Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat kejutan buat kedua-dua anaknya Ayden dan Ara apabila membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Primavalet, kedua anak Bella, Ayden dan Ara dilihat menangis kerana menyangkakan mereka bakal ditinggalkan oleh Bella.
Bella bagaimanapun tampil membuat kejutan dengan memberikan tiket penerbangan dan passport kepada kedua anaknya dan memeluk mesra.
“Kejutan buat Ara dan Ayden, kasih ibu tiada tandingan. Semoga bahagia milik mereka, Amin Ya Rabb,” kongsi primavalet, semalam.
Ads
Menerusi video itu, Ayden dan Ara lantak memeluk Bella erat malah tidak menyangka kejutan yang dibuat oleh ibu mereka sebelum berlepas.
Turut mencuri tumpuan, tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang cuba memujuk Ayden dan Ara sebelum kejutan tersebut diberikan telah mengundang rasa gembira dalam kalangan warganet.
Ads
Dikhabarkan Bella dan Syed Saddiq turut membawa seluruh keluarga mereka untuk terbang bersama ke Perancis bagi menyokong Ahli Parlimen Muar itu.
Meninjau ke ruangan komen warganet terharu melihat pengorbanan Bella yang tidak sanggup berjauhan bersama anak-anak dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.
Untuk rekod, seramai 19 atlet Malaysia bakal berentap di pentas terbesar triatlon dunia apabila layak ke Kejohanan Dunia Ironman di Nice, Perancis, Kona, Hawaii (wanita) serta IRONMAN 70.3 di Marbella, Sepanyol.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
GBS atau Bell’s Palsy menjadi persoalan utama ramai ibu bapa selepas dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai anak sulung pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad, yang kini berusia 13 tahun.
Muhammad dilaporkan mengalami masalah saraf pada wajah yang dikaitkan sama ada dengan gangguan Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy. Perkongsian Diana di laman Instagram Story (IGs) miliknya mencetuskan kebimbangan sekali gus membuka mata ramai ibu bapa tentang risiko penyakit saraf yang boleh menyerang kanak-kanak tanpa amaran.
Ramai beranggapan penyakit berkaitan saraf hanya menyerang golongan dewasa atau warga emas. Hakikatnya, dari fasa bayi sehingga usia remaja, kanak-kanak juga terdedah kepada gangguan ini. Justeru, ibu bapa perlu memahami perbezaan antara GBS atau Bell’s Palsy bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil.
Bell’s Palsy ialah keadaan di mana berlaku kelemahan atau kelumpuhan secara tiba-tiba pada otot di satu sisi muka. Ia berlaku apabila saraf kranial ketujuh, iaitu saraf muka, mengalami keradangan atau pembengkakan.
Antara tanda yang sering diperhatikan ialah wajah kelihatan senget sebelah, mulut jatuh, mata sukar ditutup rapat dan air liur meleleh tanpa disedari.
Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan jangkitan virus seperti selesema atau jangkitan telinga yang menyebabkan saraf terhimpit dalam saluran tulang tengkorak. Walaupun kelihatan menakutkan seperti strok, Bell’s Palsy kebiasaannya tidak berbahaya dan majoriti kanak-kanak pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan.
Berbeza dengan Bell’s Palsy yang hanya melibatkan wajah, Guillain-Barre Syndrome merupakan gangguan sistem imun yang jauh lebih serius. Dalam kes GBS, sistem pertahanan badan tersalah menyerang sistem saraf periferal, iaitu saraf di luar otak dan saraf tunjang.
Kanak-kanak mungkin mengadu rasa kebas atau sensasi “semut-semut” di hujung jari kaki atau tangan. Kelemahan ini lazimnya bermula di bahagian bawah badan dan menular ke atas, dikenali sebagai ascending paralysis.
Dalam sesetengah kes GBS atau Bell’s Palsy, GBS turut melibatkan saraf kranial, menyebabkan otot muka menjadi lemah dan menyerupai simptom Bell’s Palsy. Namun perbezaannya, GBS hampir selalu melibatkan kelemahan anggota badan lain.
Jika tidak dirawat segera, GBS boleh menyebabkan kelumpuhan otot pernafasan sehingga memerlukan bantuan mesin pernafasan di hospital, menjadikannya satu kecemasan perubatan.
Sistem imun kanak-kanak masih berkembang. Selepas sembuh daripada demam biasa, jangkitan perut seperti cirit-birit atau jangkitan virus pernafasan, sistem imun boleh menjadi keliru. Bukannya menyerang saki-baki kuman, ia sebaliknya menyerang lapisan pelindung saraf yang dikenali sebagai myelin.
Bagi bayi, simptom mungkin lebih sukar dikesan. Ibu bapa perlu peka sekiranya bayi tiba-tiba menjadi kurang aktif, tangisan semakin lemah atau mengalami kesukaran menyusu secara mendadak.
Kanak-kanak yang menunjukkan tanda berkaitan GBS atau Bell’s Palsy perlu segera dibawa berjumpa pakar neurologi kanak-kanak. Ujian seperti MRI, ujian konduksi saraf (NCS) atau pengambilan air tulang belakang (lumbar puncture) mungkin dilakukan.
Steroid lazim digunakan untuk Bell’s Palsy bagi mengurangkan pembengkakan saraf. Sebaliknya, GBS memerlukan rawatan hospital seperti Intravenous Immunoglobulin (IVIG) atau pemantauan rapi.
Fisioterapi merupakan kunci utama pemulihan. Senaman muka membantu pesakit Bell’s Palsy, manakala latihan kekuatan otot amat penting bagi pesakit GBS untuk membantu saraf mempelajari semula fungsinya.
Kes yang menimpa anak Diana Danielle dan Farid Kamil menjadi peringatan jelas bahawa kesihatan saraf anak-anak tidak boleh dipandang remeh. Jangan sesekali menganggap anak sengaja membuat muka pelik atau malas berjalan.
Jika terdapat perubahan pada raut wajah, kekuatan otot atau cara anak melangkah, bertindaklah segera. Pengesanan awal adalah penentu utama kepada kesembuhan menyeluruh dan mengurangkan risiko komplikasi serius.
MetMalaysia baru sahaja mengeluarkan Amaran Ribut Petir, melibatkan beberapa negeri dan kawasan utama. Jadi kalau tengah travel, nak keluar beli barang, atau anak-anak masih bermain di luar rumah tolong berhati-hati ya.
📍 Selangor
Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang
📍 WP Putrajaya
📍 Negeri Sembilan
Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau
📍 Melaka
📍 Johor
Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru
Kasih sayang ibu ayah selalunya jadi pendorong utama dalam setiap keputusan besar hidup mereka. Demi nak pastikan anak-anak membesar dengan baik, sihat dan penuh perhatian, ada ibu bapa sanggup korbankan banyak perkara termasuk kerjaya yang pernah jadi kebanggaan.
Dari perkongsian di Facebook Hafizi Norizan, beliau menceritakan bagaimana isterinya yang pernah bergelar Assistant Branch Manager di sebuah foreign bank akhirnya memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Semuanya demi memberi tumpuan kepada anak-anak, dengan sokongan penuh dan perancangan rapi daripada suami.
Ikuti perkongsian beliau
Macam Mana Aku Bersarakan Isteri Aku
Isteri aku 1st class Degree student & last jawatan dia adalah Assistant Branch manager di satu foreign Bank sebelum jadi full time house wife.
Macam mana aku berjaya convince dia resign?
Orang perempuan ni apa yang dia nak cuma security.
Kalau kau si lelaki jenis makan bayar asing tok sah baca status ni sampai habis! Pi sambung sembang “beras kami beli, beras kami beli”
Kau suruh dia resign, income putus nak kena bayar PTPTN, duit poket parents, makeup & segala keperluan personal duit datang dari celah mana?
Kau rasa Mak Bapak dia hantar belajar berhabisan duit, target untuk anak dara dia jadi typical house wife & tiap masa nak kena menagih duit suami ke?
Tak mudah nak jadikan realiti. Tapi aku dah berjaya, aku ajar cara nya
1. Kau sebagai lelaki kerja macam ada pisau kat tengkuk. Lupakan tidur nyenyak 8 jam kau tu untuk naikkan ekonomi personal. Ini masa kau perlu pilih circle yang betul.
Kalau kerja makan gaji tolong buat 2,3,4 kerja tambahan. Sama ada partime kerja atau side income jual apa-apa product. Meniaga all out InsyaAllah income berganda. Selagi kau tak rasa 24 jam tu terlampau sekejap maknanya kau belum cukup usaha.
2. Income extra yang dapat dari extra effort tu allocate jadikan gaji untuk isteri. Aku bermula gajikan isteri separuh dari gaji last masa dia berkerja.
Duit tu khas untuk dia sara keluarga dia kat kampung, beli keperluan personal dia & simpanan dia sahaja. Lain-lain tanggungjawab suami.
Gaji untuk isteri kena konsisten macam majikan bayar contoh setiap 25 haribulan suami wajib bank in RM 3000 sebulan tanpa culas. Tanpa banyak cekadak
Aku beruntung lepas nego & discuss proposal aku diterima.
3. Perempuan paling lemah dgn baby sendiri. Bila touch bab keselamatan, kesihatan & pendidikan anak confirm dia sanggup lupakan yang lain.
Tapi tolong jangan ambik kesempatan sampai kau herdik dia bila nak mintak duit beli barang rumah atau personal item. Kau yang loser dah tak mampu, paksa isteri jadi housewife.
4. Niat & tindakan yang betul buka pintu rezeki seluasnya. Janji Allah tu benar, rezeki macam air mengalir.
Aku firm & commit menggajikan isteri bertahun tanpa culas. Tiap tahun ada ‘increment’ & hari ini dia receive lebih dari apa yang dia dapat dulu.
Kau ingat suri rumah tu kerja senang?
5. House wife biasanya sensitif bab kerjaya so bila ada yang ‘menganjing’ jawatan suri rumah si suami wajib defend & attack walaupon keluarga sendiri.
Berapa ramai aku dah attack? Kalau korang baca status ni harap faham.
Aireen 9 tahun, maknanya 9 tahun aku berjaya gajikan real housewife.
Tahun ni dia boring sebab Aireen Adam dah primary school almost half day tak ada rumah.
Makanya tahun ni aku bagi dia galas tanggungjawab baru. PR Manager untuk aku dan tugasnya menghidu, menyusun lobang & peluang yang ada untuk aku masuk terus kasi jadi
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.