Keibubapaan

Elak Dongakkan Kepala Bila Hidung Anak Berdarah, Doktor Kongsikan Cara Hentikannya!

Share

Bila hidung anak berdarah ibu mulalah panik semacam. Salah satu cara yang wajib ibu lakukan pastinya mendongakkan kepala anak ke atas, dengan alasan dapat mengurangkan darah keluar. Sebenarnya hal ini salah sama sekali.

Menurut Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung dan tekak, ada cara yang lebih wajar ibu ayah lakukan. Paling penting elakkan dongakkan kepala anak. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau. Mama papa sila take note ya!


Ini 4 tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah.

1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.

 

 

2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.

3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya selalu pesan amalkan langkah ini.

– Pastikan posisi anak dalam keadaan duduk.
– Tundukkan kepala anak sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas.
– Compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit.
– Letak ais di bahagian dahi anak.
– Ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya.
– Bawa anak ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti.

4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih

IKLAN