Melihat setiap perkembangan sukses anak pastinya terasa cukup bahagia. Gembira rasanya bila anak mula merangkak, berjalan dan kini sudah mula pandai menyusun butir-butir perkataan untuk bercakap. Pun begitu, jika anak terlambat dari anak orang lain, usahlah dibandingkan kerana lain anak lain perkembangannya.
Bagi Tasha Manshahar pula, melihat setiap perkembangan anak sulungnya, Muammar adalah detik terindah baginya.
Sering berkongsi kisah si kecilnya, Tasha tidak terkecuali berkongsi kisah perkembangan terkini Muaammar melalui instagram miliknya. Kata Tasha lagi, Muaammar melalui fasa yang cukup aktif sekarang.
“Sindrom mak-mak rindu anak dekat tempat kerja dah bermula. Ching!
“Muammar aktif sangat sekarang. Kadang aktif dia tu tahap boleh gugur jantung mommy dedi sebab dia punya berani tu lain macam,” kata Tasha berkongsi.
Melalui entri yang sama, guru cantik ini juga turut berkongsi beberapa keping gambar Muammar yang kini semakin membesar dan aktif.
Ads
Kata Tasha lagi, biarpun dulu Muammar agak lambat meniarap di waktu kecil, kini perkembangan anaknya itu semakin bertambah pesat malah cukup aktif memanjat di segenap ruang rumah. Cukup aktif dan lasak.
“Dia meniarap dulu agak lewat dan sekejap je fasa meniarap tu maybe sebab masa baby dia berbentuk bulat (lol 😂) jadi doktor kata agak tak selesa untuk dia meniarap lama.
“Dia start merangkak masa dia 9 month macam tu, tumbuh gigi pertama masa nak masuk 10 month and masa 1 year lebih sikit baru berjalan. Sekarang #1y4m dah berlari dah.
Ads
“Panjat kabinet, panjat sofa, naik turun tangga jangan cakap lah. Expert. Dah boleh faham apa kita cakap, dah pandai tunjuk apa dia nak, dah boleh harap sikit-sikit kalau nak minta tolong simpan/ambil barang, menyepah pun pandai,” katanya berkongsi.
Jangan desak anak, biar anak lalui fasanya
Dalam pada itu, kata Tasha lagi, dia tidak pernah memaksa atau mendesak terhadap perkembangan anak kecilnya itu. Baginya tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Apa yang lebih penting adalah Muammar merasai sendiri setiap fasa perkembangannya dengan baik. Itu sudah memadai baginya.
“Oh ye dah pandai merajuk. Cuma sekarang bercakap tu belum berbutir.
“Mommy okay je sebab nothing to rush pun. Yang penting Muammar experience every phase. Good things take time. Tak lama lagi kalau dah bercakap betul ni, mesti kuat mengadu ni. Manja ya Allah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga penyanyi dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid pada September 2018. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Muammar Rafiqi, 1 tahun 4 bulan.
Tentu ramai yang belum ada First Aid Kit dirumah kan? Setiap rumah perlu ada First Aid Kit terutama yang ada anak kecil yang sedang membesar dan aktif.
PENTING KE FIRST AID KIT ADA KAT RUMAH?
Dulu akak pernah ada pengalaman ngeri, anak lari dari tangga terhantuk dahi. Terus darah tak berhenti. So, akak pun mula lah nervous tak tau nak buat apa. Terketar-ketar tangan ni hah.
Dari pengalaman barulah akak sedar. Wajibnya disetiap rumah perlu ada kotak first aid kit. Pada akak, ubat paling penting yang perlu ada dalam kotak tersebut ialah ubat antiseptik dan cotton wool, minyak gamat, dan juga plaster. Tapi, kotak first aid ini adalah untuk keperluan luaran sahaja. Jadi kalau nak ubat dalaman pulak, sebaiknya minta nasihat dari pada doctor dulu.
Kalau kita sedar yang kita ada anak kecil kat rumah, medical kit ni adalah salah satu yang perlu kita titik beratkan.
Jangan ulang kesilapan akak.
Sekurang-kurangnya kita dah ada kelengkapan emergency ini untuk mengurangkan rasa sakit atau membalut luka sebagai bantuan awal kecederaan. Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak sedar akan kepentingan kelengkapan ini di rumah. Tapi bila jari dah kena pisau atau anak jatuh depan laman rumah, masa tu lah kita kelam-kabut cari bandage, pembalut luka, minyak dan sebagainya.
Jadi, kalau berlakunya pendarahan kat rumah:
1. Sediakan Sapu tangan yang bersih. Atau Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap
2. Ambik kain bersih tadi dan terus tekan langsung di tempat luka untuk hentikan pendarahan
3. Masa tengah tekan kain kat tempat luka tadi. Sebolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan anak kembarnya kepada 8 aktiviti ini semasa mereka berusia 2 minggu sehingga 4 bulan. Bagus untuk merangsang bayi dari awal kerana ia membantu bayi untuk meningkatkan tumpuan bayi, sifat ingin tahu dan kekuatan fizikal.
Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia juga merupakan pakar bedah ortopedik. Jadi sudah dia tahu tentu perkara yang dilakukan kepada bayi-bayinya tidak akan memudaratkan mereka. Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan;
Flashcards (kad imbasan) dengan kembar Adam di sebelah kanan saya dan Noah di sebelah kiri saya. Saya menikmati bonding time saya dengan bayi-bayi sayadengan menunjukkan flashcards kepada mereka.
Teknik flashcards untuk bayi baru lahir Seperti yang anda dapat lihat Adam & Noah sangat waspada melihat gambar-gambar. Cuba lakukan dengan persekitaran yang tenang dan cahaya terang.
Pada usia 2 bulan, bayi akan cuba bercakap dengan anda tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Jadi mereka menangis yang satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan anda.
Merangkak semasa 3 bulan Saya telah memulakan latihan kembar untuk merangkak ke hadapan. Seperti yang anda lihat Noah sedang menggunakan jari kaki untuk menolak dan kakinya mula bergerak dalam corak bersilang.
Kembar pada 4 bulan Adam & Noah kini berada di usia di mana mereka hanya ingin bergerak bukan hanya berbaring seperti kura-kura terbalik. Mata mereka terus belajar di sekitar mereka, lebih peka, kaki mereka menendang secara beransur-ansur, merespon dengan senyuman ketika nama mereka dipanggil termasuk mengenali wajah dan ingin merebut sesuatu, merangkak hingga jarak satu kaki dan menterbalikkan bawan yang merupakan tanda-tanda perkembangan yang baik. Alhamdulillah.
Ibu bapa boleh menggandakan usaha kepada mereka. Sekarang kita mula memberi tumpuan kepada; 1. Fashcards perkataan 2. Pergerakan mengimbang badan 3. Duduk tidak disokong 4. Aktiviti menguatkan cengkaman 5. Lebih banyak masa merangkak
Siapa tak pernah tengok gelagat Fatimah dan Ali, kanak-kanak yang popular di Instagram? Dua beradik yang petah bercakap dan bijak ini kini menetap bersama keluarganya di Birmingham, United Kingdom (UK). Gelagat dua beradik ini bersama seorang abangnya Omar menerusi akaun Instagram yang dikendalikan ibu bapa mereka, @thefamily.uk menjadi hiburan yang menceriakan para pengikutnya.
Siapa yang menjadi pengikut setia instagram keluarga ini pasti tertunggu-tunggu video terbaru gelagat Fatimah dan Ali yang lucu dan menceriakan. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ibu bapa kanak-kanak ini mendidik anak sehingga petah bercakap, bijak dan confident.
Ia turut diakui oleh ibunya Nor Ashila Mahamed Ismail yang lebih dikenali sebagai Mrs Mom dalam akaun instagram ini. Katanya memang ramai ibu bapa di luar sana yang meminta mereka berkongsi tip bagaimana melatih anak-anak untuk petah bercakap di awal usia.
Ali mula bercakap pada usia 9 bulan, sama seperti Fatimah. Tetapi, dia mula meniru beberapa perkataan kami tuturkan semasa usianya baru 6 bulan. Teka apa perkataan pertama Ali? ‘MAH’ (Fatimah)!
Dia adalah anak yang terawal daripada 3 orang anak kami yang pandai bercakap. Tak seperti Fatimah, caranya lebih kepada apa yang kami gelarkan ‘The Master Immitator’. Dia tiru hampir semuanya daripada Idola No. 1 nya, Fatimah! Bagaimanapun dia hanya tahu secara random. Dia akan mengingat banyak perkara yang diperhatikan yang dia rasa catchy dalam bank memorinya, kemudian tunggu pada saat yang betul & mula melontarkan pelurunya, yang mana selalunya akan buat orang ketawa! Ini antara perbezaan besar di antara Ali & Fatimah, kerana Fatimah hanya akan bercakap apa yang difikirkan! Sangat mustahil untuk menyuruhnya ikut cakap kita. Itulah sebabnya kami gelarkan dia ‘BORN TO TALK’!
Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa di luar sana untuk berkongsi tip kami tentang bagaimana kami melatih anak-anak untuk bercakap di awal usia. Berikut adalah pengalaman kami…
Peraturan No. 1 – ELAKKAN BABY TALK. Kami selalu bercakap dengan anak-anak mengikut cara orang dewasa, walaupun bayi bercakap nada cute dan memikat. Kami mula bercakap dengan mereka sepanjang peringkat kehamilan lagi. Bila anak lahir, mereka kenal suara kami serta merta kerana kami sudah berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Kami juga menggunakan intonasi berbeza untuk menarik perhatian mereka.
Peraturan No. 2 – BERTENANG & TERUSKAN BERCAKAP. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengambil masa berbanding kanak-kanak lain untuk mula bercakap. Jangan putus asa! Bertenang dan teruskan bercakap dengan anak anda setiap hari – cakap, cakap, cakap & jangan berhenti bercakap! Jangan paksa anak untuk bercakap. Ini akan hanya membuatkan mereka terus menolak untuk bercakap. Sesetengah ‘superstars’ lebih gemar mengambil masa sendiri untuk mengeluarkan suara!
Peraturan No. 3 – DENGAR. Bila anak anda mula bercakap, berikan perhatian. Libatkan diri dengan mereka – elakan komunikasi 1 hala. Biarkan mereka tahu yang anda sangat berminat dengan apa sahaja yang mereka cakapkan.
“Setiap anak mempunyai cara pembelajaran dan kadar yang berbeza. Setiap anak adalah istimewa…mereka hanya akan menyerlahkan keistimewaan mereka pada masa yang berbeza!”
Fatimah Cipta Trending Lagi Dengan Perkataan ‘gapoever’
Terbaru, satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram itu memaparkan keletah Ali yang melakukan role play sebagai doktor, cuba merawat masalah alergi yang dihadapi kakaknya, Fatimah.
Apa yang mengelikan hati ramai pengikutnya bukan sahaja aksi comel kedua-duanya tetapi juga penggunakaan perkataan ‘gapoever’ yang digunakan Fatimah.
‘Gapoever’ merupakan gabungan dua perkataan, ‘gapo’ yang bermaksud apa dalam dialek Kelantan, serta perkataan bahasa Inggeris ever, dan gabungan ini merujuk kepada ekspresi whatever dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘apa sajalah’.
Perkataan itu tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman sosial, dan ramai yang tidak dapat menahan rasa lucu tetapi dalam masa yang sama kagum dengan kebijaksanaan dan kreativiti Fatimah.