Ramai pasangan berkahwin akan bersetuju, fasa paling mencabar dalam hubungan suami isteri selalunya bermula selepas kelahiran anak pertama. Bukan sebab cinta dah hilang, tapi sebab cabaran baru yang tak pernah dijangka.

Dulu bercinta pegang tangan, sekarang pegang botol susu. Dulu keluar tengok wayang, sekarang berjaga malam tukar lampin. Dan dalam keletihan itu, kadang-kadang rindu mula terasa  bukan rindu pada masa lalu, tapi rindu pada pasangan yang dulu jadi tempat bermanja, bukan sekadar jadi partner jaga anak.

Inilah kisah yang jarang kita dengar  kisah realiti pasangan selepas jadi ibu bapa. Bukan semuanya indah, tapi di sebalik setiap cabaran, terselit satu bentuk cinta yang baru yang lebih jujur, lebih dalam, dan lebih kuat.

“Dugaan lepas lahir anak tu memang lain macam. Rasa macam hari-hari nak gaduh, ketawa pun ada, nangis pun ada.”

 

Kehidupan baru selepas bergelar ibu dan ayah ada cabarannya. Begitulah kisah figura cantik, Datin Atikah Suhaime, selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada tahun 2022.

Kini bergelar isteri dan ibu kepada si comel Lyla Mulan Teh, Atikah perlahan-lahan membina babak baru dalam hidupnya lebih tenang, lebih matang, dan penuh makna.

Ads

Dalam temubual eksklusif menerusi podcast Borak Pa&Ma sempena Hari Ibu, Atikah yang  mendedahkan kehidupan berbeza selepas kelahiran Mulan. Malah mengejutkan suaminya juga berubah bersikap dalam menguruskan anak kesayangan mereka.

SUAMI BERUBAH SIKAP LEPAS DAPAT MULAN, RUPANYA MEMANG TAK SANGKA LEBIH ‘SWEET’!

Dulu Jenis ‘I Bayar, You Buat’, Atikah Suhaime Dedah Sisi Lain Suami Selepas Bergelar Ayah

Ramai pasangan tidak menyangka betapa besarnya perubahan yang datang bersama kelahiran seorang anak.

Ads

Seperti kata Atikah, “Kenapa tak ramai orang cerita pasal hubungan suami isteri lepas ada anak?” Ramai sebenarnya clueless termasuklah saya sendiri.

“Saya rindu sangat dengan suami, tapi dalam masa yang sama tak nak berjauhan dengan anak. Memang rasa berbeza. Dulu kami macam partner in crime, sekarang partner in diaper.”

Fasa selepas kelahiran anak banyak mengajar tentang kesabaran. Dalam waktu yang sama, ia membuka mata melihat sisi berbeza pasangan.

“Saya sendiri tak sangka akan nampak sisi lain suami saya. Dulu dia nampak lain — iyalah, anak orang berada. Semua benda maid buat.”

Ads

Tapi bila baby lahir, dari hari pertama dia tolong tukarkan lampin, saya macam… ‘Eh, you tolong I ke ni?’ Saya tak percaya, sebab dia bukan jenis macam tu. Dia selalu ‘I bayar you, you buat’. Tapi kali ni, dia buat sendiri.”

Tindakan kecil seperti menukar lampin atau mendukung anak yang sedang menangis memberi impak besar kepada isteri.

“Saya nampak dia berbeza. Dan jujurnya, saya makin sayang.”

Kasih sayang selepas bergelar ibu bapa bukan lagi bersifat romantis seperti zaman bercinta, tetapi lebih kepada sokongan dan kerjasama.

“Saya bersyukur, dia tak pernah paksa-paksa saya. Tapi saya ni, hari-hari akan tanya dia… ‘You still love me tak? You masih sayangkan I ke?’ Dan dia akan jawab, ‘Iyer lah, I masih sayang you.'”

Apabila melihat suami yang sanggup bersama-sama menguruskan bayi, perasaan cinta itu hadir semula dalam bentuk yang lebih matang.

Dulu Jenis ‘I Bayar, You Buat’, Atikah Suhaime Dedah Sisi Lain Suami Selepas Bergelar Ayah

“Saya tak sangka dia boleh handle baby dengan tenang dan sabar. Semua dia buat sendiri. Saya ingat dia jenis nak serahkan semua pada orang lain. Tapi tak, dia buat dan saya jatuh cinta sekali lagi  tapi dalam bentuk yang berbeza.”

Hakikatnya, selepas kelahiran anak, hubungan memang berubah. Tidak sama seperti waktu bercinta dahulu. Namun, perubahan itu bukan bermakna cinta semakin pudar.

Kadangkala, dari perubahan itulah kita melihat cinta berkembang dalam versi yang lebih matang, lebih dalam, dan lebih bermakna.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI