Memang lumrah si kecil tak boleh duduk diam. Semakin dia membesar semakin aktif pergerakanya. Sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan anak-anak sangat aktif. Keadaan ini akan memenatkan ibu bapa atau penjaga bila anak terlalu aktif ketika bercuti. Tambahan pula jika terpaksa travel tanpa pasangan ditambah pula dengan barang yang dibawa dan anak yang aktif berlari-lari. Situasi yang sangat memenatkan dan percutian boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.
Farah Lee, blogger dan instafamous yang terkenal berkongsi beberapa tip yang beliau lakukan ketika beliau bercuti bersama anak tunggalnya, Maream Esabel. Bagi ibu tunggal, tip ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika bercuti bersama anak-anak. Pasangan yang mempunyai anak yang aktif juga boleh menggunakan panduan ini ketika bercuti.
To many more footsteps across the world together (Read: to many more cramp legs until the destination)
Senang travel dengan Maream? Kalau senang omma buat pulut kuning buat kenduri. Maream ni dia active sangat (menurun mak). She’s an explorer, observant juga so duduk setempat is not her thing. Walking distance yang 10minit, kalau dibiar, boleh jadi sehari; tengok kiri, berhenti di kanan, duduk di depan, kembali ke belakang.
So bila travel (even keluar jenjalan pun);
Ads
1. Doa banyak-banyak, Doa minta Allah mudahkan, Allah bagi kesabaran pada omma dan bagi ketenangan pada Maream. Amin pepanjang
2. Before keluar, slowtalk dengan dia. Minta dia behave and listen accordingly, make rules if perlu dan ingatkan apa akan berlaku if dia break the rules – make it realistic!
3. Bila diluar kawalan, peluk dia kuat-kuat, hembus-hembus sikit doa penenang sambil gosok belakang cakap Maream tenang, Maream tenang, Maream tenang camtu. Padahal tu actually omma cakap kat diri sendiri supaya bertenang dan berkesabaran. Tarik nafas dalam-dalam pastu senyum (walaupun tak ikhlas hehe)
Ads
4. Bawak distraction (avoid gadget – if nak jugak, make it last resort) seperti reading book, activity book, pen/coloring pencil, toys, lego etc yang tak besar gabak
5. If tak bawak, pepandai distract dia contoh suruh dia tengok luar tingkap bilang berapa banyak awan yang ada atau main 가위바위보 ke, injit-injit semut ke, apa-apa lah
Ads
6. Avoid food/drink with sugar, artificial flavor/coloring etc sebab makanan-makan ni akan hasilkan extra energy. Tidak cukupkah anda dengan energy mereka yang sedia ada?
7. Make sure mereka sentiasa kenyang dan pack food/energy bar. Happy tummy happpy kids. Mummy too!
8. Kurangkan handcarry. Handbag.? Backpack sahaja. And sneakers je. Nak jangok-jangok tunggu time takda anak
Bebudak ni ada energy yang perlu dilepaskan. Untuk duduk bersahaja, mereka akan restless jadi pepandai lah kita prepare supaya energy mereka dapat dikeluarkan dengan betul. Instead of terkinja-kinja atau tantrum dan sebagainya. Yang penting nak anak tenang kita kena tenang dulu. Not easy, but always possible, kuat kan!
Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.
Pastikan niat yang kita buat untuk anak adalah yang elok-elok dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa juga perlu dijaga agar tak menjadi kebiasaan setiap kali nak marah.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
————————————————-
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut2 menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Kredit : Nor Fatihahnoor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya apabila tiba musim perayaan, tidak kiralah Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krimas atau sambutan Hari Raya, pastinya akan ada situasi salam hari raya dan berpelukan, betul tak? Si kecil juga tidak terkecuali apabila ada ahli keluarga yang ingin peluk anak.
Tetapi kadangkala ada anak-anak yang tidak mahu bersalaman atau berpelukan, jadi apakah tindakan anda? Memaksa atau menerima kehendak mereka tersebut?
Apakah adab hari raya itu lebih penting atau keselesaan anak? Jom ketahui jawapannya dalam perkongsian artikel ini.
Situasi selalu terjadi apabila ada yang ingin peluk anak
Senario memeluk atau bersalam ini bukanlah hanya terjadi ketika perayaan, bahkan berlaku setiap kali rumah dikunjungi saudara-mara.
Apabila ahli keluarga ingin pulang, kita biasanya akan memanggil anak untuk bersalaman, “Husna, salam Mak Long.”
Ada anak yang mudah menerima arahan. Terdapat juga anak yang teragak-agak – jelas menunjukkan mereka tidak mahu melakukannya – tetapi anda memaksa mereka untuk melakukannya, sama ada secara lisan atau literal.
Anda mungkin terfikir ia hanyalah pelukan, sekadar adab hari raya atau ketika bersama ahli keluarga. Namun penerimaan anak terhadap keadaan tersebut mungkin berbeza.
Peluk anak biarlah atas kerelaan mereka
Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai hak melakukan sesuatu atau keinginan mereka sendiri.
Walaupun perbuatan bersalaman atau berpelukan kelihatan seperti adab hari raya, namun fikirkan mesej yang anda hantar melalui tindakan memaksa anak memberikan kasih sayang walaupun jelas mereka tidak mahu melakukannya.
Anda sedang ‘memberitahu’ mereka bahawa apabila ada individu dewasa yang mahukan pelukan atau ciuman, anak harus memberikannya walaupun tidak selesa – sekali gus memberi ruang kepada perbuatan gangguan seksual.
Sebaliknya, jika ibu bapa membenarkan anak menunjukkan kasih sayang mengikut istilah dan kerelaan mereka sendiri, anda mengajar mereka untuk mempunyai hak tersendiri berkaitan perasaan dan emosi.
Tindakan tersebut juga membantu anak menyedari bahawa anda menghargai perasaan mereka. Sekali gus membolehkan anak belajar bahawa mereka mempunyai hak untuk mengatakan tidak.
Memaksa anak juga dalam masa yang sama mengajar mereka bahawa individu dikenali sentiasa boleh menyentuh mereka. Kesannya anak mungkin tidak akan berkongsikan kepada anda jika berlakunya gangguan seksual.
Pentingnya keselesaan si kecil dalam situasi peluk anak
Ibu bapa perlu membantu anak memahami jika keadaan atau sesuatu perkara membuatkan mereka tidak selesa, jangan lakukannya. Walaupun ia melibatkan pelukan atau bersalaman dengan datuk, nenek mahupun ahli keluarga lain.
Tidak dinafikan, pelukan dan ciuman daripada ahli keluarga adalah sebagai tanda kasih sayang kepada si kecil. Namun itu tidak bermakna anda boleh membiarkan anak berada dalam keadaan tidak selesa secara fizikal hanya kerana tidak mahu menyakiti hati ahli keluarga lain.
Ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menentukan bahawa anak tidak perlu dipaksa melakukan sesuatu di luar kehendak mereka selagi berada dalam landasan yang betul.
Pilihan adab hari raya yang boleh diamalkan
Apabila anda meminta si kecil bersalaman atau memeluk ahli keluarga tetapi permintaan tersebut ditolak, pastinya timbul rasa kejanggalan, bukan?
Jadi untuk mengelakkan situasi tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip berikut:
Berikan pilihan sebelum membiarkan ahli keluarga peluk anak
Tanyakan kepada si kecil sama ada mereka boleh memberikan pelukan, ciuman atau salam hari raya kepada ahli keluarga lain, contohnya “Tok mesti suka kalau Husna kiss Tok, Husna nak kiss tak?”
Pastikan anda menerima dan menghormati apa sahaja pilihan mereka. Ia akan memperkasakan anak untuk mengetahui apabila mereka selesa dan tidak selesa dengan kasih sayang secara fizikal.
Jelaskan kepada keluarga dan sahabat
Ia mungkin konsep asing bagi ahli keluarga apabila anda membenarkan anak membuat pilihan sama ada mereka mahu atau tidak memeluk mahupun mencium seseorang.
Perjelaskan secara terbuka bahawa itu pilihan yang anda mahukan untuk si kecil – untuk tidak memaksa mereka memberikan kasih sayang fizikal sekiranya tidak selesa.
Perkukuhkan rasa hormat dalam hal peluk anak
Dalam masa yang sama, terangkan kepada anak bahawa penolakan untuk bersalaman, berpelukan atau berciuman bukanlah alasan untuk mereka menjadi tidak beradab. Ajari mereka untuk menolak dengan penuh hormat.
Jangan lupa untuk memuji mereka sekiranya anak melakukannya dengan baik.
Berbincang mengenai hak mereka
Sebaiknya berbincang dari hati ke hati bersama anak. Perjelaskan kepada mereka mengenai pilihan yang ada. Didik mereka mengenai ‘sentuhan selamat’ dan ‘sentuhan tidak menyelesakan’.
Komunikasi seperti ini dapat membantu anak untuk berasa lebih selesa berkongsi segalanya dengan anda tanpa merahsiakan apa-apa.
Selain peluk anak, anda boleh galakkan kasih sayang bukan fizikal
Anak mungkin mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka – seperti memberikan lukisan atau menyanyikan lagu untuk mereka. Galakkan anak untuk mempamerkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri.
Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk menunjukkan kasih sayang walaupun mereka tidak selesa, ia seperti kita mengajar si kecil untuk mengabaikan gerak hati. Sekali gus ada risiko diambil kesempatan oleh individu lain.
Usah memaksa anak memberikan pelukan, salam hari raya atau ciuman, sebaiknya biarkan mereka memilih dan melakukannya dengan seikhlas hati.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!