Baru-baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma. Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof.

Ibu bapa kepada dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf ini amat prihatin dan mengambil keputusan melawat sendiri keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan Kamareeah Arwae, 36 serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang semasa masih dalam keadaan koma.

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma, Keajaiban Buat Fouziah & Suami Turun Padang

Sementara itu, Zhafran berkata, dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan, selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.

KEAJAIBAN BUATKAN RASA INGIN BERTEMU

“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.

SUAMI HARAP KEAJAIBAN BERLAKU

Dalam pada itu, suami Kamareeah Arwae, 36 ,ibu yang bersalin semasa koma Fairol Haziri Rahim melahirkan harapan untuk melihat isterinya sedar dan menyusukan bayi mereka.

“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” katanya.

Anak kedua mereka yang dilahirkan semasa koma, Farah Hanis ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.

IKLAN

Fairol berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma, Keajaiban Buat Fouziah & Suami Turun Padang

AKAN SEMBUH SUATU HARI NANTI

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.

ANAK BELUM MERASA SUSU IBU

“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.

“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.

IKLAN

“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma, Keajaiban Buat Fouziah & Suami Turun Padang

Pa&Ma sebelum ini melaporkan, Kamareeah yang terlantar akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya Farah Hanis secara pembedahan ketika berada dalam keadaan koma.

Artikel berkaitan:Farah Hanis Bayi Ajaib, 7 Bulan Dikandung Ibu Koma. Belum Rasa Dakapan Mama

Menurut bapa kepada dua anak ini selepas kisah menyayatkan hati tentang keluaga mereka tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.

IKLAN

“Alhamdulillah, kos untuk membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak yang menyumbang barang berkenaan untuk mereka.

“Sumbangan yang diberikan cukup besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan isteri sepanjang masa.

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma, Keajaiban Buat Fouziah & Suami Turun Padang

SUAMI PRIHATIN JAGA SENDIRI ISTERI SAKIT

“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya dari menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihkan wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” katanya.

Dukung Sendiri Bayi Lahir Dari Ibu Koma, Keajaiban Buat Fouziah & Suami Turun Padang

NAK DIJADIKAN ANAK ANGKAT, BAPA TAK MAHU BERPISAH 

Katanya, memandangkan dia perlu menguruskan keperluan isteri, buat sementara waktu, Farah Hanis dijaga oleh sepupunya yang tinggal berjiran dengannya.

“Sebelum ini, saya menerima beberapa panggilan daripada individu yang mahu mengambil Farah Hanis sebagai anak angkat, namun saya tidak bersetuju kerana biar sesukar mana, saya tidak akan berpisah dengan anak,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI