Sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak, semestinya kita memikul tanggungjawab untuk mendidik mereka terutamanya untuk menjadi manusia yang berguna.
Pelbagai cara yang boleh ibu ayah terapkan nilai murni untuk anak-anak semasa mereka meningkat dewasa ini, salah satu caranya hanyalah bermula dari rumah! Ajar mereka supaya mahir asas kerja rumah yang perlu dibuat bagi mengelakkan ibu ayah menjadi ‘hamba’ di rumah kelak!
Melalui perkongsian Usahawan kosmetik terkenal, Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang memuat naik videonya ditemani anak-anak ke pasar untuk membeli kelengkapan dapur.
Walaupun dalam keadaan yang sedang hamil, Datin seorang yang aktif dan gemar ke pasar kerana baginya lebih puas dan tahu apa yang perlu dibeli. Malah, yang lebih menjadi tumpuan dalam video yang dikongsikan itu, tiga orang anaknya sanggup mengikutnya walaupun ada yang komplen penat!
siapa hobi sama mcm saya pergi pasar?
Saya ni mmg suka pergi pasar, kalau pilih lebih puasdan tahu nak beli apa…tapi kena la bawa pari2 sekali tolong angkat barang…tapi pari2 kuat complain mcm mana tu!!! penat katanya asyik belanja je…mestilah rumah kita kan ramai orang…??
5 Tip Latih Anak Buat Kerja Rumah
Ads
Kebanyakan ibu ayah meletakkan stereotaip anak kecil lagi untuk membantu mereka di rumah. Salah ye tanggapan itu! Banyak sebenarnya aktiviti di rumah yang boleh anda lakukan bersama-sama anak-anak selain dari bawa mereka ke pasar seperti Datin Shahida sebentar tadi.
Antara kerja yang boleh dibuat bersama anak-anak di rumah seperti:-
1. Bantu sidai pakaian di jemuran
Belajar sabar dan tahu proses baju kotor perlu dibasuh kemudian di jemur. Sudah kering perlu dilipat pula. Banyak prosesnya, perlu kekuatan mental dan fizikal.
Waktu ini boleh tanam benih tolong menolong untuk selesaikan isu pakaian yang banyak. Ibu dan ayah tolong menolong, anak ikut sama selesaikan lipat atau urus baju yang menimbun macam bukit.
Ads
2. Bantu memasak di dapur
Cara awal yang mungkin boleh terapkan untuk anak-anak dengan membuat persediaan bahan yang hendak digunakan. Atau jika ibu mahu mendedahkan anak-anak dengan masakan, cuba resepi asas seperti pancake. Tapi ingat, jangan lepaskan mereka keseorangan dan sentiasa pantau mereka.
Mungkin keadaan dapur akan menjadi ‘meriah’ dengan kehadiran mereka, demi proses pembelajaran diharapkan ibu pejamkan mata dan senyum ikhlas sebentar sementara nak biasa.
Ads
3. Ajak mereka basuh motor atau kereta bersama
Aktiviti ini merapatkan hubungan antara anak dan ayah. Menguatkan otot jari dan tangan sebab kena cuci dan bersihkan bahagian paling halus dan paling luas.
Ia juga mengajar anak menghargai dan menyayangi harta benda seperti kenderaan ini. Si ayah ambil kesempatan waktu ni terangkan fungsi kereta, bahagian kereta, kegunaan kereta untuk ke tempat yang baik-baik.
Waktu ini mungkin ada adegan yang tak ingin dilihat seperti anak main air berlebihan (waktu ini boleh ajar berjimat dan ingatkan orang susah tiada air).
4. Mengajak anak bersihkan ruang-ruang yang ada dalam rumah
Ajar anak-anak dengan perkara asas seperti mengemas selepas bermain. Pandang mainan yang bersepah itu seperti permandangan indah di dasar lautan. Nanti kemas semula. Ajak anak kemas bersama, bukan arah dan suruh. Jadi aktiviti mengemas lebih menyeronokkan buat kita dan anak-anak. Tiadalah kejadian singa atau harimau jadian mengaum setiap hari.
Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, bantuan one-off akan diberikan kepada beberapa penerima dalam kategori berbeza mengikut kelayakan.
Bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat jelas, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengeluarkan beberapa info rasmi berkaitan BPN ini seperti siapakah yang layak, cara memohon dan sebagainya.
Seperti yang sedia maklum, pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM pada klik pautan DI SINI. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.
Kaedah pembayaran:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Tempoh membuat semakan
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut
Di bawah adalah kenyataan rasmi daripada pihak MOF:
Disertakan juga lampiran Soalan Lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan Bantuan Prihatin Nasional:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Sumber: Kementerian Kewangan; LHDN & says.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedih dan kasihan! Itu nasib yang dialami oleh seorang bayi apabila dibuang oleh ibunya sendiri selepas lahir melalui tingkat 13 bilik hotel sehingga menemui ajal.
Menerusi kenyataan Astro Awani, penemuan mayat bayi itu dimaklumkan oleh orang awam sehingga polis berjaya menangkap seorang gadis berusia 19 tahun di salah sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Mata dekat Kuching pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata gadis yang dipercayai ibu bayi berkenaan ditahan di bilik hotel tersebut malam Rabu bagi membantu siasatan kes buang bayi.
Menurutnya, polis menerima maklumat orang awam sekitar jam 9.20 malam mengenai penemuan mayat bayi di belakang sebuah bank di Jalan Bukit Mata, Kuching.
“Bertindak atas maklumat tersebut sepasukan polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring dengan kecederaan di kepala.
“Hasil siasatan lanjut, pihaknya berjaya menahan seorang perempuan warga tempatan disyaki ibu kepada bayi berkenaan di bilik sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan.
Kata Awang Din, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut manakala suspek juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat, kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Kejadian disedari oleh ibu mangsa sekitar jam 5.30 petang selepas melihat dua anaknya itu terbaring di kawasan lapang di bawah rumah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata ibu mangsa kemudian dengan dibantu jiran segera membawa anaknya ke Hospital Selayang.
“Sekitar jam 6.02 petang semasa wanita terbabit berada di zon merah, doktor mengesahkan anaknya berusia tiga tahun meninggal dunia manakala kakaknya patah tangan dan kaki.
“Siasatan awal mendapati wanita terbabit meninggalkan anaknya bersama suami ketika dia pergi bekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Arifai berkata, semasa kejadian kedua-dua mangsa berada bersama bapa mereka di rumah sebelum bapa dilaporkan keluar sebentar.
“Suaminya memberitahu keluar sebentar meninggalkan anak mereka di dalam rumah.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.