jika Allah uji diluar kemampuan kita lepas ni pun, tidaklah terkejut.
Penting buat persediaan awal dan sentiasa saling membantu isteri. Anda tetap dikira suami dan ayah yang terbaik.
Hari ni anak tak sepah apa-apa pun, tapi nak kongsikan ayah perlu tahu menguruskan anak sendiri. Sperti saya, ketika isteri sakit, dan anak bongsu pula masih menyusu badan (tak boleh nak berenggang langsung, kalau tak menangis macam sakit-sakit), kitalah yang kena berkorban.
Bukan itu saja, Safik juga turut berkongsi caranya menguruskan anak perempuan sebelum ke sekolah dengan mengikat rambut terlebih dahulu sebelum memakaikan tudung.
Ayahlah kena uruskan semua, kalau ayah memang lahir jantina perempuan, mesti masa siapkan anak cantik macam Neelofa pakaikan tudung.
Cuma yang lucunya, ketika mengikat rambut anak, dia menggunakan getah yang membungkus makanan gara-gara tak jumpa getah rambut walaupun isteri dah beli banyak stok. Siap boleh sanggulkan lagi rambut anak perempuan.
“Biasalah beli nak guna, cari terus tak jumpa. Tapi kalau tak cari, senang pula nampak”.
Mungkin orang nampak biasa, tapi usaha ini wajar dapat pujian kerana tak semua mahir dan mampu buat.
Suami sekarang ramai dah rajin
Pesan untuk diri saya juga, suami jangan nak senang sangat hidup. Kena berdikari dari sekarang. Biarpun ada yang buat sekadar mampu itu tiada masalah, janji kita boleh ringankan sikit tugas isteri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak? Bagi anak gajet pada waktu makan akan menyebabkan dua perkara ini berlaku (biasanya ini adalah perkara yang MAJOR.
Ye memang.
Masa makan seronok bagi anak gadget sebab anak boleh duduk diam. Barulah mak ayah boleh enjoy makan kan tanpa gangguan.
Lagipun budak-budak ni bukan jenis duduk diam, ada saja hal nak dibuatnya. Tapi hakikatnya dalam ‘diam’ tu, ada bahayanya.
Masalah picky eater (memilih makan). Ini biasa berlaku. Sebab waktu makan adalah waktu yang paling penting untuk buat anak menikmati makanan. “Alah, kalau time makan pun nak lari sana sini, bila masanya nak menikmati makanan?”
Ye betul. Tapi sekurang-kurangnya bila tiada ‘divertion’ dalam satu arah saja seperti menonton gadget, ianya membantu proses perjalanan maklumat makanan itu berjalan dengan lebih baik. “Macam mana kalau sambil bagi anak makan sambil tengok tv? Sambil bagi anak mainan?” Sekurang-kurangnya tv tu besar. Penglihatan anak luas. So kadang-kadang budak pun rasa macam tak fokus sangat pada tv. Kalau bagi mainan waktu makan pun tak apa sebab masa tu dia akan bermain dengan cara yang pelbagai.
Pendek kata di sini, dengan gadget… anak is too much focus sebab narrowing the eyes muscles could lead them to ignore input lain yang ada di persekitaran. Makan ni tuan/puan… adalah sesuatu yang sangat penting. Penting sebab masa makan la kita tahu kita suka makanan yang macam mana.. jenis macam mana… tekstur,rasa macam mana… makan tu nikmat hidup tau tak! Budak yang tak enjoy waktu makan, nikmat hidupnya tak ada! Tu yang buat emosi mereka mudah terganggu dan membawa kepada masalah tingkah laku. Tu belum lagi cakap bab oral motor and oral muscles yang diperlukan ketika makan.
Bila anak makan, mereka kena ada fokus tentang tekstur makanan yang sama ada perlu ditelan terus atau dikunyah macam mana. Lidah guna macam mana. Air liur rembes macam mana. Dah bila kita bagi gadget depan mata, macam mana minda bawah sedar mereka nak fokus pada benda-benda ni semua sedangkan minda bawah sedarlah yang memberikan laluan input berkenaan makanan ni kepada otak? Minda bawah sedar tu dia drag sama tau asyik fokus kat gadget! Habis tu… macam mana budak zaman sekarang ni tak pelat? Tak boleh nak bercakap? Bila bagi anak makan sambil tengok gadget, habis terputus hubungan dengan persekitaran. Tak tau pun apa yang mak ayah cakap. Takde komunikasi. Perkataan ‘sedap’ pun tak belajar.
Perkataan yang berkaitan dengan makanan pun tak tahu-duduk, ambil itu, ambil ini, letak, bak sini….. semua ni merencatkan pemahaman anak pasal makanan dan kosa katanya terjejas sehingga ada yang tak reti nak belajar meminta sampai mengganggu pertuturan dan percakapan. Dan lagi……Lepas tu mulalah memilih itu ini saja yang boleh dimakan.
Masalah tingkah laku: ini biasa berlaku. Kalau dah rutinnya mesti waktu makan tengok gadget, habislah kalau rutin ni takde dalam hidup anak. Hancur punah emosi mereka. Kacau. Bila tengok gadget,segala komunikasi dengan persekitaran dah terputus hubungan tau! Akibatnya anak hanya dalam dunianya saja tau! Awas ya.
Bila dia dah dalam dunianya, sesiapa saja yang kacau,memang kena. Dan ianya bukan saja tak boleh terganggu atau terusik emosinya ketika makan,malah kadang-kadang terbawa juga dalam dunia luarnya. Sungguh tidak boleh bersabar, tak boleh menunggu giliran, tak boleh nak ditegur, dan paling ketara tak boleh nak berkongsi. Nasiblah kan…. siapa suruh start bagi anak makan dengan gadget? Waktu makan adalah waktu terbaik untuk berkomunikasi dengan anak WALAUPUN PAYAH!
Ambil peranan. Kalau perlu seorang untuk berkorban tak makan dulu, buatlah begitu.
Kalau perlu seorang melayan anak, buatlah begitu. Nak buat ni bukan lama pun.
Untuk 0-6 tahun pertama anak tu hidup je pun. Berapa lama sangatlah nak berkorban????? Fikir-fikirkanlah.
Memang kecoh masa makan. Itu tak kena ini tak kena. Tapi layankan aje lah. Muka suami isteri masam sekalipun,sekejap je benda ni. Ambillah peranan. Bawalah berbincang. Takkan sebab tak boleh nak jaga anak masa makan pun nak dibawa sampai ke mahkamah?
Kita dah dewasa, bijaklah berfikir. Oh tu belum lagi tengok parents dengan 4 anak… 4 orang sekaligus makan tengok gadget! Last-last makanan tak habis. Membazir.
Boleh tak buang tabiat ni???? Tolonglahhhhhhhhhhhhhhhhh. Saya merayu sangat-sangat.
Nak buang tabiat ni akan ambil masa. Cuma yang pasti, parents kena sabar dan tekad. Itu saja.
Takde dua benda ni, jangan haraplah sampai ke sudah boleh buang tabiat masa makan tengok gadget dalam diri anak.
Apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau akidahnya, perkara pertama yang akan dilihat adalah bagaimana ibu bapa itu mendidik. Begitu juga bila dalam sebuah keluarga, ada anak yang hafaz al-Quran dan menjadi hafiz.
Ibarat kata orang, corak didikan ibu bapa tersebut akan menjadi contoh kepada ibu bapa lain. Begitulah yang dirasai oleh Abby Abadi dan Norman Hakim apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim telah bergelar al-Hafiz dan mempunyai kelulusan diploma dalam bidang hafazan al-Quran dari Mekke Kursu Kuran Isparta,Turki.
Menerusi perkongsian Norman Hakim di instagramnya, dia cukup bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana impian nak lihat anaknya menjadi seorang Hafiz Quran akhirnya tercapai.
Salah satu status yang dimuat naik Norman Hakim juga cukup mengambarkan dia begitu gembira dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh anak sulungnya ini.
Alhamdulillah..mohon doakan anak ini dan kawan-kawannnya dari seluruh dunia yang dihimpunkan disini dalam perjuangan mereka demi AL-QURAN tercinta Aamiin Ya Rabb.
Sementara itu, Norman Hakim juga turut mengingatkan anak-anaknya walau setinggi mana pun kita, dahulukan ibu. Restu ibu adalah penawar yang terbaik untuk terus mencapai kejayaan dalam hidup.
SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU..peringatan untuk Abg Danish Hakim ,untuk anak-anak papa yang lain termasuk diri papa jugak dan kawan-kawan yag ada kat sini; kalau ada ‘proposal’ duniawi samada nak dapat 4 flat ke..nak dapat first 1 mil dalam business ke..nak dapat jodoh yang baik-baik ke..apa jugaklah impian yang ada, mintaklah dengan mama (Abby), mummy (Memey) & ibu, mak, mama, mummy, ummi, ummu uolls buat ‘submission’ dalam tahajud & dhuha diorang.
Jangan pandang ringan ‘effort’ ni sebab doa keramat hidup kita yang syurga kita terletak ditapak kaki mereka tidak terhijab untuk kebaikan kita.Yang dah buat akan percaya dgn kata-kata saya, yang tak percaya? Cuba buat dulu.YAKIN & ISTIQOMAH.In shaa Allah️
Susulan kejayaan yang dicapai oleh Danish, ramai peminat Norman Hakim dan Abby Abadi mendoakan kejayaan anak mereka. Ada juga yang mengharapkan Danish akan menjadi contoh kepada generasi muda lain untuk terus kekal berjuang dan memartabatkan al-Quran.
Sumber: instagram Norman Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!