Bila bergelar ibu bab shopping, keluar dengan rakan-rakan mungkin nombor dua. Kini yang menjadi keutamaan adalah suami dan anak. Nampak macam senang tapi wanita yang melaluinya sahaja betul-betul faham.

Sebab itulah bila ibu rasa sangat penat dan tak mampu meluahkan perasaannya hanya air mata pengubat kepada hati untuk lebih tenang.

Namun bagi ibu yang memang berada di rumah, menghadapi karenah anak, menguruskan rumah tangga dalam tempoh 24 jam bukanlah pengorbanan yang kecil. Mereka inilah kadang kala wira yang perlu dihargai.

Tak Dapat Shopping Atau Keluar Dengan Rakan, 5 Minit Menangis Pun Me Time Buat Seorang Wanita

Mungkin orang tak nampak tapi hakikatnya bila terlalu penat air matalah mampu menenangkan kekusutan jiwa dan hati.

Daripada perkongsian Dr Syahr Musafir dia ada menyatakan kenapa seorang suami perlu memahami isterinya bila isteri dah mula menangis.

Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup. Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.

Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?” Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.

IKLAN

Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka. “Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.

Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.” Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?

Tak Dapat Shopping Atau Keluar Dengan Rakan, 5 Minit Menangis Pun Me Time Buat Seorang Wanita

“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.

IKLAN

“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.

Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.

5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.

Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.

IKLAN

Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.

Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.

Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.

Tak Dapat Shopping Atau Keluar Dengan Rakan, 5 Minit Menangis Pun Me Time Buat Seorang Wanita

Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.

Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.

Sumber: Dr Syahr Musafir

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI