
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa bukan sekadar mitos. Ia sebenarnya boleh dijelaskan melalui satu fenomena perubatan dikenali sebagai Atopic March, iaitu perjalanan penyakit alahan yang diwarisi secara genetik dan berkembang mengikut peringkat usia.
Ramai ibu bapa terkejut apabila anak mengalami ekzema sejak bayi walaupun penjagaan rapi telah dilakukan. Hakikatnya, jika ibu atau ayah mempunyai sejarah asma, resdung atau penyakit alahan, risiko anak untuk mengalami ekzema dan masalah alahan lain adalah jauh lebih tinggi.
Atopic March merujuk kepada corak perkembangan penyakit alahan yang berlaku secara berperingkat pada kanak-kanak. Ia lazimnya bermula dengan ekzema atau atopic dermatitis pada bayi, kemudian boleh berkembang kepada alahan makanan, seterusnya resdung alahan dan akhirnya asma.
Fenomena ini berlaku kerana sistem imun anak yang sensitif bertindak balas secara berlebihan terhadap persekitaran, terutamanya apabila terdapat faktor genetik daripada ibu bapa.
Pada bayi dan kanak-kanak kecil, lapisan pelindung kulit atau skin barrier masih belum matang sepenuhnya. Apabila kulit menjadi kering, merah dan gatal, ini menandakan benteng kulit yang lemah.
Keadaan ini memudahkan alergen dari persekitaran seperti habuk, bakteria atau bahan kimia “menembusi” kulit dan mencetuskan tindak balas alahan lain dalam badan.
Sebab itu, ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa sering dianggap sebagai pintu masuk kepada rantaian Atopic March jika tidak dikawal dengan baik sejak awal.
Ekzema mula muncul dengan tanda kulit kering, ruam merah dan kegatalan melampau. Ada anak yang sukar tidur dan kerap menggaru sehingga menyebabkan luka dan jangkitan kulit.
Apabila ekzema mula berkurang, masalah alahan boleh beralih ke saluran pernafasan atas. Anak kerap bersin, hidung tersumbat dan mengalami selsema berpanjangan, menandakan resdung alahan.
Pada peringkat ini, alahan boleh melibatkan paru-paru. Anak mungkin mengalami batuk pada waktu malam, nafas berbunyi dan memerlukan inhaler, iaitu tanda-tanda asma.
Perlu difahami, tidak semua anak ekzema akan menghidap asma. Namun, risiko adalah jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah ekzema.
Kunci utama ialah mengawal ekzema seawal mungkin dengan memberi fokus kepada penjagaan kulit harian. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan pelembap secara konsisten mampu menguatkan benteng kulit dan mengurangkan risiko rantaian Atopic March.
Antara langkah penting yang disarankan:
Pilih pelembap yang:
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa bukan sekadar masalah kulit luaran, tetapi boleh menjadi petanda awal kepada perjalanan alahan jangka panjang.
Dengan memahami fenomena Atopic March, ibu bapa boleh bertindak lebih awal untuk mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan melindungi kesihatan anak dalam jangka masa panjang.
Ingat, rawatan dan pencegahan awal mampu membuat perbezaan besar kepada kualiti hidup anak.
BACA LAGI : Anak Ekzema Teruk Sampai Tak Tidur Malam, Ketahui Solusi Untuk Bantu Dia Lebih Lega & Tak Garu Sampai Luka!
Sumber : Public Health Malaysia