“Saya reda isteri dan anak pergi.” Itu yang diucapkan oleh suami kepada mangsa kemalangan, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan tetapi bayi ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian sempat beberapa jam hidup sebelum meninggal dunia.

Lagi sedih, selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelaki yang terkeluar daripada kandungan ibunya dalam nahas membabitkan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas, Kelantan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam.

Sempat azankan bayi

Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

Due 24 Feb, Suami Reda Isteri & Bayi ‘Dilahirkan’ Di Lokasi Kemalangan Pergi Bersama

“Saya reda apabila anak kami turut pergi bersama ibunya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam (18 Februari), isterinya, Nur Hasliza yang sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Remaja yang menunggang motosikal berkenaan turut meninggal dunia di hospital.

Mohd Khairi hanya mampu menangis sebaik dipanggil doktor dan dimaklumkan bayinya gagal diselamatkan.

Anak kedua di ICU

Ketika ini, beliau hanya memikirkan anak kedua, Nurul Iman Maisara, 6, yang membonceng bersama isterinya dan dilaporkan cedera parah di kepala serta ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

“Doakan supaya Nurul Iman selamat dan saya diberi kekuatan demi dua lagi cahaya mata berusia lapan dan tiga tahun,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan nahas berkenaan kini mengorbankan tiga nyawa dengan kematian bayi malang itu.

Katanya, penunggang motosikal, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, dilaporkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Due 24 Feb, Suami Reda Isteri & Bayi ‘Dilahirkan’ Di Lokasi Kemalangan Pergi Bersama

“Penunggang remaja itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar motosikal ditunggang mangsa wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuan,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini, kemalangan tragis itu berlaku terlalu pantas. Saksi yang mahu dikenali sebagai Wan, berkata dia sempat melihat kedua-dua motosikal bertembung dan lebih menyayat hati apabila bayi dalam kandungan ‘terkeluar’.

Arwah bersungguh-sungguh minta menunggang motosikal

Sementara itu, dalam laporan Berita Harian, Mohd Khairi juga memberitahu, arwah isterinya meninggal betul-betul depan matanya.

IKLAN

“Dia meninggal betul-betul depan mata saya sebab motosikalnya cuma lima meter di belakang saya.

Lebih sedih, Mohd Khairi turut menyaksikan sendiri bayi lelaki sembilan bulan dalam kandungan isterinya ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian.

“Saya berlari mendapatkan isteri yang tidak sedarkan diri sambil meriba bayi serta anak kedua kami berusia enam tahun yang membonceng motosikal ibunya.

“Kami menunggang dua motosikal beriringan. Isteri saya membawa seorang anak manakala dua orang lagi bersama saya untuk ke kedai runcit berhampiran.

“Motosikal yang ditunggang remaja lelaki itu terbabas dan memasuki laluan kami serta hampir berlanggar dengan saya, tapi saya sempat mengelak.

“Rupanya dia bertembung dengan motosikal isteri di belakang saya,” katanya.

Due 24 Feb, Suami Reda Isteri & Bayi ‘Dilahirkan’ Di Lokasi Kemalangan Pergi Bersama

IKLAN

Sepatutnya bayi lahir 24 Februari

Mohd Khairi kerap melarang isterinya yang sarat mengandung daripada menunggang motosikal sendiri, namun mangsa bersungguh-sungguh meminta kebenaran sebelum mereka keluar bersama.

“Isteri saya dijangka melahirkan anak keempat kami pada 24 Februari ini.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Stol selepas selesai urusan bedah siasat.

Kredit: Berita Harian

Due 24 Feb, Suami Reda Isteri & Bayi ‘Dilahirkan’ Di Lokasi Kemalangan Pergi Bersama

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar  sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI