Pelakon Datin Almy Nadia baru sahaja memaklumkan dirinya dan salah seorang anak perempuannya dijangkiti virus Covid-19. Hal tersebut membuatkan dirinya rasa sedih kerana anak-anaknya tidak dapat memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
Menurut Isteri kepada Datuk Fizz Fairuz ini, meskipun sentiasa menjaga SOP namun dia akhirnya turut dijangkiti Covid-19.
Berkongsi di akaun Instagram miliknya, Almy Nadia memohon maaf kepada anak-anaknya kerana hal tersebut membuatkan mereka tidak dapat hadir pada hari pertama sesi persekolahan yang baru.
Menurutnya juga, dari hari Jumaat beliau tidak sihat namun setelah membuat ujian kendiri Covid-19 keputusannya adalah negatif. Bukan sahaja dirinya, malah anak sulungnya yang dikenali sebagai Nana juga turut positif setelah batuk dan selesema.
“Maafkan mama wahai anak-anak mama.. dua tahun mama jaga .. mama jaga sop sangat la ketat.. tapi akhirnya tumbang
“Mama dah start sakit dari hari jumaat lagi tapi buat test saliva 3 kali negatif, pagi ni buat test saliva terus positif.
“Maafkan mama sebab mama anak-anak mama tak dapat join pergi school, malam tadi nana tiba-tiba batuk dan selsema, pagi ni buat test positif jugak.. jadi kul 630am papa dah buat test saliva dekat yeye, yayang, baby Aisyah semua negatif.. syukur alhamdulillah ..
View this post on Instagram
Bagi untuk memastikan keputusan ujian tersebut, Almy turut mendapatkan khidmat daripada kumpulan Megaklinik Zahran untuk membuat RTK dan PCR untuk mereka semua.
Almy juga mengatakan kini tiba pula giliran Fizz Fairuz untuk menjaga dia dan anaknya yang positif setelah suaminya itu juga dijangkiti virus tersebut bulan lepas.
“Just nak double confirm terus call @kai_kaklong untuk urusakan team @kumpulan_megaklinik_zahran datang rumah buat RTK dan PCR untuk kami semua..
“Terima kasih kak long @kai_kaklong abang long @nafidzrazak terima kasih @kumpulan_megaklinik_zahran permudahkan segala urusan kami .. turn my love @fizzfairuzofficial pulak jaga kami yang positif.. maafkan mama sayang..,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan Almy dan keluarga dipermudahkan dan semoga Almy dan anaknya kembali sembuh.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan Nur Afrina Aisyah serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Sumber: Instagram Almy Nadia
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI