Ads

Eidrees Nyawa Mommy. Dua Jam Sekali Bangun & Kena Sembur Najis Anzalna Tak Kisah

Pelakon Anzalna Nasir mengakui hanya wanita yang bergelar ibu akan memahami betapa indahnya pengalaman menjadi ibu dan melihat bayi yang dikandung selama 9 bulan berada depan mata.

Anzalna berkata, tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, akhirnya penantian itu dimakbulkan apabila Mohamad Eidrees kini melengkapkan kehidupannya dan seluruh ahli keluarga.

“Tiga tahun menanti @mohamadeidrees Indahnya perasaan menjadi seorang ibu walaupun tak cukup tidur menyusukan anak setiap 2 jam, kena sembur tahi, kena shee shee kat muka tapi syok oh! Hahhahahahahaha You make my life complete,” tulisnya.

Ads

Anzalna berkongsi perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.

Eidrees Nyawa Mommy. Dua Jam Sekali Bangun & Kena Sembur Najis Anzalna Tak KisahMenerusi perkongsian itu, Anzalna memuat naik fotonya bersama putera sulungnya itu dan ternyata nampak kebahagiaan diwajahnya.

Dalam posting lain, Anzalna juga ada berkongsi hasrat suaminya, Hanif Zaki yang dah rancang mahu tambah anak kedua.

Ads

Eidrees Nyawa Mommy. Dua Jam Sekali Bangun & Kena Sembur Najis Anzalna Tak Kisah

Seronok @hanif_zaki kalau baca ni sebab dia dah rancang number 2! Dia suka eh tak tidur malam. Hahahahhahahah ?

Ads

Rata-rata pengikutnya gembira melihat kebahagiaan Anzalna. Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya juga yang turut berkongsi pengalaman menanti cahaya mata yang lebih lama dalam rumah tangga mereka.

Eidrees Nyawa Mommy. Dua Jam Sekali Bangun & Kena Sembur Najis Anzalna Tak KisahAnzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan bayi sulung pada 31 Mei lalu.

Sumber: ig Anzalna Nasir

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Dalam Pantang Jangan Down Bayi Asyik Menangis, Bukan Sebab Tak Cukup Susu!

Ibu Dalam Pantang Jangan Down Bayi Asyik Menangis, Bukan Sebab Tak...

Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa 'down' dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.