Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, Caprice yang berkongsi perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun lima bulan.
Bukan tidak mahu berkongsi, akui Caprice lagi dia tampil berkongsi selepas mendapat persetujuan dari isteri tercintanya, Farra Inalis.
“Alhamdulillah buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu, yes or no?
““Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,” katanya berkongsi.
Ads
Sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat, Caprice bagaimanapun meluahkan rasa lega dan begitu teruja untuk menimang cahaya mata pertama bersama isteri.
“Selepas saya kahwin, ramai yang tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak.
“Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu ada macam-macam masalah berlaku.
Ads
“Tekanan daripada perniagaan dan media sosial, jadi saya fikir bukan masanya untuk menimang cahaya mata di ketika itu.
“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Farra Inalis pada November tahun lalu. Farra turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea melalui perkahwinan terdahulunya.
Kerja-kerja rumah bukan semuanya sesuai dilakukan oleh ibu mengandung. Memanglah wanita dan urusan rumah tangga tidak dapat dipisahkan namun ketika mengandung, eloklah kalau kerja-kerja itu dilakukan oleh suami atau ahli keluarga yang lain.
Sebenarnya tubuh wanita semasa mengandung menjadi lebih sensitif dan memerlukan penjagaan daripada seberang tekanan mahupun kecederaan. Sehubungan itu, ada beberapa jenis kerja rumah yang sepatutnya dihindari ketika hamil, terutamanya bagi anda yang pernah mengalami keguguran, mempunyai tanda-tanda kelahiran pramatang, plasenta praevia, tekanan darah tinggi dan lain-lain.
Walaupun begitu, kerja-kerja rumah yang biasa dilakukan seperti mengemas, mengelap, menyapu atau vakum adalah selamat dilakukan. Kerja rumah jenis ini juga boleh dianggap sebagai senaman ringan yang bagus untuk tahap kecergasan diri.
Berikut adalah senarai kerja rumah yang patut anda elakkan.
1. Cuci tandas
Memcuci tandas boleh mendatangkan bahaya apabila bahan pencuci yang anda gunakan terlalu banyak bahan yang boleh membuatkan permukaan lantai tandas menjadi licin. Dibimbangi anda tergelincir ketika membersihkannya.
Selain daripada itu, bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang kuat baunya dan ‘tajam’ pun kurang selamat untuk digunakan oleh ibu hamil semasa menmbersihkan tandas.
Namun begitu, jika terpaksa mencuci tandas, lakukan ala kadar sahaja. Sekadar memastikan ia kelihatan bersih. Pastikan juga anda menggunakan bahan pencuci yang diperbuat daripada bahan selamat seperti cuka, perahan lemon dan baking soda mahupun produk pencuci organik.
2. Angkat barang berat
Memasuki trimester ketiga, ada segelintir ibu hamil akan mengalami nesting instinct. Perubahan hormon menyebabkan anda mudah rimas dan asyik mahu mengemas.
Walaupun keterujaan anda untuk mengemas rumah membuak-buak, beringat selalu ketika melakukannya. Elakkan mengangkat atau mengalihkan benda berat kerana ia boleh menyebabkan risiko kecederaan.
Malah ketika mengangkat barang yang sederhana berat seperti bakul baju pun anda perlu mempraktikkan postur tubuh yang betul.
3. Gantung langsir
Perut ibu hamil yang semakin membesar mengalami perubahan graviti tubuh. Oleh sebab itu, keseimbangan tubuh lebih sukar dikawal dan risiko untuk terjatuh atau tergelincir adalah sangat tinggi.
Oleh itu, kerja-kerja yang memerlukan aktiviti memanjat tangga, meja atau kerusi, seelok-eloknya dilakukan oleh orang lain dan bukannya anda.
4. Cuci najis kucing
Memelihara kucing boleh mendedahkan individu kepada toksoplasmosis, sejenis parasit yang dipindahkan melalui najis kucing. Sekiranya menjangkiti ibu hamil, parasit ini boleh mendedahkan kandungan kepada masalah kesihatan yang serius. Dalam masa yang sama ia turut menjejaskan tahap kesihatan anda sendiri.
Ada baiknya, jika anda tidak melalukan rutin mencuci dan membuang najis kucing jika membelanya. Biarkan ahli keluarga lain yang melakukannya. Nasihatkan juga ahli keluarga yang mencuci dan membuang najis kucing untuk memakai sarung tangan dan mencuci tangan sebersih-bersihnya menggunakan sabun antiseptik.
5. Mengecat
Kebanyakan jenis bahan kimia seperti varnish, cat dan pelarut mengandungi komponen berasaskan petroleum. Ia dikhuatiri boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada ibu hamil apabila menghidunya.
Kajian mendapati semua bahan ini termasuklah racun pembasmi serangga perosak (piperonyl butoxide) mampu mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, jauhi segala jenis aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada bahan kimia sebagai langkah yang paling selamat.
Pelakon dan usahawan, Syatila Melvin berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran pada usia kandungannya yang baru mencecah usia lapan minggu.
Isteri kepada pelakon Syaheizy Sam itu mengakui mulanya agak teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka namun akur dengan ketentuan Ilahi.
” Saya sebenarnya baru tahu pregnant..tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. “Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam doktor sahkan kandungan saya tidak berkembang dengan baik,” kongsinya menerusi satu portal hiburan.
Malah katanya lagi, dia sepatutnya menjalani pemeriksaan untuk melihat degupan jantung namun terpaksa menerima keputusan dari doktor selepas melihat perkembangan janinnya yang kurang memberangsangkan.
” Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk periksa degupan jantung tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya lagi.
Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak ini juga mengakui agak sedih dengan perkhabaran itu namun menerimanya dengan reda kerana menganggapnya bukan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga.
Namun katanya lagi, anak sulungnya, Syeriv juga begitu teruja dan selalu mencium perutnya.
” Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga, tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Bila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap tapi dia reda dan terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya,” kongsinya lagi.
Bukan pengalaman pertama tetapi kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini, ia merupakan keguguran kali ketiganya.
” Kali pertama sebelum Syeriv dan kali kedua adalah sebelum Sarima. Buat masa sekarang ini, saya harap janin akan gugur dengan sendirinya. Kalau tidak, terpaksalah saya lalui proses cuci rahim, ” ulasnya berkongsi.
Semoga segala proses dipermudahkan dan semoga Syatila lekas segera sembuh dan kembali bergerak aktif seperti sebelumnya.
Terdahulu, Sam dan Syatila mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy,4 tahun dan Sarima Samheizy yang kini berusia 3 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @samtilla & Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera dua wanita, termasuk seorang dipercayai ibu kandungnya.
Kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas jiran di kawasan perumahannya, dipercayai sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘tomboy’ berusia 30 tahun.
Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial. Rakaman video berkenaan turut memaparkan kecederaan agak teruk pada belakang badan kanak-kanak terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam kelmarin.
“Ibu kandung dan teman perempuannya ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.