Ekstrak Biji Anggur Bantu Tegangkan Kulit Wajah, Kisar Sekali Isi Bersama Kulit & Biji Bila Buat Jus
Anggur bukan sekadar enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dibuat jus. Mengandungi polifenol, ia merupakan sebatian semula jadi yang memberi warna, dan boleh memberikan perlindungan kepada tubuh daripada radikal bebas.
Anggur mengandungi serat, air, vitamin A, vitamin C, protein, kalsium, dan asid lemak. Sebahagian kandungannya bagus untuk kesihatan tubuh badan. Rasanya yang masam tetapi sedikit manis membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Anggur boleh dimakan sebagai snek atau jus yang lazat.
KENAPA PERLU KISAR ISI ANGGUR BERSAMA KULIT DAN BIJI?
Buah anggur (yang ada biji) kaya bahan antioksidan. Kajian oleh Saintis Portugal pada 2015 menunjukkan bahan antioksidan yang paling tinggi adalah dalam biji anggur (60%–70%) dan diikuti dengan kulit (28%–35%).
Isi anggur pula hanya mengandungi 10% bahan antioksidan. Kajian yang dilakukan oleh Saintis Jepun (Yamakoshi) mendapati meminum ekstrak (jus) biji anggur boleh kurangkan pigmentasi kulit.
Ads
Kajian oleh Saintis Korea dalam tahun 2018 juga mendapati ekstrak biji anggur boleh kurangkan pigmentasi kulit lebih baik berbanding ekstrak kulit anggur.
Terdapat juga kajian menunjukkan ekstrak biji anggur boleh menegangkan kulit, membantu turunkan darah tinggi, membantu aliran darah, melambatkan nyanyuk dan mengurangkan risiko kanser.
Justeru anggur elok dikisar bersama kulit dan bijinya. Molekul bahan berkhasiat dalam anggur agak besar. Selalunya kita buang sahaja bijinya selepas ini kita kisar sekali bersama bijinya. Ubah kebiasaan ke arah yang lebih baik.
Ads
Jus anggur sebaiknya diminum bersama madu dan sumber tinggi fiber seperti barli serbuk. Tujuannya ialah supaya pemecahan bahan berkhasiat menjadi lebih mudah dan mudah diserap ke dalam darah.
Ads
Jika khuatir kehadiran ‘pesticide’ pada kulit anggur, rendamlah buah anggur terlebih dahulu bersama sedikit garam dan bilaslah menggunakan air.
Apabila anak tak sihat seperti demam, selesema dan batuk, rutin yang biasa dilakukan bawa jumpa doktor atau beri makan ubat dengan niat supaya cepat sihat. Cara itu dah bagus cuma ada lagi satu tip yang mudah iaitu dengan mandikan anak dengan kerap.
Bukan hanya demam sahaja, untuk anak selesema dan batuk pun boleh diamalkan sebagai salah satu ikhtiar selain bergantung dengan ubat semata-mata.
Jika anak demam pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.
Bila selesema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, Alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpe dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi. Jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..
Even doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Bengkak susu adalah situasi yang selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin. Rasa sakitnya tak boleh disentuh, adakalanya menitik juga air mata.
Proses ini terjadi secara semula jadi selepas bersalin dan akan berlaku selama dua hingga tiga hari. Ada yang berlangsung selama seminggu.
Namun apa yang paling menakutkan apabila ia tidak juga reda sehingga payudara menjadi merah, ibu ditimpa demam dan rasa sakit yang berlarutan. Perkongsian tip untuk menghadapi bengkak susu daripada Dr Aimi Jaafar ini boleh dijadikan panduan.
BENGKAK SUSU
Ramai yang membicarakan tentang sakitnya bersalin, namun tak ramai yang bercerita mengenai perjuangan yang berterusan setelah itu.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman 31:14)
BERLAKU SELAMA SEMINGGU SELEPAS BERSALIN
Dalam Al Quran sebenarnya telah Allah s.w.t sebutkan, mengenai perjuangan dari mengandung, sehingga akhir penyusuan, dalam anggaran 2 tahun setiap anak. Oleh sebab itu juga kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita.
Namun saya ingin bercerita mengenai sakit yang dihadapi dalam lebih kurang 1 minggu pertama setelah melahirkan. Rata-rata ibu akan mengalami sakit ini, iaitu sakit bengkak susu.
Pada awal usia si bayi, susu ibu yang diterima terus adalah susu kolustrum. Iaitu susu yang pekat, paling tinggi nutrisi dan pertahanan imun. Setelah beberapa hari, dengan stimulasi yang berterusan dari bayi, susu ibu akan mula banyak.
JANGAN RISAU, BENGKAK SUSU ITU NORMAL!
Harus diingat, bahawa bengkak susu adalah normal. Namun begitu, cara tangani bengkak susu yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti abses, depression, dan kegagalan penyusuan badan.
1. Tuam
Tuam dengan air sejuk boleh membantu kurangkan sakit.
Tuam dengan air panas pula akan bantu untuk melancarkan aliran susu dan darah.
Boleh dilakukan secara selang seli mengikut keadaan. Namun digalakkan untuk lakukan tuam panas sebelum urutan / penyusuan. Dan tuam dengan air sejuk setelah penyusuan.
2. Urutan
Sewaktu payudara membengkak, akan dapat dirasa juga gumpalan dan benjolan pada payudara.
Letak minyak, dan lakukan urutan untuk pecahkan benjolan ini. Lakukanlah urutan berpusat pada benjolan, sehingga benjolan semakin kecil, dan seterusnya tekanan diturunkan ke arah puting. Lakukan urutan ini pada setiap benjolan yang dapat dirasakan pada payudara.
Boleh dapatkan khidmat urutan laktasi sekiranya ada di tempat anda.
3. Perahan
Seeloknya lakukan perahan menggunakan tangan (marmet), berbanding perahan dengan pam. Perahan dengan tangan boleh dilakukan bersamaan dengan urutan. Tidak perlu perah sehingga payudara kosong, hanya sehingga payudara kurang tegang.
Penggunaan pam boleh menyebabkan overstimulation dan oversupply pada payudara yang menyebabkan penghasilan susu berterusan banyak.
4. Berikan susu pada bayi mengikut kadar keperluannya (on demand)
Badan dan hormon ibu sedang belajar berapa keperluan bayi, susu akan dihasilkan mengikut demand. Sekiranya ibu berhenti menyusukan, susu akan turut berhenti.
5. Mandi air panas
Selain bantu melancarkan aliran susu, ini juga boleh bantu ibu lebih relax dan kurang rasa stress. Kawalan emosi dan stress ibu adalah sangat penting.
6. Hisapan bayi yang optimal
Pastikan juga hisapan anak adalah efektif dan efisien untuk mengelakkan payudara tidak kosong seperti yang dikehendaki. Boleh dapatkan khidmat kaunselor laktasi untuk kenalpasti keadaan ini.
Selalunya setelah 2 – 3 hari, bengkak susu akan reda, dan penghasilan susu akan terhasil mengikut keperluan (demand – supply).
Sekiranya ada bahagian yang mulai merah, sakit, dan ibu mulai demam, jumpalah doktor dengan segera. Mungkin ada jangkitan yang memerlukan penggunaan ubat ubatan.
BENGKAK SUSU BOLEH JADI PENGALAMAN NGERI
Penyusuan adalah sambungan kepada episode perjuangan sebelumnya. Jalan dan kisahnya tidak sama buat semua, namun setiap ibu yang melahirkan, ataupun tidak (induced lactation), berpeluang untuk melaluinya.
Bengkak susu boleh menjadi permulaan yang ngeri buat sesetengah ibu, jadi saya kongsikan tips ini dengan harapan ibu-ibu dapat mengatasi rintangan yang ini, ke muka surat seterusnya.
Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan buat ibu-ibu sekalian <3
Ketika dalam keadaan kecemasan, kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan. Dalam sesetengah kes, mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari ini, sekiranya berhadapan dengan hal kecemasan seperti hidung anak keluar darah, jangan dongakkan kepala mereka.
Saya perhatikan ada parent yang terburu-buru lakukan sedemikian untuk hentikan pendarahan. Elakkan buat begitu sebab darah yang keluar tu akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung seterusnya berisiko masuk ke paru-paru. Bahaya woih!
Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama parent mesti bertenang dulu. Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.
1. Minta anak tunduk dan membongkok ke hadapan. Kemudian picitkan bahagian luar hidungnya. Atau jika anak mampu buat sendiri, suruh dia compress bahagian tu selama 15 – 20 minit. Kena berterusan ya, jangan berhenti-henti.
2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.
3. Sediakan pek ais dan letakkan dibahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.
4. Namun, sekiranya masih terdapat pendarahan yang aktif mengalir, segeralah bawa anak menuju ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan kecemasan.
5. Tak usah masukkan apa-apa objek ke dalam hidung walau air sekali pun. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan pendarahan mengalir keluar tak berhenti.
Ingat ya, pertama sekali wajib bertenang dan lakukan seperti tadi.
Selalunya kes kanak-kanak hidung berdarah ni berlaku dalam jangka waktu yang pendek. Kemudian akan berhenti dengan sendirinya.
Kebanyakan disebabkan oleh trauma seperti terhantuk, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kekeringan. Namun jika berlaku pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti, tak usah tunggu. Ia sangat perlu kepada rawatan perubatan.
Semoga bermanfaat!
#kempenpamasihat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...