Episod pandemik wabak Covid-19 masih belum berakhir kerana setiap hari pasti ada sahaja kes baharu dilaporkan. Walaupun kerajaan telah membenarkan beberapa sektor pekerjaan dan perniagaan dibuka, namun Standard Operating Procedure (SOP) tetap harus dipatuhi oleh orang awam.

Eksklusif, Nasihat Datuk Dr. Noor Hisham: Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak-Anak, Virus Kita Tak Nampak.

Baca: Masak Daging Goreng Kunyit Lembut, Sedap & Tak Liat, Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak!

Tiada akta yang melarang golongan berisiko iaitu kanak-kanak, wanita hamil dan juga warga emas untuk mengunjungi mana-mana tempat awam. Namun adalah lebih baik jika golongan berisiko ini tidak mengunjungi tempat yang sesak yang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Pihak Pa&Ma telah mendapatkan nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan isu ini.

Eksklusif, Nasihat Datuk Dr. Noor Hisham: Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak-Anak, Virus Kita Tak Nampak.

Nasihat Datuk KP tentang sikap sesetengah ibubapa yang memandang ringan soal kesihatan ini (membawa anak keluar ke tempat awam yang sudah tentu meningkatkan risiko anak mereka pada virus COVID-19)

Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak.

IKLAN

Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka.

Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.

Saya suka mengingatkan ibubapa agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation);Eksklusif, Nasihat Datuk Dr. Noor Hisham: Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak-Anak, Virus Kita Tak Nampak.
  • Amalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elak bersalaman / bersentuhan;

IKLAN

o Amalkan etika batuk dan bersin;

o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

IKLAN

Eksklusif, Nasihat Datuk Dr. Noor Hisham: Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak-Anak, Virus Kita Tak Nampak.

Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Baca: Anak-Anak Akan Contohi Ibu Bapa. Kalau Anda Benci Sayur, Anak Pun Akan Benci Sayur

Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal pemimpin di masa hadapan.

Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
26 Jun 2020

Ini nasihat daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah buat ibu bapa lain yang membawa anak kecil ke tempat awam. Kita masih belum menang melawan Covid-19 jadi kita perlu sentiasa beringat tentang bahaya penyakit ini. Semoga kita semua dilindungiNya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI