Raya semakin hampir! Suasana kian meriah dengan persiapan Aidilfitri—beli baju raya, tempah biskut raya, kemas rumah, dan tentunya, mencari duit raya baru untuk diberikan kepada anak-anak serta sanak saudara.
Setiap kali menjelang Hari Raya, pasti ramai yang ingin menukar wang kertas baru sebagai tanda tradisi dan kemeriahan sambutan.
Bagi yang sedang mencari duit raya baru RM10, berita baik buat anda!
CIMB telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka perkhidmatan penukaran duit raya baru bernilai RM10 di beberapa cawangan terpilih.
Ads
Bermula 17 Mac- 31 Mac
Perkhidmatan ini akan berlangsung mulai 17 Mac hingga 31 Mac, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan wang kertas baharu sebelum tiba Syawal.
Jadi, jika anda ingin memastikan sampul duit raya anda penuh dengan wang kertas baru , bolehlah merancang lebih awal untuk menukar duit raya di cawangan CIMB yang terpilih. Jangan lepaskan peluang ini!
Sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap tidak sihat iaitu 201 ke atas di sesuatu kawasan, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diumumkan sebagai sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan menghadapi jerebu bagi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.
“Garis panduan kita jelas. Jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar dilarang. Sekiranya IPU melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan.
“Maknanya, murid-murid akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Digital Ultilisation and Technology Awards (DUTA) 2024.
Beliau turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan telah memberi arahan dan penjelasan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar mengambil tindakan segera berdasarkan bacaan IPU setempat.
Sementara itu, semakan Kosmo! pada portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan mencatatkam bacaan IPU tidak sihat setakat pukul 4.14 petang ini adalah Johan Setia, Klang (154) dan Nilai, Negeri Sembilan (116).
Sumber: Kosmo Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah menyayat hati dari wilayah Shandong, China ini benar-benar membuka mata dunia tentang pentingnya ketelitian dalam setiap prosedur perubatan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kini hidup bergantung sepenuhnya kepada tiub intravena (IV) selepas keseluruhan sistem pencernaannya hampir dibuang akibat kesilapan pembedahan yang dilakukan ke atasnya.
Menurut laporan Sinar Harian, kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiaoye, dimasukkan ke Hospital Rakyat Daerah Chengwu pada tahun 2023 ketika berusia 10 tahun selepas mengadu sakit teruk di perut akibat terlanggar rakan sekelas semasa bermain di padang sekolah.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat ketulan di bahagian perut dan doktor mencadangkan pembedahan laparoskopi kaedah pembedahan invasif minimum yang biasanya dianggap selamat untuk kanak-kanak.
Namun, pembedahan yang dijangka ringkas bertukar menjadi tragedi apabila berlarutan selama 14 jam. Hampir keseluruhan organ pencernaan Xiaoye telah dibuang termasuk pankreas, duodenum, sebahagian besar usus kecil, pundi hempedu dan dua pertiga daripada perutnya. Hanya kira-kira 50 sentimeter kolon yang masih kekal.
“Itu tempoh menunggu paling menyeksakan dalam hidup saya,” kata ibunya, Yue, sambil menahan sebak. Menurut Yue, sepanjang tempoh pembedahan, doktor beberapa kali keluar dari bilik pembedahan meminta mereka menandatangani borang persetujuan tambahan dengan alasan berlaku pendarahan serius dan komplikasi dalaman.
Kini, Xiaoye hanya bergantung kepada nutrisi intravena (IV) untuk meneruskan hidup. Dia tidak lagi boleh makan atau minum seperti kanak-kanak lain, dan tubuhnya semakin susut dari hari ke hari. “Anak saya murung, jarang bercakap dan hanya berbaring di katil hospital. Dia pernah bertanya, ‘Ibu, saya tak boleh makan atau minum… apa makna hidup?’,” luah Yue dengan linangan air mata.
Laporan forensik bebas kemudian mengesahkan bahawa hospital berkenaan melakukan kesilapan besar dalam prosedur rawatan yang secara langsung menyebabkan kerosakan kekal terhadap sistem pencernaan anaknya. Siasatan pihak berkuasa kesihatan turut mendapati berlaku kecuaian dan kegagalan komunikasi antara jabatan sebelum pembedahan dijalankan. Inilah bukti jelas bahawa kesilapan pembedahan boleh membawa kesan yang amat tragik.
Namun, pampasan yang diterima keluarga hanyalah sekitar 200,000 yuan (RM132,000) — jumlah yang jauh lebih rendah daripada kos rawatan dan penjagaan berterusan yang diperlukan anak kecil itu.
Selama dua tahun, Yue berulang-alik ke beberapa bandar besar di China untuk mendapatkan rawatan pakar, tetapi doktor memaklumkan satu-satunya harapan ialah pemindahan organ, yang menelan kos tinggi dan mempunyai kadar kejayaan yang sangat rendah. Namun, kasih sayang seorang ibu tidak pernah pudar. Yue masih berjuang mencari peluang agar anaknya dapat hidup seperti kanak-kanak lain.
Kisah tragik ini bukan sekadar pengajaran buat dunia perubatan, tetapi juga peringatan kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka terhadap prosedur rawatan anak. Setiap nyawa kecil amat berharga dan sebarang keputusan dalam bilik pembedahan haruslah disertai dengan empati, ketelusan dan tanggungjawab sepenuhnya.
Tragedi ini membuktikan bahawa kesilapan pembedahan bukan sekadar kecuaian teknikal, tetapi boleh menghancurkan masa depan seseorang insan kecil. Ia menyeru dunia perubatan untuk lebih berhati-hati, bertanggungjawab, dan mengutamakan nyawa daripada segala prosedur.
Selepas pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), penjawat awam kini menikmati kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kelompok (CTRK) yang lebih fleksibel tanpa menjejaskan cuti tahunan.
Kemudahan ini membolehkan pegawai menghadiri urusan tertentu termasuk perayaan, kebajikan, atau aktiviti rasmi, namun masih ramai yang kurang jelas cara memohon, khususnya bagi CTRK Hari Raya Haji kedua yang bakal menjelang tidak lama lagi.
CTRK ialah kemudahan cuti yang diperuntukkan oleh kerajaan berdasarkan Perintah Am Bab C serta Pekeliling Perkhidmatan terkini, termasuk pelaksanaan SSPA bermula 1 Disember 2024.
Kemudahan ini memperuntukkan maksimum 20 hari cuti dalam satu tahun kalendar dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan.
Penggunaannya adalah fleksibel mengikut keperluan pegawai, namun setiap permohonan tetap tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Selain itu, CTRK tidak menjejaskan cuti tahunan serta memberi ruang kepada penjawat awam mengurus pelbagai keperluan rasmi, kebajikan dan peribadi dengan lebih sistematik.
Bagi penjawat awam beragama Islam, CTRK turut merangkumi cuti satu (1) hari bagi CTRK , jika hari tersebut bukan cuti umum di negeri berkenaan.
Ini bermakna:
Permohonan CTRK tertakluk kepada beberapa syarat:
Ketua Jabatan juga berhak menolak permohonan jika menjejaskan operasi atau kepentingan awam.
Permohonan CTRK Hari Raya Haji kedua boleh dibuat melalui dua kaedah:
Secara keseluruhannya, CTRK merupakan kemudahan yang sangat membantu penjawat awam dalam mengurus keperluan peribadi tanpa menjejaskan cuti tahunan.
Namun, penggunaannya perlu dibuat secara bijaksana, telus dan berintegriti agar tidak menjejaskan operasi jabatan serta kepentingan awam.
Dengan pemahaman yang jelas tentang CTRK, penjawat awam boleh merancang cuti dengan lebih teratur dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan sepenuhnya. Pastikan setiap permohonan dibuat mengikut prosedur dan dengan justifikasi yang kukuh untuk meningkatkan peluang kelulusan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.