f3r Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.
Buka akaun simpanan untuk anak-anak. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah, terus menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank mereka.
Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
Ads
Ya, memang mereka masih kecil lagi, tak boleh guna duit banyak-banyak dan mereka tak tahu menggunakannya dengan bijak. Ibu bapa bantulah mereka menyimpan duit raya di akaun simpanan mereka. Bila dewasa kelak, bolehlah mereka gunakan duit simpanan itu untuk pendidikan, beli barang keperluan sekolah dan lain-lain.
Kita nak duit, kita kena cari sendiri. Jangan bedal duit anak. Ingat tu.
Ads
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.
“Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik.
“Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya. – PIXEL MEDIA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan tak mampu untuk meraikan isteri dan anak-anak, namun komitmen bulanan kadang-kadang membuatkan kita tak sempat untuk membelikan anak dan isteri hadiah.
Ramai yang menarik nafas lega apabila Perdana Menteri mengumumkan Moratorium sewa beli selama 6 bulan. Sekurang-kurangnya bagi yang tidak berkesempatan menyimpan duit, akhirnya dapat menyimpan setiap bulan.
Bagi yang dah lama berjimat cermat setiap bulan, dapat gaji terus selesaikan komitmen bulanan sehingga tidak dapat berbelanja, sekurang-kurangnya dengan moratorium mereka dapat berbelanja sedikit sebagai hadiah untuk diri sendiri dan keluarga. Besar hikmahnya setiap apa yang berlaku.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh pemilik Facebook, Pe Chey. Akhirnya dia dapat menghadiahkan seutas gelang buat anak-anak dan isteri. Suami mana yang tak teringin nak hadiahkan sesuatu buat isteri dan anak-anak cuma mereka ada komitmen yang perlu diutamakan.
Duit moratorium, aku dah niat, nak belikan “gelang getah” untuk anak-anak dara aku. Dari bulan April hari tu lagi aku dah bagitahu orang rumah,
“Yang, abang teringin nak belikan budak-budak ni ” gelang getahlah”. Kesian, diaorang tak pernah merasa pakai “gelang getah” lagi.
Sebagai ayah, bila aku tengok diaorang togel je kat tangan, aku rasa bersalah. Kurangnya adalah seurat besar gelang getah pun jadiklah.
Jadinya, tadi, aku ajaklah orang rumah dengan budak-budak jalan-jalan. Konon. Padahal aku hala ke kedai jual “gelang getah’. Bila sampai, orang rumah pun dah besarkan mata.
Aku sengih kambing.
Bila masuk kedai, budak-budak bersorak,
“Ayah nak belikan kami gelang ke yah. Uiyooo seronoknya yah.”
Kita nak yang tu yah, kata Qaisara. Ecya nak ni. Keena je senang, dia tunggu je. Ragam, 3 anak dara aku yang makin membesar.
Bila, gelang dah terlekat di tangan, ketiga-ketiganya peluk aku, siap cium. Pekerja di kedai dan pelanggan yang lain menyaksikan adegan penuh sentimental itu.
“Ayah tak banyak duit. Ayah dapat belikan yang kecik ni je ye. Kalau ayah ada banyak duit, ayah belikan yang besar sikit. Korang suka tak?”
“Suka yah. Terima kasih.”
Serentak suara ketiga anak dara aku menjawab. Aku sebak di dada bila mereka nampak ketara gembiranya siap terus pakai. Tangan masing-masing dah rupa tangan patah. Kekok bila ada “gelang getah” di tangan.
Kesiannya anak-anak dara aku. Salah aku sebab tak belikan untuk mereka dahulu lagi.
Orang rumah senyum tengok anak-anaknya.
Aku tanya,
“Ayang nak tak? Carilah satu yang lebih kurang macam bebudak punya. Abang takdelah banyak bajek, tapi kalau kena harga, abang belikan. Nak tak?”
Terus bercahaya matanya. Orang rumah pun jarang aku belikan. Silap aku, sebagai seorang suami yang tak memahami psikologi wanita.
” Abang biar betul. Cukup ke duit? Tak payahlah. Belikan je untuk budak cukup. Orang takde tak apa.”.
Orang rumah aku, memang tak menyusahkan. Aku nak belikan, dia tetap begitulah soalannya.
” Dik, kau carikan untuk akak ni satu, yang designnya sama dengan budak-budak, yang harganya sama macam budak-budak punya.”
” Baik bang”.
Laju budak tu buat kerja, tau-tau di tangan orang rumah, terpasang seutas gelang getah baru. Aku suka tengoknya. Suka tengok dia senyum. Senyum bahagia sebab tak sangka kot aku belikan seutas untuk dia.
Inilah kisah seorang ayah dan suami yang berwajah bengis. Petang ini dia kalah dengan anak dara dan isterinya. Jauh di hatinya,
“Kalau aku mati, taklah aku ralat sebab tak belikan untuk diaorang seutas gelang getah yang mungkin jadi kenangan abadi sepanjang usia mereka di dunia ini. “
Sebak dada aku bila tengok kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka berempat petang ini. Semoga rezekiku melimpah ruah.
#NfI #gelanggetah
Ecya tanya,
“Ayah, bole tey titey patai gelang ni masey tido nanti? Keney butak tey ayah?”.
Banyak artikel yang menerangkan tentang makanan-makanan yang bahaya untuk bayi dibawah umur satu tahu. Nampak ianya selamat, lembut, mudah ditelan namun ianya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Doktor dari Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Doktor Ahmad Samhan berkongsi di detik-detik cemas seorang bayi hampir maut akibat kesilapan si ibu.
“Baby unconcious dah sampai!”
“Kringgg…kringgg…kringgg”
Loceng ditekan 3 kali menanda kes zon merah dah sampai.
Tim zon merah dah bersiap siaga untuk hadapi semua kemungkinan.
Jika ada kes zon merah melibatkan bayi kurang 1 tahun cukup menggerunkan. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tak semudah merawat orang dewasa.
Jika tak mampu selamatkan, panjang cerita. Banyak pihak terlibat. Ramai perlu menjawab. Dimana silapnya.
Kelihatan seorang bayi dikejarkan masuk ke zon merah. Seluruh badannya lemah. Setiap sendi longlai layu. Lebih parah,bayi ini tak bernafas!
Tiub pernafasan dimasukkan melalui kerongkong. Disambung dengan mesin bantuan pernafasan. Perit!
Bila ditanya, rupanya ibunya tersilap berikan air campuran madu setelah anaknya mengalami batuk beberapa hari. Ini silap!
Madu sememang banyak khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit. Apatah lagi madu disebutkan dalam Al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit. Tapi madu BERBAHAYA untuk BAYI.
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulism.
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Toksin ini melemahkan otot dan menggangu sistem pernafasan. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam.
Botulism pada bayi adalah sebuah penyakit yang terjadi ketika bayi menelan bakteria, yang kemudian menghasilkan racun di dalam tubuhnya.
Apabila bayi tertelan spora Clostridium botulinum, dan bakteria dari spora tersebut berkembang biak di usus bayi, maka akan timbul racun yang sangat berbahaya.
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia kurang dari 12 bulan.
Orang dewasa tidak terjejas kerana usus orang dewasa telah matang dan asid yang dihasilkan diusus mampu untuk melawan toksin yang terhasil.
CARA MENCEGAH
✅ Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.
✅ Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.
✅ Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini TIDAK musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.
Nak makan madu BOLEH tapi TIDAK untuk bayi kurang dari setahun.
Bantu saya untuk share info penting ini kerana masih ramai mak ayah yang terlepas pandang suapkan madu pada bayi.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuatnaik video di instagramnya dan mendapat tontonan hampit 640 ribu pengikutnya. Dalam video tersebut, beliau sedang membuat latihan vokal untuk #sitinurhalizaontour yang akan berlangsung di Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.
Menurusi video yang dimuatnaik tersebut, Siti Aafiyah turut serta melakukan latihan vokal dan aksi lucu tersebut menghiburkan mereka semua termasuklah netizen yang menonton.
Ibu ada kelas Vocal harini , Aafiyah plak yang excited nak belajar.. kuat plak tu suara dia .. hahahaha..
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah sikap Dato’ Siti sendiri yang tetap ke kelas vokal walaupun sudah menjadi penyanyi No.1 negara. Sikap Dato’ Siti yang ingin belajar dan dapat menerima teguran daripada guru vokal tersebut telah mendapat pujian netizen.
OMG, dah penyanyi NO.1 Malaysia pun still masuk kelas lagi
Vokal dah mantap pun masih belajar
Aafiyah terikut ibu
Pandai Aafiyah, ada bakat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan nama buat cahaya mata sememangnya menjadi momen istimewa bagi setiap ibu bapa. Bagi pasangan selebriti Shuib dan Watie Hanifiah, nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka bukan sahaja indah didengar, malah mempunyai kisah tersendiri yang melibatkan seluruh keluarga.