Ekoran kes kematian bayi akibat lemas dalam baldi, siasatan awal polis mendapati ia berlaku selepas aktiviti “memancing.”
Semalam Pa&Ma berkongsi tentang pemergiaan seorang bayi, Abdul Rayyan Mijan, 9 bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas ditemui di dalam baldi berisi air selepas aktiviti ‘memancing’ di sebuah pusat jagaan (taska) di Seksyen 32, Shah Alam.
RAYYAN DITEMUI DALAM BALDI SELEPAS AKTIVITI
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati, pemilik taska berusia 30 tahun dan tiga pengasuh menjalankan aktiviti itu di dalam bilik bersama 10 anak asuhan yang dihantar ke premis itu pada 1.45 tengah hari.
Katanya, kejadian disedari seorang daripada pengasuh selepas selesai aktiviti apabila bayi itu ditemui dalam baldi kecil berisi air di bilik air, dengan kepalanya ke bawah.
DIBAWA KE KLINIK & IBU DIHUBUNGI
“Pemilik taska kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Desa Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan.
“Pada jam 2.30 petang, ibu mangsa berusia 37 tahun dihubungi pemilik taska supaya segera ke Klinik Desa Jalan Kebun kerana mangsa mengalami kecemasan,” katanya dihubungi, hari ini.
Mangsa seterusnya dibawa ke zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 4 petang.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada 9 pagi semalam dan tiada kesan penderaan fizikal terhadap mangsa.
ALLAHYARHAM BARU DIHANTAR 10 HARI
Kata Baharudin, bayi itu baru 10 hari dihantar ke taska terbabit dengaN bayaran RM300 dan dalam keadaan sihat serta tiada penyakit.
“Mangsa anak tunggal pengadu yang juga warga Indonesia akan dihantar pada 7 pagi sebelum wanita itu, juga seorang ibu tunggal ke tempat kerja di sebuah kelab golf di Kota Kemuning.
TASKA BEROPERASI TANPA LESEN
“Taska itu terletak di tingkat dua bangunan lot kedai dua tingkat dan beroperasi sejak Disember 2018, dipercayai tanpa lesen.
“Ada tiga pengasuh perempuan wanita tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun di taska yang menjaga seramai 25 bayi dan kanak-kanak berusia antara sembilan bulan dan tiga tahun. Hanya mangsa yang berusia bawah setahun,” katanya.
Baharudin memberitahu ketika kejadian hanya ada 10 anak asuhan sedang dijaga di premis yang turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV).
POLIS KENALPASTI KECUAIAN SEBAGAI PUNCA KEMATIAN
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenalpasti punca kejadian dan sama ada berlakunya kecuaian.
“Pemilik taska ditangkap kira-kira jam 10 malam tadi (semalam) untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon pagi ini,” katanya.
Nasib menimpa bayi malang itu, Abdul Rayyan Mijan, tersebar selepas kisahnya dimuat naik dalam akaun Facebook Unit Khas Van Jenazah, berikutan ibu mangsa kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazahnya.
Ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia setelah dipercayai memakan buah epal yang sudah dilenyek reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Fawwaz Muhammad Fadlan yang berusia sembilan bulan.
Munirah Abd. Rahman, 38, berkata, dia dan suami, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.
Menurut Guru Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah di Kupang itu, keenam-enam anaknya termasuk mangsa dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sama sebelum ini.
“Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska ada menghubungi, namun tidak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubunginya pula.
“Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.
“Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, Muhammad Fawwaz yang menangis selepas makan buah tersebut kemudian tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Baling, dekat sini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, pemeriksaan tubuh badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Pergilah Qaid, Ami dan Ayah ok. Pergilah sayang. Nanti kita jumpa ya.”
Itulah ucapan paling berat yang terpaksa dilafazkan oleh seorang ibu yang tidak sanggup melihat bayinya terus tersiksa dan menanggung penderitaan.
Walaupun berat hati ibu hendak melepaskan bayinya pergi namun terpaksa juga merelakannya.
Seorang ayah, Qawiem Hmzn yang menyaksikan perjalanan hidup bayi keduanya yang menghidap komplikasi kesihatan sejak lahir pada 10 Februari lalu berkongsi detik pemergian anak tersayang.
Qaid Hadid berusia 3 bulan mengalami masalah saluran pemakanan tidak bersambung (tracheoesophageal fistula) dan turut menghidap jantung berlubang.
“Dia ditempatkan di Unit Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Kuala Lumpur dan hingga kini sudah menjalani lima pembedahan bermula dengan proses penyambungan esofagus dan usus.”
Assalamualaikum, semalam tepat jam 10.06am bertempat di Wad PICU, terpahat la satu episod yang belum pernah saya rasa sebelum ini. Anakanda kesayangan saya Qaid Hadid (Pemimpin Besi/Kuat) telah kembali menghadap Allah.
KRONOLOGI:
27 mei, Jam 9pm isteri saya menerima panggilan untuk datang ke hospital segera.
Setibanya kami di hospital kami masuk ke dalam bilik Qaid, kami lihat Team PICU sedang berhempas pulas untuk selamatkan Qaid dan kami diminta keluar.
12 malam, doktor memaklumkan kepada kami keesokan harinya Qaid bakal dibedah, kerana ususnya bocor, kami akur dan mengharapkan semua selamat.
1.00 am : Doktor kembali dan bagitau “we try not to lose him” , saya dan wife bingung..
2 am : Doktor kembali lagi, “kami cuba sedaya upaya, kita tgk mcm mana semangat Qaid but i dont think he can pull through this episode”
Dalam hati aku Allah! Allah! Allah!
Jam 3am Kami dipanggil untuk tengok Qaid, so kami masuk and tengok Qaid, pucat dan dah tak sedarkan diri. Aku macam tak tahu nak rasa apa, then Dr Mas (head of PICU) panggil kami masuk office, muka dia macam nak cakap tapi tak sampai hati, “guys, i dont think he’s gonna make it” then Dr Mas suruh kami spend time dengan Qaid, tidur dengan dia, Dr jugak suruh semua family members datang and tengok Qaid.
-cut it short-
Dari jam 3 am sampai 7 am sedara mara dah kumpul tengok Qaid, Kaki Qaid mula biru/purple naik sampai ke pinggang, nafas Qaid mula menurun,
Jam 9, Qaid dan ada dipangkuan Hanis, dengan wire, bacaan dari 66 naik ke 91, 92. Qaid masih melawan walaupun nazak. Hanis pujuk Qaid,
“pergilah Qaid, Ami dengan ayah ok, pergilah sayang, you can go now, ami ok ayah ok abang qaiser ok..Nanti kita jumpa ya” sambil cium berkali kali Qaid yang semakin pucat
“Qaid sayang terima kasih teman ami ya? Jangan lupa ami ayah Qaiser family dan semua yang doakan Qaid ya sayang..stop fighting..u can rest now..just go Qaid..it’s ok” mengalir air mata isteri sambil menyebut
Semua membaca Al fatihah bersama-sama di sisi Qaid yang telah tidak bernyawa.Berakhirlah episod Qaid didunia.
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid di dunia untuk menyedarkan kami, keluarga adalah segalanya.
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid untuk beritahu rakyat Malaysia sangat pengasih dan penyayang.
Sekarang Qaid dah sampai ke taman syurga, mungkin dia berlari, berkejaran dengan kawan-kawan dia, senyum dan ketawa wallahualam, kuasa Allah,
Tapi apa yang pasti, Qaid berterima kasih dan kenang jasa mereka yang mendoakan, yang beri semangat kepada ayah dan aminya, yang menyumbang dalam pelbagai bentuk pertolongan, dan pasti ada ganjaran yang kita belum tahu bentuk apa.
Saya doakan kita semua temui jalan ke syurga supaya kita semua dapat bermain bersama QAID HADID