Adakah anda biasa mendengar kata-kata ini? Bagi anda yang lelaki, anda biasa mendengarnya terutama semasa kecil. Sebenarnya ini adalah satu pembohongan.
Good boys or big boys do cry!
Bila anak anda menangis, baik lelaki ataupun perempuan bukanlah bermaksud dia anak yang tidak baik. Mengapa kita hendak kaitkan baik dengan tidak menangis dan jahat dengan menangis?
Anak itu sedang berkomunikasi
Tangisan hanyalah cara anak mencanangkan ketidakpuasan hatinya. Anak itu sedang berkomunikasi dengan kita, ibu bapanya. ANAK ITU SEDANG BERKOMUNIKASI! Jika dimarah semasa dia sedang berkomunikasi, lama-lama dia akan berhenti berkomunikasi dengan anda. Adakah itu yang anda mahukan, sayang? Tentu tidakkan. Bila tiada komunikasi, maka tiadalah pertalian!
Itu lagi satu perkara yang sangat kita khuatiri juga, bukan? Apa bakal terjadi jika kita dan anak-anak kita tiada pertalian kukuh? Bila anak mengangis begitu kuat atau meraung, kita boleh minta dia kurangkan kadar suaranya. Kita boleh minta dia berhenti menangis. Namun janganlah kaitkan dengan samada dia baik atau jahat.
Kerana ini amat mengelirukan anak itu. Bagaimana jika terjadi suatu hari nanti, dia terlihat anda menangis, adakah itu bermaksud anda tidak baik? Pertama mengapa Ibu tidak menggalakkan anda mengatakan kata-kata begini kerana ianya sesuatu yang amat mengelirukan anak-anak kita.
Bila anda sering mengatakan kata-kata begini, cuba bayangkan suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seorang yang kita kagumi contohnya Nabi Muhammad s.a.w. Cerita semasa baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk baginda dan baginda menangis.
Ini diantara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. Kita kata Nabi s.a.w itu seorang yang baik. Tapi mengapa baginda menangis? Begitulah yang akan anak itu fikir. Jadi ini boleh menjadikan salah sangka.
Ads
-Kata-kata seperti Berulang Akan Menjadi Satu Kepercayaan
-Kata-kata seperti Good Boy Don’t Cry bila disebut berkali-kali akan menjadi satu kepercayaan di dalam diri anak-anak kita. Kesannya ia masuk ke belief system anak itu.
Bila ini terjadi akan ada dua kemungkinan;
Satu, kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy…itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Kedua, sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan.
Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu zahirkan. Suka, gembira dan kasih dan sayang pun payah untuk dia rasa dan zahirkan.
Ads
Tiga Cara Tangani Anak Menangis
Oleh itu jika tidak mahu anak menangis melalak contohnya boleh buat begini:-
1. Tanya dengan ikhlas kepada apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri ‘menu list’ sebab.
Contoh;
“Sayang, apa yang menyebabkan sayang menangis?” Atau .
“Sayang sedih? Sayang marah? Sayang have bad dream?”
2. Bila sudah tahu, barulah ‘offer’ bantuan.
3. “Kalau mama peluk okay tak? atau nak mama duduk dekat abang jer?”
Ads
Ibu dan anak bongsu Ibu, Fia
Kisah Anak Bongsu Ibu
Semasa anak Ibu yang bongsu tu masih kecil, bila dia letih, demam atau sedih dia akan menangis. Dan bila Ibu tanya memang dia tidak boleh memberitahu. Jadi Ibu akan katakan kepadanya…“Fia boleh merengek pada mummy, merengeklah, mummy peluk Fia. Fia tak perlu menangis kuat sebab, I am here and I love you”.
Sekarang ni dia sudah 20 tahun. Dia bercerita kembali kepada Ibu bahawa ia sangat membantu dia mengendalikan perasaannya pada masa itu, bila Ibu izinkan dia mengeluarkan frustration dengan cara merengek. Sebenar tidaklah susah sangat kita hendak menenangkan anak-anak kita.
Yang penting kita jangan suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang akan menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cengen.
Ingat ya, kata-kata kita boleh menjadi doa yang tidak kita sengaja. Seperti yang Ibu katakan bahawa kesabaran memerlukan skil mengendalikan ‘state’ kita. Dan untuk kita boleh mengendalikan ‘State’ kita, kita perlu skil dan ilmu.
Salam Sayang,
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pemergian Mohd Syahid Jun tahun lalu, kehadiran Affan penyeri buat Bazli UNIC dan isteri.Bagaimanapun, perkongsian Bazli mengenai kecederaan di dahi Affan dalam instagramnya membuatkan ramai peminatnya terkejut.
Menurut Bazli ketika sedang menghadiri mesyuarat, dapat panggilan daripada isteri menyatakan Affan jatuh semasa berlari dan terhantuk di bucu dinding.
Masa tu rasa berderau dan hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan pada waktu tersebut dan terus ke Hospital Ampang.
Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada apa-apa kecederaan serius pada dahi Affan. Lega Affan dah boleh senyum selepas mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, ramai juga yang bimbangkan mengenai keselamatan Affan dan menasihatkan Bazli supaya lebih berhati-hati selepas ini. Biasalah anak tengah membesar lasaknya lain macam.
Semoga Bazli dan isteri tabah dengan ujian ini. Perkongsian Bazli ini diharap menjadi peringatan buat semua ibu bapa lain untuk memantau pergerakan anak-anak.
Anak saya umur 4 tahun. Memang mudah terpengaruh dengan sikap sepupunya. Bagaimana cara untuk atasi sikap-sikap negatif yang dia tiru daripada orang lain? Saya pula tak suka ajar anak dengan cara menjerit dan memukul.
Pernah tak anda alami atau saksikan kejadian seperti ini berlaku pada kanak-kanak ataupun anak anda? Ini saranan daripada Ibu Rose.
Saranan Ibu:
Terangkan Kesalahan
Pertama betulkan dan terangkan mengapa salah sehingga anak itu faham. Apabila dia sudah 3 tahun,ini bermakna otak berfikirnya sudah mula berkembang. Puan nyatakan hukuman sekiranya dia terus melakukan. Pastikan ia adalah hukuman yang membina dan bukan meruntuhkan self-esteem anak itu.
Hukuman
Jika dia terus melakukan, maka lakukanlah hukuman itu bila sudah 3 kali mengulanginya. Jangan kasihan atau cuba melengahkan. Lakukannya terus!!!!
Anak perlu tahu, setiap perbuatannya itu, dia lakukan atas pilihannya. Maka dia juga perlu tahu setiap pilihan ada natijahnya.
Dan setelah menghukumnya, beri dia RUANG UNTUK MEMPROSES perasaannya.
Mungkin dia akan marah pada anda atau jika anda lakukan dengan betul, dengan menggunakan ‘sandwich’ method yang Ibu pernah share, maka kemungkinan besar dia akan merasakan kasih-sayang anda yang sangat besar kepadanya.
Jika dia marah, maka BIARKAN dulu dia memproses perasaannya. Selepas beberapa minit, anda datang dan cerita balik mengapa dia perlu dihukum.
Yang penting, bila menghukum, nyatakan yang salah ialah PERBUATANNYA. Dia insan yang baik dan anda sayang kepadanya.
Menghukumnya itu bukan bermakna anda tidak sayang. Sebagai ibu dan bapa, anda perlu mendidik dan memimpinnya dia baik, itu adalah tanggung-jawab anda dan anda menunaikannya kerana anda sayang kepadanya dan anda sayang kepada Yang Maha Pencipta.
Mencium anak-anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar. Anak-anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi.
Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose dia menegaskan jangan segan untuk mencium anak walaupun mereka sudah besar. Sekiranya mereka sering dicium semasa kecil, anda akan mendapati bila mereka sudah remaja, perkara itu jadi kebiasaan bagi mereka.
Namun, dengan anak remaja dan anak-anak yang telah berusia 8 tahun ke atas, jika hendak menciumnya dikhalayak ramai, bertanyalah dulu.
Bukan apa, hanya sekadar menghormati dirinya. Kerana ada sesetengah kawan-kawan yang jarang dicium oleh ibu bapa mereka akan mengolok-olokan dan mengejek-ejek anak anda dan mengelarnya manja atau yang sepertinya. Kekadang ini akan membuat anak anda stres.
Namun, berdasarkan pengalaman Ibu, jika kita sudah sangat rapat dengan anak-anak dan kita asuh sikap yakin diri tinggi ke dalam dirinya, semua ejekan kawan tidak mencederakannya. Malah, selamba sahaja dia akan mencium anda dan dengan bangga mengatakan; ” Ini mak/bapa saya. Saya sayang dia!” . Dan kawan-kawan yang hendak mengejek pun terkedu.
Kuasa ciuman sangat kuat, dia menjadikan anak mudah mendengar kata. Bukan kerana mereka takut anda, tapi kerana mereka sangat sayang dan hormat kepada anda. Mereka berasa terhutang budi.
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia, belajarlah ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.